Dear Dave.. 12

6K 104 10
                                    


        Dave mengajak Petsie pulang ke rumahnya dulu sebelum balik ke tempat tinggal mereka. Dalam perjalanan, Petsie berdiam diri saja kerana asyik memikirkan keadaan abangnya. Dave pun memulakan perbualan antara mereka. Dia tidak mahu melihat isterinya itu bermasam muka.

        "Awak nak makan sesuatu? Kita boleh singgah di mana-mana kalau awak nak." Kata Dave. Petsie yang tadinya bermasam muka, terus menjawab ajakan Dave.

         "Eh, tak apalah. Lagipun, saya tak lapar." Balas Petsie.

          "Hm.. Abang awak oklah.. janganlah risau sangat." Dave cuba menenangkan hatinya.

           "Ya, saya tahu.." sahutan pendek saja Petsie berikan.

           "Awak tak kisah kan saya bermalam di rumah kamu untuk beberapa hari ni?" Dave bertanya untuk kepastian. Dia risau jika Petsie tidak selesa dengan permintaannya itu.

Petsie tersenyum lalu menundukkan kepalanya.
          "Kenapa saya nak halang? Awak kan.. suami saya..?" Dia menjawab.

Dave mengukir senyuman riang. Setelah mereka tiba di rumah ibu Dave, Dave pun masuk ke biliknya untuk menyusun pakaiannya untuk tinggal beberapa hari di rumah adik beradik itu. Sementara menunggu Dave, Petsie berbual dengan ibu mertuanya di ruang tamu.

          "Dave layan awak dengan baik?" Si ibu menyoal.

          "Oh, ya.. dia tak buli saya." Petsie menjawab dengan suara lembut sahaja.

           "Baguslah. Hm.. saya harap, hubungan kamu akan kekal.. sebab, Dave tak pernah nampak gembira macam ni. Lagi-lagi bila tahu awak mengandung. Boleh tak awak bahagiakan dia?" Kata ibu mertuanya.

Soalan itu membuatkan Petsie terkesan dan lantas terfikir tentang diri Dave yang sebenarnya. Dave sebenarnya kesunyian.. tetapi sikapnya yang suka menggembirakan hati orang lain telah menyembunyikan perasaan kelamnya tanpa diketahui. Petsie mula memahami sifat-sifat yang ada pada diri Dave dan akan cuba sebaiknya untuk menjadi seorang isteri yang sempurna.

           "Saya akan bahagiakan dia, ma.." Petsie menjawab soalan ibu mertuanya tadi.

Ibu Dave tersenyum. Sambil mereka berbual, Dave turun ke anak tangga lalu memanggil Petsie.

           "Honey!" Panggilan baru buat Petsie itu membuatkan ibunya ketawa. Begitu juga dengan Petsie.

           "Ya..?" Petsie menjawab.

           "Tak nak tengok bilik saya ke? Hehe.." balas Dave. Ibunya menggaru dahi sambil menggelengkan kepala saja. Dia tahu, pasti Dave akan mengusik Petsie di dalam bilik.

           "Hm.. mama nak masuk dapur. Sebelum kamu balik, kita makan sama-sama." Kata ibu Dave.

            "Nak saya tolong?" Petsie menyahut, tanpa mempedulikan Dave yang sedang memandang mereka.

            "Eh, tak apa. Awak naiklah ke atas. Dave tunggu tu, haha.." balas ibu mertua Petsie, lalu masuk ke dalam dapur.

Dave yang masih berdiri di atas tangga, memanggil lagi isterinya.

           "Petsie honey, come on.." ajak Dave dengan suara merayunya.

Petsie menggaru tapak tangan sambil berdiri. Dia berasa segan pula bila diajak masuk ke dalam bilik suaminya buat kali pertama. Wajahnya tersipu-sipu malu melihat Dave. Dave menadahkan tapak tangannya ke arah Petsie. Isterinya itu mencapai tangan suaminya dan turut naik ke anak tangga itu sambil tersenyum.

          "This is my room.. bilik bekas orang bujang, haha.." kata Dave semasa Petsie menjejakkan kakinya ke dalam.

          "Kemas," Petsie memuji keadaan bilik tersebut. Matanya melihat seluruh bilik itu. Segala barang milik Dave tersusun rapi, lalu dia bergerak menuju ke arah meja kerja. Dave melabuhkan punggung di tepi katil sambil merenung isterinya yang sedang asyik membelek-belek bingkai gambarnya.

Dear Dave.. ✔✔Where stories live. Discover now