🎵Song by GD - Untitled 2014 🎵
///
" Anak jahanam! Bangun!!! "
PEDIH mata bila di paksa untuk dibukakan. Belakang turut terasa sakit bila pemilik suara nyaring itu menendang belakang badannya. Dinara bangkit duduk, lemah. Kesan lebam pada bawah matanya masih belum hilang.
" Ya ibu. Ibu nak apa? "
Lemah suaranya dituturkan. Wanita yang dipanggil ibu itu meludah ke atas kepalanya. Kepulan asap rokok dilepaskan ke mukanya. Air matanya kembali mengalir, menahan sabar.
" Nak apa! Nak apa!. Bangunlah bodoh! Anak tak tahu diri! Bangun! Siapkan sarapan untuk Diana dan Dhafa. Lekaslah anak jahanam! "
Kembali menendang-nendang belakang tubuh gadis itu. Sekali lagi kepulan asap rokok dilepaskan ke wajahnya.
" Kau tak bangun awas! "
Air mata dihapus perlahan. Melihat wanita itu sudah berlalu pergi, dia bangkit berdiri menuju ke bilik mandi. Di hadapan cermin dia menangis merenung diri sendiri. Mata dipejamkan erat, menelan liur berkali-kali .
" Mak! Nak duit! "
Ujar Diana pada ibu mereka. Puan Sabira. Sempat dia menjeling pada kedua anaknya itu sebelum menyeluk tangan ke dalam bra milik nya . Dinara yang sedang membasuh pinggan, sesekali melirik ke wang tunai bernilai rm50.00 itu.
"Bagi dua! Sorang 25 " Ujar Puan Sabira, menghulurkan duit pada Diana.
" Boleh boleh "
Kata Diana sambil tergelak. Diana serta Dhafa bergerak ke kampus mereka. Dinara masih berada di dapur, melakukan pekerjaan rumah. Selesai membasuh pinggan, pakaian di dalam washing machine turut memanggilnya. Sesudah itu, dia menjemur pakaian di halaman belakang rumah teres itu. Tersenyum seketika bila cahaya matahari itu memancar ke wajahnya .
Selesai semua tugas, dia membasuh tangan dan menarik kerusi di meja makan itu untuk bersarapan tatkala waktu sudah berputar arah dari pagi ke tengah hari .
" Anak tak tahu malu! "
Baru saja dia mahu menyuapkan nasi putih berlauk ikan goreng itu ke dalam mulut , Puan Sabira menegurnya di muka pintu dapur itu .
" Ada apa ibu? " Dinara berdiri , tangan nya masih mengepal nasi yang tak sampai ke dalam mulut itu .
" Siapa suruh kau makan? Aku suruh kau buat kerja! Bukan nya makan! Bodoh... "
Ujar Puan Sabira , kasar . Menolak pinggan Dinara hingga jatuh ke atas lantai. Tersentak mendengar bunyi pecahan itu, Dinara menelan liur sekali lagi .
" Saya dah buat semua kerja ibu. Saya lapar, dari pagi saya takde menjamah makanan "
Ucapnya, serak nada itu. Menahan tangisan. Puan Sabira buat muka marah kemudian , menolak-nolak dahi Dinara dengan kasar .
" Kau lapar ke, tak makan ke, itu bukan urusan aku! Sekarang ni dah pukul dua belas , kau faham tak? Masa untuk aku makan tengah hari! "
Dinara mencangkung tidak menjawab . Mengutip serpihan-serpihan kaca dari pinggan yang pecah itu . Sempat dia mengutip sebutir nasi lalu di suapkan ke dalam mulutnya , air mata kembali mengalir.
" Kalau aku datang sini lagi, kau belum masak apa-apa! Kau siap! "
Peringatan keras dari Puan Sabira sebelum meninggalkan ruang dapur. Dinara mula membuka peti ais, kosong. Dia menemui Puan Sabira yang sedang tidur melentang di atas sofa . Takut , tetapi dia harus berani .
YOU ARE READING
BUTAKAH CINTA (COMPLETE)✅
RomanceBASIC ON TRUE LOVE STORY tapi bukan dari author 💕 Inspirasi dari sekeliling. sinopsis 👇 Kerana takut akan 'Kehilangan' , dia memilih untuk sehidup semati dengan TENGKU IRIS IRSHAD . Seorang lelaki yang bersifat pemalu dan pendiam . Namun , setelah...