Dang
Pintu kaca yang dikelilingi dengan kayu berkualiti tinggi itu terhempas ke dinding apabila si lelaki membuka pintu dengan kadar yang laju. Lutfi menerjah pejabat Rayden. Tanpa ketukan, pintu bilik itu dibuka kasar. Rayden yang sedang melihat CCTV footage terus mengalihkan pandangannya ke arah pintu.
"I found her" niatnya untuk memarahi lelaki itu mati.
Lutfi lantas meletakkan sebuah iPad di atas meja kerja Rayden. Sudah seminggu Alyssa masih belum dijumpai. Dalam tempoh seminggu itu juga Rayden hampir membuat kerja gila ingin menyerang Harriz tanpa perancangan yang teliti tetapi Fad pantas menghalang. Jika mereka tersilap langkah maka nyawa Alyssa yang menjadi galang gantinya.
"JB?" tutur Rayden apabila melihat peta yang terpapar di atas skrin iPad itu. Matanya memandang Lutfi. Lutfi hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan daripada Rayden.
"Kita gerak malam ni" arah Rayden lalu berdiri. Kot di tempat penyangkut diambil.
Lutfi hanya memerhati tubuh lelaki itu keluar dari pejabat tanpa sebarang kata-kata.
'Ray-'
"Laina let me go" rayu Alyssa lemah.
Laina berhenti melangkah. Dulang diletakkan di atas meja di tepi katil. Wajah Alyssa dilihat sekilas. Dalam seminggu sahaja Alyssa yang dikenalinya berubah secara mendadak. Raut wajahnya jelas menunjukkan tidak bermaya.
"You don't understand me Clara. Aku samggup buat apa-apa sahaja demi Harriz asalkan aku dapat berada dekat dengan dia. In front of my eyes" balas Laina.
"Cut the crap. Stop the nonsense! Come to your sense Laina. He just use you" bentak Alyssa ingin menyedarkan perempuan itu.
"Cla—"
"Laina keluar!" kedua-dua mereka tersentak. Laina segera menundukkan wajahnya memandang lantai.
"Aku cakap keluar so keluar. Don't make me repeat it again" keras sahaja suara Harriz mengarah agar Laina keluar.
Menggeletar seluruh badan Laina mendengar kata-kata Harriz yang berbaur amaran sebentar tadi. Segera diangkat kakinya meninggalkan bilik itu. Alyssa hanya memerhati dari atas katil.
"Kau ingat kau bawa aku hujung Malaysia ni, Hanz tak dapat cari kau" tutur Alyssa tanpa rasa takut.
Harriz berjalan ke arah pintu balkoni. Senyuman sinis terbentuk pada wajahnya. Kata-kata Alyssa sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan rancangan yang sudah diatur sebaik mungkin. Esok dia akan membawa Alyssa ke Singapura.
Vroom
Bunyi enjin Lamborghini Huracan milik Rayden laju membelah jalan raya diikuti juga dengan beberapa sport car di belakangnya. Pedal minyak ditekan sehingga habis. Stereng kereta digenggam erat.
"Ray ingat jangan bertindak melulu"
Suara Lutfi menyapa gegendang telinga melalui handsfree yang tersangkut pada cuping telinga.
"Aku tahu la"
Signal ke kiri dihidupkan. Kereta menyusur keluar dari jalan raya. Akhirnya, dia tiba di Johor dengan misi mendapatkan Alyssa kembali.
"Niel, kau dah contact budak-budak kita dekat sini?"
"Already done"
"Great"
23:45
Karl melihat pantulan wajah Rayden tanpa secalit senyuman melalui cermin pandang belakang. Tumpuan kembali dialihkan pada pemanduannya. Kereta Audi yang dipandu Karl ke destinasi. Manakala Rayden pula membuang pandangan ke luar tingkap. Kelihatan lampu jalan sahaja yang menerangai malam yang gelap.
YOU ARE READING
Bloody Love, Mafia✔
Romance"Are serious Clara? You don't know him?" Clara pantas menggeleng. "None of my business" "I just need my cargo back!" "Not that easy Miss Evans, I need something as jaminan" "-Jaminan?" "What do you want?" "It's you" Just because of a small matter...