"Dah sampai. Hm.. awak jangan buat benda yang tak baik lagi tau? Ni nombor saya. Kalau ada apa-apa, call saja. Saya akan datang." Kata Dave semasa berada di hadapan rumah Petsie setelah pulang dari klinik tadi. Dihulurkannya kad kerja kepada Petsie. Petsie mengambilnya saja tanpa menolak."Tapi.. saya tak ada handphone. Abang saya tak benarkan saya pegang benda tu," jawab Petsie.
"Ye ke? Hm.. tak apa. Saya akan belikan untuk awak." Balas Dave sambil tersenyum. Petsie tidak tahu bagaimana untuk menolaknya.
"Awak tak takut ke dengan abang saya?" Soal Petsie lagi. Dave seperti tidak gentar dengan Steve walaupun sudah dihalau tempoh hari.
"Nak takut apa pula? Saya nak baiki kesalahan saya saja, bukannya nak buat jahat dengan awak." Terang Dave.
Petsie menundukkan kepalanya kerana terasa segan sambil tersenyum manis. Tangan Dave tiba-tiba menyentuh pipinya dengan lembut, lalu berkata..
"Saya akan pastikan awak hidup dengan baik. Jangan terlalu fikir tentang perkara yang telah kita lakukan. Sebab, saya akan buat yang terbaik untuk awak, Petsie." Ulas Dave lagi.
"Awak layan saya dengan baik sebab.. nak anak ke?"
Soalan Petsie itu membuatkan Dave tergelak kecil. Tak semena-mena dia menarik Petsie ke dalam pangkuannya sambil membelai rambut gadis itu. Petsie terkejut sedikit dengan kelakuan Dave.
"Mungkin juga sebab anak. Tapi bukan itu saja. Saya tak nak berkasar lagi dengan awak. Kalau boleh, saya tak mahu awak tertekan." Balas Dave.
Waktu itu, Steve baru sahaja sampai di tempat itu sambil membawa bungkusan makanan untuk Petsie. Matanya membesar apabila melihat Dave berpelukan dengan adiknya! Nafasnya berhembus keras, kakinya melangkah besar dengan laju menuju ke arah mereka. Kemarahannya terjadi lagi!
"Hoi! Saya kata jangan lagi datang ke sini, kan!?" Jeritnya dari jauh.
Kedua-dua mereka terus melepaskan pelukan mesra tadi kerana terkejut dengan teguran kasar itu. Petsie menjadi takut dan cemas ketika Steve semakin menghampiri mereka. Dia dengan lajunya berdiri di hadapan Dave untuk mempertahankannya.
"A.. abang jangan marahkan dia!" Petsie menolong Dave kali ini.
"Petsie, biarkan saya dengan abang awak bercakap. Awak masuklah ke dalam," kata Dave kepada Petsie. Tetapi Petsie enggan berbuat demikian.
"Apa awak kata? Lelaki ni dah rosakkan awak Petsie! Kenapa awak pertahankan dia!?" Bentak Steve setelah tiba di hadapan pintu rumah.
"Boleh tak kita berbincang dengan cara baik? Saya tak nak bergaduh lagi. Lagipun, kami dah bersetuju untuk berkahwin." Sampuk Dave dari belakang Petsie.
Kening Steve mengerut tajam setelah mendengar perkara itu. Dia memandang Petsie dengan perasaan marah. Raut wajah Petsie tampak sekali sedang ketakutan.
"Huh! Kahwin!? Pandainya kamu rancang tanpa kebenaran dari saya! Petsie, awak masuk sekarang!" Jerkah Steve lagi. Dia membuka kunci pintu dan lantas menarik tangan Petsie dengan kasar masuk ke dalam rumah. Bungkusan makanan diletakkannya di atas bangku sofa, kemudian dia keluar semula berjumpa dengan Dave.
"Abang!" Jerit Petsie, tetapi Steve segera menutup pintu rumah dengan kuat tanpa mempedulikan panggilan itu.
Bam!
Dave mengeluh panjang dengan perangai abang Petsie itu sambil menggaru dahi.
"Hm.. macam yang saya kata hari tu, saya akan bertanggungjawab." Kata Dave dengan nada perlahan. Dia tidak mahu meninggikan suara lagi kerana malas bergaduh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Dave.. ✔✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay, English Genre; Romance , humor Edisi khas untuk Dave dari watak dalam cerita Anzie. eh macam besa, untuk pmbaca 21 taun ke atas ja ah. sbab ada 'manari2' ba dlm ni crita 🤣 Malas sy tulis s...