Jam 11:00 malam, waktu yang sama setiap kali Steve datang menjemput adiknya untuk pulang. Ketika motosikalnya dihentikan di hadapan kedai mini, matanya melihat sekeliling. Topi keledar dilepaskan dari menutupi kepalanya. Hari ini dia berasa hairan kerana Petsie tidak ada di luar kedai seperti selalu. Padamulanya dia berfikir Petsie masih bekerja, tapi setelah 15 minit menunggu kedatangan adiknya, Petsie masih tidak keluar-keluar juga dari dalam kedai tersebut.
Jiwa Steve mulai tidak tenteram ketika ini. Lalu, dia masuk ke dalam kedai mini untuk mencari adiknya. Pada masa yang sama, Mimi berasa gelisah kerana Petsie belum balik-balik lagi sejak keluar dengan Dave tadi. Petsie kata satu jam saja, tapi sekarang sudah hampir 4 jam! Mimi tidak tahu apa ingin dijawab pada Steve nanti!
Ketika Steve melangkah masuk ke dalam kedai itu, matanya asyik mencari kelibat adiknya. Namun, Petsie tiada di situ. Kelopak mata Mimi terbungkam besar apabila melihat wajah Steve yang ketara sedang marah saat ini.
'Petsie! Awak di mana!? Aduh.. apa saya nak jawab dengan abang awak ni!?'
Bisik hati Mimi yang kerisauan sekarang. Seram sejuk dibuatnya bila Steve datang ke arah kaunter dengan muka berang.
"Mana Petsie?" Steve menyoal Mimi dengan nada garang.
Mimi tergugup-gugup untuk berbicara. Nafasnya tersekat-sekat kerana menggelabah tidak tahu apa patut dijawab. Steve mengerutkan kening sementara menunggu jawapan Mimi.
"Em.. err.. dia.. dia keluar tadi.." jawab Mimi. Air liur ditelannya kerana takut.
"Apa!? Dengan siapa!?" Steve lantas meninggikan suara kerana terkejut. Hembusan nafasnya semakin laju. Kemarahannya mula terjadi.
"Sa.. saya pun tak tahu orang tu siapa.." sahut Mimi lagi. Dia terpaksa berterus-terang saja.
"Ah! Budak ni memang nak kena! Saya dah berkali-kali pesan jangan merayau, dia buat juga! Awak tahu tak mereka pergi mana? Orang yang dia ikut tu lelaki ke?" Steve menanya lagi sambil menolak pinggang.
"Orang tu lelaki, tapi saya tak tahu mereka pergi mana.. sorry," balas Mimi sambil tangannya mencubit-cubit jari. Dia berpeluh-peluh ketika ini.
Steve tidak berkata apa-apa lagi, dan terus keluar dari kedai dengan keadaan marah. Dipakainya topi keledar lalu meninggalkan kawasan stesen minyak itu dengan menunggang motosikalnya.
'Petsie, apa lagi awak buat kali ni!? Abang kata jangan lagi ikut dengan orang lain!'
Bentak hati Steve ketika menyusuri jalan raya besar. Dia mencari di serata tempat-tempat penagihan dadah yang pernah Petsie tujui. Namun, Petsie tiada di tempat-tempat tersebut. Steve masuk pula ke kelab malam, tapi masih tidak menjumpai adiknya. Dia berdengus keras dan tidak senang hati ketika ini.
Malam semakin sunyi, Steve tidak tahu di mana lagi ingin mencari Petsie sekarang. Dia pun balik dan berharap adiknya itu akan pulang. Steve menunggu di ruang koridor luar rumah flat itu. Dia tidak peduli lagi dengan rasa sejuk yang menyengat, kerana dia sangat risaukan Petsie!
~~~~~
Hampir jam 5 pagi.. Petsie mengeluh kerana kepalanya terasa sangat sakit. Pada masa yang sama, badannya seperti tersepit dan terasa hangat. Kelopak matanya mula dibuka perlahan-lahan..
Cahaya dari lampu jalan yang terpantul ke cermin tingkap kereta menyedarkannya. Pergunungannya pula seperti disentuh ketika itu dan bahang nafas seseorang dirasai pada kulit mukanya. Lalu, dia menolehkan kepalanya ke arah bahang nafas itu dengan perlahan..
Dup!
Jantungnya bagai terhenti! Matanya terbeliak! Nafasnya berderau laju ketika melihat Dave sedang memeluk badannya!
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Dave.. ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay, English Genre; Romance , humor Edisi khas untuk Dave dari watak dalam cerita Anzie. eh macam besa, untuk pmbaca 21 taun ke atas ja ah. sbab ada 'manari2' ba dlm ni crita 🤣 Malas sy tulis s...
