CHAPTER 10

277 9 0
                                    

" Dinara!!! "

DIA menjerit tepat di telinga gadis itu dan serta mertanya Dinara terbangun . Cepat-cepat dia duduk , tamparan Puan Sabira singgah di pipi kanan Dinara .

" Ibu " Ucapnya . Kembali dia menangis sambil menyentuh pipinya .

" Yang kau failkan penceraian dengan si Tengku tu kenapa hah sial?? Kau balik sana sekarang! Balik!! "

Ujar Puan Sabira , memukul Dinara tiada hentinya . Dhafa langsung berlari menuju ke bilik Dinara selepas mendengar gadis itu berteriak . Cepat Puan Sabira mengunci pintu . Dinara geleng kepala berulang kali , tangisannya memenuhi seluruh ruang di pelusuk bilik nya .

" Dinara tak nak ibu . Dinara tak nak dekat Iris lagi . Tolong ibu ... "

Puan Sabira menampar Dinara lalu menolak kepala gadis itu . Dia berdiri di tepi katil , menghela nafas berkali-kali bersama tatapan benci yang dipamerkannya pada Dinara . Dhafa di luar bilik , tak berhenti dari cuba merobohkan pintu itu

" Aku tak peduli! Kau suka atau tidak! Aku tetap nak kau ke sana . Dia tu laki kau , kau jangan jadi isteri derhaka Dinara!! "

" Tolong ibu , saya merayu ... Jangan hantar saya ke sana ibu "

Dinara sudah berpindah ke kaki Puan Sabira . Sejuta pun rayuannya , takkan mengubah niat busuk Puan Sabira . Sejuta pun butir air mata yang dilepas mengalir , takkan mengubah pendirian Puan Sabira .

" Kalau kau tak nak dengan si Tengku tu , kau kahwin dengan si Saqeef "

Pantas Dinara mendongak , dia langsung berdiri .

" Jangan ibu . Dinara tak mahu kahwin dengan sesiapa lagi . Kenapa ibu buat Dinara macam ni? Apa salah Dinara dengan ibu? "

Puan Sabira gelak sinis , dahi gadis itu di tolak-tolak hingga langkah semakin terundur ke belakang .

" Sebab kau anak tak guna! Sebab nak selamatkan kamu semua! Kawan-kawan aku terpaksa mati dalam kebakaran tu . Korang bertiga punca aku kehilangan sahabat aku . Jadi sekarang , kau kena dengar cakap aku . Kau balik ke tempat Iris , atau kahwin dengan Saqeef atau Dhafa dan Diana aku hantar ke tempat tu . Ke kubur mak bapak diorang "

Dinara menundukkan pandangan , memukul dada sendiri dan air matanya begitu deras mengalir . Tangisannya mula bersuara , Dhafa berhenti memberontak . Puan Sabira senyum tak lekang , cekak pinggang menanti jawapan Dinara .

Sungguh ketiga-tiga pilihan itu , bukanlah yang terbaik untuknya . Dinara menelan liur pahit , menyeka air mata di pipi lalu memandang Puan Sabira .

" Saya nak tinggal di sini dengan Dhafa dan Diana . Saya tak nak kembali lagi dengan Iris ibu . Tolong ibu , saya merayu "

Puan Sabira senyum , Dinara susah hati dengan senyum palsu itu .

" Kau akan menyesal anak tak guna . Kau ingat , anak kau dalam perut tu tak perlu makan ke? "

Serta merta matanya membulat luas , menyentuh perutnya . Puan Sabira senyum sinis pandang perut Dinara

" Mana ibu tahu Dinara mengandung? "

" Aku perempuan lah sial! Dah tentu aku tahu . Kau boleh tinggal sini , tapi aku ada satu syarat . Kalau betul kau dah tak nak kat si Tengku tu , kau gugurkan anak dia "

" Ibu! "

Jerit halusnya mendatangkan murka di hati Puan Sabira . Lantas Puan Sabira menamparnya kembali , menolak tubuh itu hingga ke dinding .

" Ini nasib kau Dinara . Nasib buruk! Kau kena terima takdir kau! Suka atau tidak kau harus hadapi nasib buruk kau . Siap sekarang . Laki kau akan datang kejap lagi "

BUTAKAH CINTA (COMPLETE)✅Where stories live. Discover now