CHAPTER 6

215 12 0
                                    

DUA puluh minit sebelum gilirannya , Dinara menuju ke toilet wanita . Dalam langkah menuju ke sana , dia terlanggar bahu dengan seseorang . Lantas selendang merahnya itu terlepas dari kepala , rambut indahnya terserlah di pandangan Saqeef . Saqeef seakan terpaku melihat Dinara , dia tak dapat berkata-kata hanya melopong dengan dada yang kian berdebar kuat .

" Hai "

Tiba-tiba Saqeef bersuara , tetapi Dinara hanya diam . Dia mengambil semula selendang merahnya yang jatuh ke permukaan lantai lalu tersenyum pada Saqeef kemudian berganjak pergi .

Saqeef menguntum senyum indah , dia sudah jatuh cinta pada Dinara . Bakal menjadi isteri kepada Tengku Iris , yang belum dia ketahui .

Selepas Dinara keluar dari toilet perempuan , satu huluran tangan terpamer di pandangan matanya . Langkah kakinya serta merta terhenti lalu melihat pada telapak tangan itu , terdapat sebentuk cincin .

" Iris? "

Ucap Dinara , terkejut setelah Iris memperlihatkan wajah itu dari bersembunyi di balik dinding . Dinara tidak cepat-cepat berlalu , dia memerhati cincin di atas telapak tangan Iris . Iris mengetap bibir , masih menghulurkan tangan pada Dinara

" Saya nak berterus terang . Saya tak boleh lelapkan mata semenjak berjumpa dengan awak . Saya dah tersuka sepenuh mati terhadap awak "

Ujar Iris sambil tersenyum tatkala wajah Dinara terlukis kesedihan . 'Impian ibu telah datang dengan sendiri , untuk segera mewujudkan mimpi-mimpi itu'  . Gumam Dinara , memandang sedih pada sebentuk cincin di atas telapak tangan Iris .

" Apa maksud di sebalik cincin ini? "

Soal Dinara , pandang Iris . Iris mengetap bibir lalu menurunkan kembali tangan ke bumi , lenguh berada di udara sejak tadi .

" Saya nak lamar awak jadi isteri saya . Saya tak nak bercinta dengan awak . Saya nak bercinta selepas kahwin , dengan awak "

Ucap Iris , Dinara menelan liur pahit . Cuba menahan air mata itu , dia mengingat wajah Haziq . 'Aku sayang Haziq , ya Allah . Adakah lelaki ini benar jodohku yang telah tertulis' . Gumam Dinara , menangis di dalam hati .

Iris melangkah setapak ke hadapan Dinara lalu Iris menyarungkan cincin itu ke jari manis Dinara , mengucup jemari itu .

" Awak terima lamaran saya? " Soal Iris .

" Boleh ke cinta dan sayang itu hadir di dalam sebuah perkahwinan yang terjalin tanpa sebarang perasaan cinta? "

Soal Dinara . Iris tersenyum manis , menggenggam kemas jemari Dinara tatkala gadis itu masih bermuram durja .

" Cinta itu fitrah . Sejak saya dah jatuh cinta pada awak , saya dah berniat untuk menghalalkan awak . Sebab awak buat tidur saya jadi tak lena , asyik terfikirkan awak . InshaAllah Dinara , kita akan bahagia dan cinta itu akan hadir dengan sendiri . Percayalah , saya akan jaga awak dan saya akan sayang awak untuk selama-lamanya "

Ucap Iris , telus . Langsung Dinara melepaskan air mata yang tertahan . Iris senyum kecil lalu memeluk Dinara dan gadis itu turut membalas pelukan nya . Pelukan yang sebenarnya menyakitkan hati Dinara sendiri .

Kahwin tanpa cinta? Boleh ke bahagia? InshaAllah boleh jika kita dah pasang niat yang betul kepada pasangan masing-masing . Bila mendengar kalimat ini , orang-orang tentu akan berfikir ianya adalah perkahwinan atas sebuah paksaan atau pilihan keluarga .

Tetapi bagi Iris , dengan menghalalkan Dinara menjadi isterinya adalah suatu pilihan yang tepat kerana tak mahu kehilangan gadis itu , walau keterpaksaan di hati Dinara dalam menerima lamaran yang tak terduga itu .

BUTAKAH CINTA (COMPLETE)✅Where stories live. Discover now