BAM
BUSH
PAK
Beth memejamkan matanya apabila darah terpecik ke mukanya.
"Gosh Clara ingatlah sikit aku dekat sini" rungut Beth apabila pakaiannya yang berwarna putih itu sudah kotor akibat kawannya itu.
Alyssa yang membelasah mangsanya sedikit pun tidak menghiraukan Beth.
Di dalam itu hanya ada Beth dan dua orang anak buah mereka. Masing-masing orang kanan Beth dan Alyssa.
Alyssa menghentam kepala lelaki itu dengan pukul besi. Tidak cukup dengan itu badan lelaki itu sudah pun dihiris kulitnya dengan pisau.
Alyssa mencampakkan pemukul besi yang dipenuhi darah itu ke tepi. Dia bercangkung di hadapan lelaki yang sudah berada di atas lantai. Terkulai tetapi masih bernyawa. Itu pun nasib sahaja.
Rambut lelaki itu digenggamnya.
"Kau tahu aku tak suka budak-budak aku kena usik. Bukan setakat job aku kena kacau, budak-budak aku pun kau nak main ke? Macam ni lah kau cakap dekat bos kau, tak puas hati datang jumpa aku terus. Kali ni biar aku sendiri yang turun" bisiknya lalu menolak kuat kepala lelaki itu.
Lelaki itu mengerang kesakitan.
"Parcel" tutur Alyssa apabila melintasi di hadapan dua lelaki itu. Mereka hanya mengangguk manakala Beth sudah lama keluar untuk menukar pakaiannya.
Alyssa mencampakkan tuala putih yang digunakan untuk mengelap tangannya itu ke dalam bakul.
Badannya dihempas di atas katil. Bajunya yang masih dengan kesan darah itu dibiarkan sahaja pada badannya. Dua tiga hari ini dia tidak cukup tidur apabila ada yang berani menguji tahap kesabarannya.
Mungkin jakun melihat perempuan menguruskan satu kumpulan mafia yang berpegaruh.
Sebelah tangannya diletakkan di atas dahinya manakala sebelah lagi pada bahagian abdomennya.
"Alyssa"
Gadis itu terus menoleh. Padding coat ditarik menutupi badannya yang kesejukan itu. Cuaca di situ tidak boleh dibuat main.
"Ad"
Lelaki itu terus memeluk pinggang teman wanitanya.
"Oh dear your face merahnya" tegurnya lalu mencuit hidung gadis itu.
"Ni semua salah awak" marah gadis tinggi lampai itu. Muka putihnya sudah memerah akibat terpaksa menunggu buah hatinya di luar hall University of Oxford itu.
"Okay sorry. Salah I" ucap lelaki itu yang sedar akan kesalahannya.
"Jom pergi cafe" ajaknya.
Mereka bahagia. Sangat bahagia.
Irene masuk ke bilik sepupunya itu dengan niat untuk mencari Alyssa.
Sebaik sahaja dia menghampiri tubuh gadis itu di atas katil, kakinya berhenti melangkah.
Dilihat mata Alyssa yang terpejam rapat itu mengalirkan air mata. Terus niatnya dibatalkan. Dia berundur ke belakang semula. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia berbincang dengan Alyssa.
Pintu ditutup perlahan agar tidak mengejutkan gadis itu.
Fad duduk termenung di balkoni mansion itu. Asap vape dihembus ke luar.
Seseorang menepuk bahunya. Dia berpaling. Terlihat Rayden berdiri di sebelahnya, memegang vape elektronik juga.
"Are you okay?" soal Rayden.
"Yea of course I'm okay" balas Fad bersama senyuman pendeknya.
"Bukan salah kau aku berpaling tadah" sambungnya.
Rayden menghembuskan asap vape-nya.
"And we're going to get our cargo back. I need my new toys" rungut Fad.
Sudah hampir sebulan kargo mereka masih bersama anak perempuan Croizer dan perempuan itu benar-benar sibuk sehingga mereka masih belum berkesempatan untuk duduk semeja dan membincangkan masalah ini.
"The decision is on her. But I'm sure she will meet us soon" kata Rayden penuh makna.
"Ehem. Jadi naga pula dekat luar" suara itu menegur mereka.
Fad menjeling Niel.
"Jealous be like" Fad memutarkan matanya ke atas. Dia tahu kawannya yang seorang itu tidak merokok apatah lagi menghisap vape. Allergic dengan pencemaran udara katanya.
Niel tidak menghiraukan Fad. Kalau dihumban Fad ke bawah rasanya tidak bernyawa dah kawannya itu.
"I heard Clara already sent two parcels just for this month only" terang Niel.
"Usually?" soal Rayden. Apa yang mahu dipelikkannya?
"Sebelum takkan ada. Sebab anak buah dia yang kerja. Parcel tu Clara's signature. Kalau dapat parcel maknanya itu kerja Clara. Dia sendiri yang uruskan orang tu and dia sendiri yang kotorkan tangan dia" celah Fad.
Niel mengangguk tanda bersetuju.
"Oh family gathering kau dengan dia bila?" soal Niel ingin tahu.
"In two days. Better you guys make an empty slot for it. If I don't see all of you guys, just wait and see" balas Rayden bersama ugutannya.
Lelaki itu terus melangkah masuk ke dalam. Rayden tidak pernah mengetepikan mereka dalam perihal keluarganya. Baginya mereka berempat juga sebahagian daripada keluarganya. Tambahan pula dia tiada adik-beradik lain. Masanya pula dihabiskan bersama mereka ini sejak kecil.
Sejak papa-nya melatih mereka. Jadi hubungan mereka sangat akrab. Alex dan Khayrine juga menganggap kawan-kawan Rayden sebagai anak-anak mereka. Mereka gembira kalau Rayden gembira.
"Ray this is about man that broke into your club last night" datang Lutfi bersama iPad di tangannya.
iPad itu bertukar tangan.
"Order Shaun to bring him to that place" arah Rayden.
Lutfi mengangguk.
"Please close the door after you leave this room" kata Rayden yang sibuk menyelak helaian kertas di atas mejanya.
Lutfi terus menutup pintu bilik kerja yang berada di aras dua mansion itu. Tergeleng kepalanya melihat sikap workaholic kawannya itu.
Kebanyakan kerja dibawa pulang ke mansion dan hasilnya berkurung seharian di dalam bilik kerja.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/163450758-288-k184534.jpg)
YOU ARE READING
Bloody Love, Mafia✔
Romance"Are serious Clara? You don't know him?" Clara pantas menggeleng. "None of my business" "I just need my cargo back!" "Not that easy Miss Evans, I need something as jaminan" "-Jaminan?" "What do you want?" "It's you" Just because of a small matter...