Petsie terkelu tidak terkata dengan permintaan Dave yang tidak masuk akal itu. Dave membetulkan posisi duduknya sambil merenung Petsie yang kelihatan takut."Takut? Tahu pun. Jadi, jangan nak bermain dengan saya ye? Beritahu saya sekarang, bila nak bayar?" Kata Dave. Rupa-rupanya dia cuma bergurau tadi. Tetapi Petsie masih tidak menjawab soalannya.
"Hoi, saya tanya bila nak bayar?" Sambung Dave lagi. Keningnya mengerut tajam dengan bermuka serius.
Petsie tersentak dari lamuanannya. Matanya berkelip-kelip melihat Dave. Lalu dia tersengih-sengih dan menjawab,
"Em.. hehe.. kalau tiap-tiap bulan awak pungut hutang boleh tak? Saya baru je mula kerja sini," katanya sambil mengenggam jari jemarinya tanda merayu.
Dave berdengus lalu memandang ke luar tingkap. Dia berfikir sejenak dan melihat Petsie semula.
"Hm.. nasib baik saya ni bukan orang jahat. Kalau tak.. hei.." balas Dave. Dia tidak menyambung kata-kata terakhir itu.
"Kalau tak, apa?" Petsie menyoal pula.
Dave merenung tajam padanya. Lalu dengan gerakan tangkas, dia memegang pergelangan tangan Petsie. Petsie terkejut dengan perbuatan Dave itu!
"Kalau tak, saya rogol awak!" Dave bergurau lagi. Tetapi dengan muka serius untuk menakut-nakutkan Petsie.
Pak!
"Ah!"
Satu tamparan tepat ke pipi Dave dilakukan oleh Petsie. Gadis itu segera melepaskan lengannya dari dipegang.
"Walaupun saya ni pencuri, saya bukan murahan!" Bentaknya di hadapan Dave. Sakit sekali hatinya bila Dave mengugutnya seperti itu.
Huh! Terkilan sungguh Dave mendengar kata-kata gadis itu. Dia terdiam dan bersandar semula di bangkunya sambil mengusap pipi yang ditampar tadi.
"Tolong jangan ganggu saya di sini kalau belum habis bulan. Saya akan bayar balik duit yang saya pakai tu. Ok bye!" Bentak Petsie lagi, lalu keluar dari kereta Dave dengan segera.
Dave tidak menjawab atau mengekorinya lagi. Tapi.. dia memandang gadis itu berlalu pergi sambil tersenyum sinis saja sampailah Petsie masuk ke dalam kedai mini stesen minyak itu.
"Fuh.. ganas.." bisiknya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia mengambil dompet miliknya dan mengira semula duit di dalam dompet itu.
"Hm.. taklah banyak sangat dia pakai. Tapi.. ah! Ini kan duit saya!? Hutang tetap hutang!" Jerkahnya lagi.
Padamulanya, dia ingin memaafkan gadis itu, tetapi dia masih sakit hati kerana Petsie tidak mahu mengaku yang dia telah mengambil dompetnya. Dan Petsie langsung tidak mengucapkan kata maaf padanya.
~~~~~
Dave datang semula ke pejabat dengan pipi kemerah-merahan. Cap 5 jari jelas kelihatan pada mukanya. Dia menunduk dan berjalan dengan sepantas kilat masuk ke dalam bilik pejabat.
Brakk!
Punggungnya dihempas pada bangku pejabat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan menghembuskannya dengan kuat.
"Huhh..!"
Joel masuk ke dalam tanpa mengetuk pintu sambil membawa fail kerja. Bila dia melihat keadaan Dave yang muram, dia lantas bertanya kepada kawannya itu.
"Hei, awak ni kenapa? Tiba-tiba hilang tadi. Lepas tu, datang saja muka monyok." Soal Joel.
Dave meninggikan kening dan menutup matanya. Lalu membuka mata semula.

YOU ARE READING
Dear Dave.. ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay, English Genre; Romance , humor Edisi khas untuk Dave dari watak dalam cerita Anzie. eh macam besa, untuk pmbaca 21 taun ke atas ja ah. sbab ada 'manari2' ba dlm ni crita 🤣 Malas sy tulis s...