Dear Dave.. 8

6.7K 111 20
                                    

             

           Steve mula pergi bekerja semula selepas seminggu bercuti menjaga adiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           Steve mula pergi bekerja semula selepas seminggu bercuti menjaga adiknya. Petsie pula,  tidak lagi dibenarkan bekerja oleh abangnya. Sebelum Steve bertolak, dia sempat berbual dengan Petsie.

        "Saya dah nak pergi kerja ni. Awak jangan keluar pergi mana-mana tau? Tengah hari nanti abang akan belikan awak makanan. Sarapan abang dah sediakan, jangan tak makan pula." Steve memberi arahan kepada Petsie sambil mengusap rambut adiknya dengan lembut.

        "Ya.. saya tak akan pergi mana-mana. Abang pergilah.." balas Petsie. Jawapan itu membuatkan Steve risau. Lalu dia memeluk lagi adiknya.

        "Abang akan balik awal. Lagi satu, jangan buka pintu kalau ada orang ketuk, faham?" Kata Steve lagi.

Petsie hanya menganggukkan kepalanya tanda akan menurut perintah.

        "Ok, abang jalan dulu. Bye.." ucap Steve, lalu melepaskan pelukan mesra itu. Petsie tersenyum saja tanpa mengucapkan apa-apa.

Dua jam kemudian.. Petsie duduk termenung di meja makan disamping sarapannya. Makanan yang disediakan oleh Steve tidak dijamah dan ia sudahpun menjadi sejuk. Lalu, dia berdiri dan berjalan ke arah pintu rumah seperti sedang mengelamun. Arahan Steve telah dilupakan.

   Krakk..

Pintu rumah dibukanya perlahan. Dengan berkaki ayam, dia berjalan ke arah penghadang koridor sambil menghirup udara pagi yang nyaman. Rambutnya yang panjang paras bahu terusai ditiup angin. Kedua-dua tapak tangannya mengenggam penghadang itu dengan kuat, lalu.. dia cuba naik ke atasnya.

        "Maafkan saya sebab susahkan abang.." bisiknya sambil tersenyum. Dia berfikir, hanya ini saja jalan terakhir supaya abangnya tidak perlu bersusah payah untuk menjaganya lagi. Iaitu, menamatkan hidupnya.

Kakinya sudah berdiri tepat di atas penghadang. Sambil menutup mata dan menarik nafas panjang, dia cuba menjatuhkan dirinya dari bangunan lima tingkat itu perlahan-lahan.

        "Petsie!!"

Seseorang menjerit memanggil namanya dan tangkas menerkam serta memeluk badan Petsie yang hampir terjatuh dari bangunan itu!

   Gedebuk!

Mereka pun terjatuh bersama di lantai koridor setelah badan Petsie ditarik tadi. Petsie sangat terkejut waktu itu!

         "Lepaskan saya!" Petsie menjerit minta dilepaskan dari pelukan lelaki itu dengan tangisan kuat.

         "Jangan jadi bodoh!" Suara lelaki itu memarahinya.

Saat Petsie melihat orang tersebut, dia terkejut! Rupa-rupanya Dave! Dia pun segera melepaskan pelukan kuat lelaki itu.

         "Kenapa awak datang ke sini!? Apa lagi awak nak!?" Soal Petsie lalu mengensot-ensot berundur dari Dave menuju ke arah pintu rumah.

Dear Dave.. ✔✔Where stories live. Discover now