Dear Dave.. 7

7.4K 115 23
                                    


          Dave pulang dengan hati yang gundah. Fikirannya tidak menentu ketika ini kerana asyik memikirkan tentang perkara yang telah terjadi terhadap dirinya dan gadis yang dia tidak kenali. Dia tiba di rumah hampir pukul 6 pagi.

       Buk!

Badannya dihempas pada tilam empuk. Sambil menutup mata, kedua-dua tapak tangan mengusap kepalanya.

         "Ughh.." dia mengeluh. Rasa pening masih tersisa di dalam urat-urat otaknya.

Tetapi, dia masih teringatkan Petsie. Dia pun berfikir, bagaimanakah cara untuk dia meminta maaf kepada gadis itu? Begitu ramai wanita yang pernah ditidurinya, hanya Petsie saja yang membuatkan dia gusar dan ingin bertanggungjawab. Ini kerana, Dave tidak pernah menyentuh wanita perawan!

        "Should i marry her?" Bisiknya.

Dave menutup mata.. Dia tidak menyangka perkara seperti ini akan terjadi kepada dirinya. Gadis itu tampak ketakutan dan risau ketika bersamanya tadi. Dave menghantar pesanan ringkas kepada Joel, bahawa dia tidak dapat bekerja pada hari ini kerana berasa kurang sihat. Kesan pil khayal itu masih melekat di dalam kepalanya. Perlahan-lahan.. kelopak matanya mulai terkulai layu, dan dia pun terlelap.

(Dia bermimpi tentang Petsie.. gadis itu sedang bergelak ketawa dengan seorang anak kecil. Dave cuba menghampiri mereka, tetapi Petsie segera mendukung anak itu dan pergi meninggalkannya. Di dalam mimpinya itu, Dave menangis tak terhingga. Dia cuba untuk mengejar, tetapi mereka semakin menjauh. Tiba-tiba, Petsie terhenti lalu menoleh ke arah Dave sambil tersenyum. Anak kecil yang didukungnya, melambai-lambai pada Dave.. dan memanggilnya, "Papa!" )

        "Huh..!" Dave berdengus kuat dan lantas terbangun dari tidur. Badannya basah berkeringat. Wajahnya pucat sekali serta nafasnya berhembus dengan laju. Sambil duduk di atas tilam, dia mengerutkan kening dan menutup matanya.

       "I will marry her.. i will.." ucapnya. Dia berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan bertanggungjawab jika sesuatu terjadi kepada gadis itu.

~~~~~

Petsie tidak lena tidur sejak pulang ke rumah. Hari yang gelap mulai menjadi terang bila matahari semakin meninggi di atas langit menerangkan dunia. Fikiran Petsie melayang jauh terkenangkan kejadian malam semalam. Dia berasa bodoh dan tertekan. Air matanya kerap kali terjadi bila teringat akan wajah Dave. Lelaki yang langsung tidak dikenalinya telah menodai kesuciannya. Petsie menjadi takut dan resah.

Steve mengetuk pintu bilik Petsie sambil memanggil namanya beberapa kali, namun ia tidak disahut oleh adiknya. Lalu, dia membuka pintu yang tidak berkunci itu kerana risau. Dilihatnya Petsie berkelumut sambil memeluk bantal. Petsie tahu abangnya membuka pintu, tetapi dia tidak menoleh ke arahnya. Suara esakkannya membuatkan Steve semakin ingin tahu apa puncanya. Dengan langkah kaki yang tidak berbunyi, dia menuju ke arah tilam.

        "Petsie, beritahu saya apa yang telah terjadi semalam. Abang tak suka tengok awak menangis macam ni," tegur Steve lalu duduk di tepi tilam.

Petsie tidak menjawab. Pasti abangnya itu akan mengamuk bila mengetahui hal yang sebenarnya. Steve mengusap bahu Petsie dengan lembut untuk memujuknya.

         "Beritahu saya, Petsie." Sambung Steve lagi dengan suara lembut.

Petsie memerengkan badannya ke arah Steve. Wajahnya tampak pucat lesu diiringi air mata yang tidak mahu berhenti. Lalu dia bangun dan menundukkan kepalanya di hadapan Steve.

         "Sa.. saya di.. disetubuhi.." sahutnya dengan suara sebak.

   Dup!

Hati Steve terkejut dan bahang panas sedang membakar perasaan marahnya. Tangannya tangkas mengenggam bahu Petsie dengan kuat.

Dear Dave.. ✔✔Where stories live. Discover now