BLM 36

11K 671 13
                                    

Prang Prang Prang

Habis kesemua barang kaca di dalam bilik itu berkecai jatuh ke lantai. Niel dan Lutfi bersandar pada dinding memerhati Rayden melepaskan kemarahannya. Wajah kawannya itu tegang sehingga urat-urat hijau timbul.

Sebaik sahaja dia menghantar Alyssa yang masih lena, Rayden terus ke markasnya. Segala amarahnya dilepaskan di situ. Karl pula terpaksa ke hospital melihat anak buahnya yang tercedera semalam. Fad pula hilang entah ke mana.

"Ray enough la" tegur Niel.

Dia hanya mampu mengeluh melihat keadaan rakannya yang sudah hilang kawalan itu. Darah pula menitik dari celah jari-jari yang dibentuk penumbuk. Tidak sanggup lagi melihat kawannya itu berterusan menyeksa dirinya.

"Forget about her Ray. You deserve better" tutur Niel. Tubuh kawannya didakap erat. Dapat dirasakan seluruh tubuh Rayden tegang.

Rayden jatuh terduduk setelah Niel melepaskan tubuhnya. Rambutnya diraup kasar ke belakang. Dia buntu. Emosinya terganggu apabila melihat perempuan yang pernah menawan hatinya bermesraan bersama lelaki lain. Tambahan pula, lelaki itu musuhnya. Ini hakikat yang dia tidak boleh terima sehingga sekarang.
Niel menepuk-nepuk perlahan belakang tubuh kawannya. Dia tahu semua itu perit, berat untuk ditanggung.

Drit drit

Lutfi yang dari tadi memerhati Niel dan Rayden terus menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar. Nama anak buahnya tertera di atas skrin objek nipis itu.

"Kenapa?"

"I'm sorry Master Lut but I failed to contact Master Hanz"

"Speak"

"His wife......"

"WHAT?!"

"....."

"Where?"

"....."

"Okay"

Panggilan itu terus dimatikan. Lutfi melangkah menghampiri Rayden yang masih duduk di atas lantai yang bersepah. Bahu lelaki itu ditepuk. Rayden mendongak memandang wajah Lutfi.

"Clara dekat hospital" tutur Lutfi berat bersama keluhannya.

Kening Rayden bercantum. Dia mula kembali ke realiti.

"Dekat hospital? Aku baru je tadi hantar dia dekat rumah" soal Rayden pelik.

Lutfi menggeleng-gelengkan kepalanya. Melihat reaksi Lutfi itu, Rayden segera bangkit. Darah dan luka pada tangannya diabaikan. Segera dia meluru keluar dari mansion itu. Niel memandang Lutfi meminta penjelasan.

"Clara overdose. One of our man jumpa Clara dekat dapur with bubble keluar from her mouth" terang Lutfi.

Mata Niel membulat. Dia pasti bukan Rayden sahaja yang tertekan dan terseksa tetapi begitu juga dengan Clara Alyssa. Clara Alyssa yang banyak mencipta kenangan manis bersama lelaki itu bahkan membuatkan hidup seorang Alyssa sempurna seperti gadis-gadis lain walaupun hakikatnya Alyssa berasal dari keturunan mafia yakni suatu hari kelak pasti gadis itu juga akan masuk ke dalam dunia itu. Tetapi tidak disangka jalan ceritanya sebegini pahit dan menyedihkan.

"Where is she?" soal Rayden dengan wajah bengisnya.

Anak buahnya menunduk.

"Masih dekat dalam" balasnya.

Rayden menumbuk dinding. Rahangnya diketap menahan sakit. Tidak lama selepas itu, Karl tiba.

"Ray, what happened?" soalnya terkejut, lirikan matanya jatuh pada tangan Rayden yang berdarah.

"I found this" celah Alex. Dia ialah orang Rayden yang diamanahkan untuk memerhatikan Alyssa.

Botol berwarna putih itu diberikan kepada Karl. Tangan putih lelaki itu menyambut huluran tersebut. Dibelek-belek botol ubat itu. Dahinya berkerut.

"Sejak bila dekat rumah kau ada sleeping pills Ray?" soal Karl sedikit pelik.

Rayden mengangkat wajahnya. Fikirannya benar-benar kusut ketika ini.

"I don't know. Aku tak pernah letak apa-apa ubat dekat rumah tu" balas Rayden lemah.

Seingat dia, dia tidak pernah membeli ubat tidur tetapi dia tidak tahulah jika Alyssa. Wajah Karl direnung.

"Please Karl dia tak boleh koma, please Karl" baju kawannya digenggam.

Karl terkejut. Pada masa yang sama, seorang doktor keluar.

"Keluarga Alyssa" tuturnya. Laju Rayden memalingkan wajahnya.

"Yes. I am her husband" balas Rayden.

"Kami sudah berjaya keluarkan lebihan pil-pil tersebut tetapi dia masih dalam keadaan tidar sedarkan diri. Jadi kami akan pantau dia buat beberapa haruli. Kemungkinan untuk koma juga ada" penerangan doktor itu sudah cukup membuatkan Rayden terkedu.

Doktor itu segera beredar.

"Bro kau pergi rawat tangan kau dulu. Aku pergi uruskan Clara. Lutfi dengan Niel dah sampai. Nak aku call your father-in-law?"

Rayden menggelengkan kepalanya. Dia pasti jika hal ini sampai ke pengetahuan orang tua Alyssa pasti lagi tertekan apabila gadis itu sedar nanti. Dia yakin Mark pasti akan melakukan sesuatu lagi-lagi jika lelaki itu tahu anaknya dan Andrew sudah tertentang 4 mata kerana tindakan melulunya.

Fad memerhati jasad Alyssa yang tidak sedarkan diri di atas katil. Dia baru sahaja mengetahui berita ini daripada Niel. Karl pula menemani Rayden untuk merawat tangannya. Lutfi dan Niel ke cafe. Tinggallah dia menawarkan diri untuk menemani Alyssa.

'Clara kau terlalu naif dulu disebabkan itu kau menanggung rasa sakit dia sekarang. You're too kind. Aku tahu kau cuma mahukan hidupan normal. Tapi bila satu keturunan terjebak dalam dunia gelap, kau takkan lari jauh Clara. You need to remember once a Croizer, forever a Croizer'

Pintu wad itu ditolak perlahan. Segera Fad mengalihkan pandangannya.

"Kau okay tak Ray? Kalau tak okay kau pergi je la balik" tegur Fad melihat wajah tidak bermaya Rayden itu membuatkannya risau.

Jejaka itu menggeleng.

"Ethan?" soal Rayden.

"You're so lucky man. He's on business trip in Ukraine yesterday" tutur Fad mengenai keberadaan abang kandung Alyssa.

"Kau tak patut libatkan Clara dalam hal ni" luah Fad bersama keluhannya.

Rayden memandang Fad. Karl terdiam.

"You know what I mean" tambahnya.

"This is a bloody fight, Ray. Aku takut kau tersilap langkah lagi"

Rayden senyap. Tidak mempunyai niat untuk membalas. Kali ini ditadahkan sahaja telinganya mendengar kata-kata Fad.

TBC

Bloody Love, Mafia✔Where stories live. Discover now