CHAPTER 5

227 8 0
                                    

CINTA yang tersimpul sejak pertemuannya dengan gadis itu , Iris nekad mahu melamar gadis itu menjadi isteri halalnya .

" Kalau aku dah betul-betul jatuh cinta pada Dinara , buat apa aku nak tunggu lama? Kang melepas aku "

Ucap Iris , masih berborak bersama Saqeef dan Fairuz di ruang tamu itu . Fairuz dan Saqeef masing-masing mengangkat kening , pandang Iris .

" Kau ni biar betul , perempuan tu pun kau tak kenal lagi latar belakang dia " Soal Saqeef tak percaya pada Iris .

" Aku tak main-main lah . Aku serius . Latar belakang tu aku tak peduli " Jawab Iris , mencebik .

" Jap jap . Family kau dah tahu ke Ris tentang niat kau ni? Aku tak faham lah dengan kau ni Ris . Tetiba je "

Soal Saqeef kembali , tak mengerti . Iris masih mencebik pada Saqeef . Fairuz garu kepala , pun tak faham dengan Iris yang tiba-tiba mahu berkahwin dengan Dinara .

" Pagi nanti aku ingat nak jumpa mama dan papa . Aku nak bagitahu diorang tentang niat aku yang nak kahwin "

Jawab Iris , menghela nafas di atas sofa . Iris kemudian baring dengan kaki yang bersilang . Fairuz serta Saqeef masih tak faham akan kehendak Iris .

" Aku pun tak faham lah dengan kau ni Ris . Kau bukan tak tahu Family kau macammana . Dinara tu pula siapa? Dia penyanyi kat tempat aku tau! Kang aku pulak yang kena cepuk! "

Ujar Fairuz , mula naik berang . Iris menaikkan kedua anak matanya ke atas . Geram pada kedua sahabatnya itu . Bingkas Iris duduk , sebelum berganjak dia bersuara pada Saqeef dan fairuz

" Pagi nanti teman aku jumpa mama dan papa . Malam aku nak jumpa Dinara "

Ujar Iris seraya mengorak langkah meninggalkan ruang tamu yang luas itu . Saqeef dan Fairuz saling menggelengkan kepala , turut meninggalkan ruang tamu lalu berganjak masuk ke bilik tetamu .

////

Tok tok tok

Tangkas Dinara membuka mata nya yang tak cukup tidur itu . Dia bangkit duduk lalu berganjak menuju ke pintu . Puan Sabira sudah berada di depan matanya . Terkedu Dinara melihat Puan Sabira .

" Ibu "

Ucap Dinara , melirik jam di atas meja hiasnya . Pukul 6.00am . Puan Sabira menolak Dinara masuk ke dalam bilik itu lalu pintu di kunci . Dinara terduduk di atas tilam nya , mata layu kini menjadi segar dengan serta merta kerana kehadiran Puan Sabira .

" Bayaran kau mana? "

Ucap Puan Sabira , cekak pinggang . Dinara menelan liur kemudian bangkit berdiri menjangkau shoulder bag milik nya . Zip dibuka perlahan , sampul putih sudah kelihatan pantas Puan Sabira menolak dia lalu merampas sampul tersebut .

Terkebil mata Puan Sabira melihat sampul itu , kemudian mengeluarkan sehelai kertas kecil berwarna putih . Sempat dia menjeling tajam pada Dinara di birai katil sebelum membaca isi kertas kecil itu .

" Saya jatuh cinta pada awak, setiap kali saya dengar suara awak yang merdu bak buluh perindu . Ikhlas dari saya , Tengku Iris Irshad "

Melopong Puan Sabira , menarik nafas gembira lalu mendekat pada Dinara . Puan Sabira menarik lengan Dinara , gadis itu berdiri tidak memandangnya

" Siapa Tengku Iris? "

Soal Puan Sabira dengan tiba-tiba . Dinara pandang dia sambil berkerut kening kerana terkejut .

" Ibu . Dia cuma kawan saya ibu . Saya takde apa-apa hubungan dengan dia "

Ucap Dinara , takut . Dia mengetap bibir , dan sudah redha jika Puan Sabira mahu memukulnya lagi . Seperti hari itu . Puan Sabira tersenyum , berpeluk tubuh di depan Dinara .

BUTAKAH CINTA (COMPLETE)✅Where stories live. Discover now