Petsie mengenggam erat beg sandangnya ketika masuk ke dalam kelab malam yang sesak, penuh dengan bermacam-macam ragam manusia. Dave yang berada di hadapannya, dia ekori saja walaupun hatinya tidak senang ketika ini. Dia menyisip di antara orang-orang yang sedang mabuk dan menari girang. Dave terhenti, lalu pandang ke belakang untuk melihat Petsie. Dia tergelak bila gadis itu kelihatan takut dan risau."Hoi! Satu, dua gelas cukuplah! Sebab saya tak boleh lama-lama di sini!" Petsie bersuara lantang di dalam kelab kerana bunyi muzik yang kuat menganggu pendengaran mereka.
Dave berpura-pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh Petsie.
"Ha!? Apa!? Tak jelaslah! Jom duduk!" Katanya lalu menarik lengan gadis itu ke bar. Petsie mencemuh Dave dalam diam.
Setelah mereka duduk di bangku berhadapan dengan meja bar, Dave segera memesan dua botol minuman keras. Petsie menjelingnya dan melihat ke arah lain. Dave menarik bangkunya untuk duduk berdekatan dengan gadis itu. Petsie berasa tidak selesa pula ketika ini.
"Hei, jangan dekat-dekat. Nak kena tumbuk ke?" Petsie memberi amaran keras kepada Dave.
Dave ketawa sambil tangannya mencapai 2 botol minuman keras yang disediakan oleh bartender.
"Nah," katanya. Dia hulurkan sebotol kepada Petsie. Dia menyangkakan Petsie seperti gadis-gadis biasa saja dan dia mahu melihat Petsie mabuk teruk hari ini.
Tetapi, dia sebenarnya tidak tahu tentang masa lalu gadis itu. Petsie bukan saja pernah terjebak dengan dadah, malah arak juga! Mabuk adalah perkara biasa bagi si gadis bengis itu. Petsie tersenyum kambing, lalu mencapai botol arak dari tangan Dave dan meneguknya perlahan-lahan seperti orang yang tidak pandai meminum minuman itu. Dave tersengih.
'Hm, lepas awak mabuk, saya akan tinggalkan awak di sini seorang diri! Haha!'
Dave membisikkan rancangannya di dalam hati. Dia segera menghabiskan minumannya dan memesan sebotol lagi.
"Janganlah pesan banyak-banyak, duit gaji saya tak cukup tau nak bayar semua ni!" Bentak Petsie, lalu diteguknya arak itu seperti meminum air. Dave agak terkilan waktu itu. Bila dia perhatikan Petsie, gadis itu seperti sudah biasa meminum arak. Dave berdengus tidak puas hati.
"Huh.."
'Tak boleh jadi ni.'
Bisiknya di dalam hati. Lalu, dia memesan lagi beberapa botol. Petsie memandang sinis pada lelaki itu.
"Eh! Kalau duit saya tak cukup, awak bayar ya!" Marah Petsie lagi.
"Aik? Awak sendiri yang kata nak belanja kan? Haha!" Sahut Dave. Dia tidak mempedulikan Petsie yang sedang panas sekarang.
Petsie segera menyeluk dompet dan mengira beberapa duit kertas untuk membayar semula hutangnya. Dave agak tersentuh waktu itu, kerana Petsie tidak melupakan janjinya. Sesudah Petsie mengira duitnya, dia mengeluh pendek sambil melihat duit itu. Wajahnya tampak resah ketika ini.
"Hoi, bayar sikit-sikit pun bolehlah." Sampuk Dave. Dia berasa kasihan pula bila terpandang wajah sedih 5 sen itu.
Tanpa menjawab kata-kata Dave, Petsie segera meletakkan duit yang dipegangnya di hadapan Dave.
"Habis hutang. Lepas ni, jangan ganggu saya lagi!" Bentak Petsie. Dia mencapai sebotol arak dan meneguknya.
"Hm.. ok. Saya ingatkan awak tipu tadi," kata Dave. Petsie tersengih lalu berkata..
"Tak sampai hati saya nak tipu awak. Sebab, saya kasihankan awak, encik." Balas Petsie seperti menyindirnya.
Dave mengerutkan kening, dia tidak menjawab langsung. Hatinya terasa sakit pula sekarang. Tiba-tiba seorang lelaki datang dari arah tepi Petsie dan menegurnya.

YOU ARE READING
Dear Dave.. ✔✔
Любовные романыI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay, English Genre; Romance , humor Edisi khas untuk Dave dari watak dalam cerita Anzie. eh macam besa, untuk pmbaca 21 taun ke atas ja ah. sbab ada 'manari2' ba dlm ni crita 🤣 Malas sy tulis s...