Tamat saja masa bekerja Petsie malam itu, dia duduk bercangkung di bawah kaunter sambil mencuri makan keropok sebelum keluar dari kedai itu. Mimi pula menggantikan kerjanya di kaunter.Krup.. krup..
Bunyi keropok yang dikunyahnya jelas kedengaran. Sambil mengunyak snek, matanya melihat keadaan di bawah kaunter yang penuh kotak-kotak kecil. Lalu, dia mengemaskan kotak-kotak yang tidak terurus itu sambil memegang keropoknya.
Pap..
Dompet milik Dave terjatuh dari permukaan kotak yang Petsie pegang. Keningnya meninggi kerana ia kelihatan berjenama. Matanya memandang kiri dan kanan sebelum mencapai dompet itu.
"Dompet siapa ni? " soalnya sambil membelek-belek badan dompet itu. Plastik keropok disisipnya di tepi keletiak.
Petsie memegang topinya, lalu berdiri dan bergerak perlahan-lahan meninggalkan kaunter tanpa Mimi sedari. Dompet itu tadi dia masukkan ke dalam plastik keropok kerana tidak mahu Mimi tahu.
"Haha.. rezeki." Kata Petsie. Keropok yang berisi dompet itu kemudiannya disumbat ke dalam beg ketika dia sedang menunggu kedatangan abangnya, untuk dijemput pulang.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki berjaket hitam datang dengan menaiki motor. Senyuman Petsie hilang dari wajah. Lelaki itu pun menghentikan motornya tepat di hadapan gadis itu di luar stesen minyak.
"Dah lama tunggu ke?" Soal abangnya. Petsie menggelengkan kepalanya lalu menjawab..
"Baru saja.." Jawab Petsie. Abangnya yang bernama Steve menarik tangan Petsie untuk naik ke atas motor itu. Petsie akur, tidak membantah.
~~~~~~
Jam 3 pagi.. Petsie belum tertidur lagi. Dia asyik terfikirkan dompet yang dijumpainya. Tadi, dia tidak sempat melihat isi dompet itu kerana takut orang akan melihatnya. Tangannya mencubit-cubit jari kerana tidak keruan. Lalu dia bangun dari katil.
Krak..
Katil kayunya berbunyi walaupun dia cuba untuk tidak berbuat bising. Dalam keadaan bilik yang agak gelap, dia segera mencapai beg miliknya yang berada di meja dan mengorak langkah perlahan-lahan masuk ke dalam tandas kerana takut ketahuan oleh Steve.
"Fuh.. habislah kalau Steve tahu." Bisiknya. Pintu tandas dikunci, dia pun duduk pada mangkuk tandas sambil ketawa sinis.
Zip beg ditarik tidak berbunyi, dia pun menyeluk dompet dari dalam plastik keropok yang berada di dalam begnya. Dengan perasaan ingin tahu, dompet yang berjenama itu dibukanya. Tetapi matanya terbeliak! Bukan kerana duit yang tebal, tetapi gambar pada kad pengenalan yang terpampang pada dompet itu ialah lelaki yang meminta plastik di kedai!
"Orang ni!?" Bentaknya dengan suara yang kuat. Tapi dia segera menutup mulut kerana terlepas suara.
Tok! Tok! Tok!
"Petsie! Awak buat apa di dalam!?" Abangnya memanggil dari luar.
"Aduh.. matilah! Sa.. saya.." Petsie menggeletar dan tergugup-gugup waktu itu. Dompet yang dipegangnya, dia sembunyikan di dalam alat pengepam tandas kerana terlalu menggelabah. Dia takut jika Steve tahu mengenai dompet itu.
Prakk!!
"Yah!" Petsie terkejut bila pintu tandas ditendang hingga terbuka oleh abangnya sampaikan dia melompat ke atas mangkuk tandas. Begnya segera dibuang ke lantai. Nafasnya menjadi laju ketika melihat Steve berdiri tepat di hadapan pintu yang terbuka dengan bermuka bengis. Petsie hanya berpeluk tubuh di atas mangkuk tandas kerana takut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Dave.. ✔✔
RomansaI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay, English Genre; Romance , humor Edisi khas untuk Dave dari watak dalam cerita Anzie. eh macam besa, untuk pmbaca 21 taun ke atas ja ah. sbab ada 'manari2' ba dlm ni crita 🤣 Malas sy tulis s...