Dear Dave.. 3

9K 121 20
                                    

          

              Sebelum Petsie keluar dari rumah, dia sempat masuk ke dalam tandas untuk mengambil semula dompet yang disembunyikannya di dalam alat pengepam tandas. Matanya asyik memandang ke luar, risau jika Steve datang. Sesudah dia mencapai dompet itu, dia segera memasukkan ia ke dalam beg dan berlari keluar dari dalam rumah. Steve menunggu di luar balkoni depan rumah flat yang mereka tinggal untuk menghantar Petsie ke tempat kerjanya.

         "Saya dah siap. Sorry, saya buang air tadi. Hehe," Petsie beri alasan supaya Steve mempercayainya.

Steve tergelak, tangannya menggapai bahu Petsie yang kecil molek, lalu mereka turun ke bawah bangunan flat 5 tingkat itu menggunakan tangga.

          "Tak kerja ke hari ni?" Petsie bertanya abangnya.

           "Eh? Kerjalah. Kan selalu saya balik jemput awak? Kenapa awak tanya?" Kata Steve. Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan adiknya itu.

           "Err.. tiadalah. Saya tanya je. Em.. abang dah makan ke? Jom kita pergi makan dulu? Saya belanja," balas Petsie sambil tersenyum-senyum mengenangkan duit di dalam dompet milik Dave.

           "Mana awak dapat duit tengah-tengah bulan macam ni? Lagipun, awak baru start kerja. Belum sampai sebulan pun," soalan Steve itu membuatkan Petsie cemas sedikit.

Dia mendiamkan diri sejenak dan berfikir apa patut dijawab. Bibirnya diketap, matanya melirik ke bawah bangunan. Langkah kaki Steve terhenti kerana Petsie tidak menjawab soalannya.

           "Awak buat sesuatu lagi ke? Jawab.." Soal Steve. Raut wajahnya berubah serius tatkala melihat Petsie yang kelihatan resah.

          "Em.. saya.. pinjam duit Mimi.." Petsie menipu yang kesekian kalinya. Tetapi dalam hati, huh! Berdegup kencang, takut kedapatan.

Steve menggelengkan kepalanya dan berdengus kecil. Diusapnya kepala Petsie dengan lembut sambil tersenyum.

          "Kenapa pinjam duit orang? Kalau tak ada duit, bagitahu saya. Saya akan bagi," balas Steve. Dia percaya seratus peratus kata-kata adiknya itu.

          "Ee.. saya tak nak susahkan abang. Saya cuma nak makan yang sedap-sedap sikit, hehe.." ulas Petsie lagi.

          "Nak makan apa? Biar saya belanja," kata Steve. Tetapi Petsie segera menolak pelawaan abangnya yang ingin belanjanya makan.

          "Tak payahlah. Kali ni, biar saya belanja. Ok?"

          "Hm.. ok. Tapi ingat, jangan lupa bayar hutang awak tu lepas gaji nanti?" Kata Steve lagi.

           "Ya, saya tahu. Ok, jom!" Balas Petsie lalu menyeluk lengan abangnya dan mereka sambung berjalan menyusuri anak-anak tangga.

Mereka berbalas ketawa ketika turun ke bawah. Steve mahu adiknya sentiasa ceria seperti ini. Dia pernah berasa menyesal kerana meninggalkannya semasa kedua ibubapa mereka masih bergaduh. Pernah sekali, Petsie terlalu tekanan dengan hidup keluarganya yang porak poranda, sehingga dia mengambil dadah melebihi dos dan telah koma selama sebulan ketika Steve masih berada di luar negara. Sejak kejadian itu, dia tidak mahu ia terjadi lagi untuk yang kedua kalinya. Dia telah berjanji, akan menjaga Petsie seumur hidupnya. Kerana Petsie terlalu takut akan kesunyian. Walaupun dia nampak aktif pada luaran, tetapi.. hanya Steve saja tahu keperitan hidup disebalik senyuman yang terukir di wajah adiknya. Topi berlogo kartun 'Hello Kitty' itu adalah pemberian Steve ketika Petsie tersedar dari koma. Sebab itulah, Petsie sentiasa memakainya walaupun umurnya sudah tidak sesuai lagi dengan logo itu.

Dear Dave.. ✔✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang