Dear Dave.. 13 (final)

8.1K 143 78
                                    

****

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


*
*
*
*

          "Huhh.." Dave mengeluh pendek setelah sampai di tingkat 5 tempat tinggal dua beradik itu. Sambil bercekak pinggang, dia terhenti sejenak lalu menarik nafas kerana lelah setelah menaiki tangga tadi.

         "Penat ke?" Petsie menyoalnya.

         "Sakit kaki, haha.. Macam mana kamu boleh turun naik setiap hari macam ni? Tak nak pindah rumah ke?" Kata Dave lalu berjalan semula diiringi Petsie dengan membawa beg berisi baju-bajunya.

         "Kami dah biasa. Lagipun, kami dah lama tinggal di sini. Maaflah sebab susahkan awak.." jawab Petsie.

         "Eh? Tak susahlah. Cuma saya risaukan awak.. Awak kan pregnant, tentu penat kalau turun naik tangga. Lain kali kalau perut tu dah besar, kan payah?" Sahut Dave. Dia sangat risaukan Petsie di kemudian hari.

          "Em.. tak apalah. Saya pun bukannya keluar rumah setiap hari.." jawab Petsie.

          "Saya nak awak tinggal dengan saya," balas Dave.

Ajakan Dave itu membuatkan hati Petsie gusar. Dia tidak mahu abangnya berkecil hati jika dia tinggal bersama Dave. Dia berdiam diri dan tidak menjawab lagi kata-kata Dave itu.

        "Saya tahu, awak tak mahu tinggalkan abang awak kan? Hm.. it's ok. Saya tak patut ajak awak tinggal bersama," Dave mengeluh bila Petsie tidak menjawab. Dia tahu Petsie susah hati berkenaan abangnya.

         "Bukan macam tu.. saya nak tinggal dengan awak, tapi awak tahu kan Steve tak mahu saya tinggal dengan orang lain?" Jawab isteri Dave dengan kesal.

         "Yup.. i know.." balas Dave dengan nada kecewa.

Mereka berdiam diri selepas itu lalu masuk ke dalam rumah sewa tersebut. Beg milik Dave, Petsie bawa masuk ke dalam biliknya. Malam itu, Dave asyik terfikirkan tentang diri Petsie. Dia teringin membawa Petsie untuk tinggal bersamanya tetapi dia tidak tahu bagaimana cara untuk melembutkan hati Steve.

Selepas saja Petsie selesai mandi, dia membancuhkan teh untuk Dave yang sedang duduk di ruang tamu. Dia pun menghidangkan teh itu kepadanya setelah siap dibancuh.

         "Awak fikir apa tu? Dari tadi diam je?" Tegur Petsie lalu duduk di samping suaminya.

Dave tersenyum dan menggapai bahu Petsie dengan perlahan.

         "Fikir tentang awak.." sahut Dave.

         "Hm.. saya akan fikirkan cara supaya Steve benarkan kita tinggal bersama." Kata Petsie. Dia tahu Dave memikirkan tentang perkara itu.

Wajah Dave berubah ceria bila dia berkata sedemikian.
         "Really? Senangnya hati saya dengar, haha.."

         "Saya tak nak susahkan awak setiap hari datang sini.." ulas Petsie.

Dear Dave.. ✔✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang