Dear Dave.. 10

6.7K 111 13
                                    


            Dave menghantar Petsie pulang ke rumah mereka setelah majlis perkahwinan mereka berakhir. Hari sudah hampir lewat malam ketika itu dan Dave mabuk sedikit kerana minum bersama dengan Joel dan doktor Bert di rumah mereka tadi. Dia asyik ketawa di dalam kereta bersama dengan isterinya, Petsie. Petsie melayan saja karenah Dave yang mencuit hati itu yang suka buat dia tersenyum hinggakan pipinya mengeras. Dia tidak berasa janggal bila bersama dengan Dave. Mungkin kerana sifat suaminya yang suka bermesra dan melayan diri Petsie dengan baik.

          "Alright honey, we are home.. haha!" Dave ketawa lagi. Dalam keadaan yang pening, dia menghentikan keretanya di kawasan letak kereta.

          "Awak baliklah, tak payah hantarkan saya ke atas." Kata Petsie. Dia yang masih bergaun kembang dan bermekap, ditenung oleh Dave.

          "Tak sangka saya dah kahwin. You're.. beautiful, Petsie.." ucap Dave. Gelak tawanya tadi tiba-tiba hilang. Wajahnya mula serius.

Petsie tidak berani memandang suaminya itu, lalu menoleh ke luar tingkap. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Tanpa dia sedari, Dave maju ke arahnya dan memeluk badannya.

        "Dave, awak mabuk ni.. pulanglah.." arah Petsie. Jari jemari Dave mengusap perut Petsie dengan lembut lalu mengucupnya.

Perasaan Petsie saat itu terharu sekali! Kerana Dave benar-benar inginkan anak.

        "Kalau betul awak ada di dalam.. papa gembira.. tapi, hari ni papa tak dapat bersama-sama dengan kamu. Uncle Steve jahat, haha.." Dave mengomel sendirian. Kata-kata Petsie dia tidak hiraukan.

Petsie tersenyum saja. Tiba-tiba Dave mengusap anak-anak rambut Petsie dengan lembut dan merenung wajah si isteri.

           "Saya tak mabuk. Tapi, boleh tak.. saya cium awak sekali lagi?" Dave meminta kebenaran.

Petsie bagaikan disiram air sejuk. Badannya menggeletar dengan tiba-tiba. Lalu dia menjawab..

         "Err.. a.. awak kan.. suami sa.. saya..?" Katanya.

Selepas saja ayat itu keluar dari mulut Petsie, Dave lantas mengucup bibirnya dengan lembut. Petsie membalasnya dengan penuh rasa sayang. Cinta mula berputik di dalam hatinya, tetapi bagaimana pula dengan Dave? Adakah dia merasakan perasaan yang sama?

Jari jemari Dave bergerak nakal pada paha Petsie. Lalu dia melepaskan bibirnya dan mara ke leher Petsie yang putih melepak.

           "Dave.." Petsie cuba untuk menolak, tetapi Dave bertambah erat memeluknya. Gaun kembang yang dipakai Petsie diselak hingga ke paras pinggang.

Bibir Dave bermain dengan rakus pada leher Petsie. Isterinya mengetap bibir dan seraya menutup matanya. Perasaan itu.. membuatkan dia keasyikan! Bahang nafas Dave terasa di setiap pelusuk kulit dada dan lehernya. Cengkaman jari jemari pada pahanya semakin kuat.

          "Erm.." Dave berdengus perlahan. Bau alkohol yang kuat terhidu oleh Petsie ketika itu. Dave tahu apa yang sedang dia lakukan, tetapi perasaan mabuk yang sedikit membuatkan dia berani mengusik Petsie.

Lalu, jari jemarinya yang memegang paha tadi mula naik ke bahagian dada Petsie..

_______________________________________
IKLAN : Doi.. si Dave, tiragan suda 🤣🤣💦
_______________________________________

Dave mengalihkan semula bibirnya ke bibir Petsie yang lembab itu. Mereka bergumulan lembut sambil tangan Dave mula meramas pergunungan milik Petsie. Tiba-tiba..

     Tok! Tok! Tok!

Tingkap kereta diketuk kuat dari luar. Kedua-dua mempelai itu terkejut dan segera melepaskan kucupan lalu memandang ke luar kereta.

Dear Dave.. ✔✔Where stories live. Discover now