CHAPTER 2

297 13 0
                                    

After this time passes
And I only I can forget everything
Those memories,those happy memories
Or in the next life.

I hope I can meet you and love you again
Just like before

//

Seakan Iris terpukau pada suara nyanyian bak merdu burung berlagu itu. Iris cuba mencuri untuk melihat wajah gadis yang terselindung dengan selendang merah itu tetapi gagal. Sesuatu mengusik hati Iris, dia tidak senang duduk. Gadis itu masih menjadi tumpuan matanya.

Iris bingkas berdiri dari tempat duduk. Tangkas Saqeef menahan lengan Iris, pelik dengan Iris yang tiba-tiba. Kembali Iris duduk sambil kedua bebola mata tak lekang melihat gadis tersebut.

" Kau nak ke mana? " Soal Saqeef, melopong

" Siapa perempuan tu? "

Soal Iris semula pada Saqeef. Saqeef berkalih pandang ke arah gadis yang sudah berlalu pergi itu. Kembali dia pandang Iris yang seperti 'Cacing kepanasan' itu

" Mana lah aku tahu! Asal? Jatuh cinta ke? "

Ujar Saqeef, cuba mengusik Iris. Sekilas Iris mengerling tajam pada Saqeef. Americano di dalam cawan, dihirup lembut oleh Iris.

" Aku tanya je lah. Kau tak payah lah nak rosakkan mood aku! "

Kata Iris , sedikit bengang pada nada yang diperdengarkan itu. Saqeef tergelak nakal, melambai ke arah Fairuz. Fairuz menghampiri kedua sahabatnya itu lalu duduk di sebelah Saqeef.

" Korang nak pesan apa-apa lagi tak? "

Tanya Fairuz , melirik ke Iris dan Saqeef. Kemudian, Saqeef membisikkan sesuatu ke telinga Fairuz lalu mereka berdua tergelak. Iris berasa marah, cepat tangannya menarik telinga Fairuz dan Saqeef.

" Lek ar Ku Ris! " Ucap Fairuz , masih tergelak bersama Saqeef.

" Kau nak jumpa ke dengan penyanyi baru tu? " Soal Fairuz. Iris menjeling tajam pada Saqeef.

" Bila masa aku kata nak jumpa? Hadoi korang ni! "

Ujar Iris, sudah bengang. Americano di dalam cawan brown itu dihirup laju. Saqeef serta Fairuz menjongketkan bahu ke atas bersama memek muka 'Entah' .

" Dah pukul 2.04am. Jap lagi aku nak tutup Cafe. Kita nak ke mana lepas ni? " Soal Fairuz, menatap jam di tangan.

" Balik Condo lah, mana lagi. Esok aku kerja"

Jawab Iris. Mata masih mencari-cari kelibat gadis itu. Fairuz tersenyum nakal melihat anak mata Iris.

" Perempuan tu dah balik. Kalau kau nak..."

Pantas Iris memintas ucapan Fairuz dengan mengangkat tangan kirinya, tanda meminta untuk menghentikan ucapan tersebut.

" Aku tak nak apa-apa! Dan aku tak nak tahu tentang perempuan tu, okey?. Aku tunggu korang kat luar "

Ujar Iris seraya berdiri, melangkah keluar dari Cafe itu. Saqeef dan Fairuz mencebik dengan sikap Iris yang pergi begitu sahaja.

" Aku rindu Iris yang dulu. Pemalu, pendiam! Tapi sejak Mimie tinggalkan dia! Jadi begitu lah Iris sekarang... " 

Ujar Saqeef, bercerita dengan Fairuz. Sedih dipamerkan pada kedua raut wajah itu. Iris menyandarkan punggung pada pintu kereta sambil menyedut rokok jenama dunhill lalu asap rokok berkepul-kepul menerawang. Ada kesalan pada raut wajah itu, sedih jelas terpampang.

Iris menundukkan pandangan ke bumi bersama helaan nafas berat. Dia berpaling ke sisi kanan, serta merta dia berdiri tegak. Kelibat seorang gadis sedang berjalan berlawan arah dengan nya, buatkan lamunan pendeknya terbantut. Iris membuang putung rokok, cuba mengikuti gadis itu.

BUTAKAH CINTA (COMPLETE)✅Where stories live. Discover now