Suasana hening di dalam bilik itu membuatkan ketiga-tiga manusia itu menunduk memandang meja. Aura hitam ketua mereka dapat dirasai. Ken mahupun Irene tidak berani mahu membuka mulut. Seketika, kedengaran keluhan kecil dari mulut ketua mereka.
"How about Hanz?" soalnya.
Serentak itu, ketiga-tiga bertentang mata dengan Mark. Beth mengemam bibirnya.
"I'm not sure about his condition but their house just like valley of death. So horrible like a hell" balas Irene menjawab soalan bapa saudaranya.
"Ken"
"Yes Master" sahut Ken. Badannya tegak kembali.
"You know who is behind this?" soal Mark.
Lantaran itu, Ken segera memandang Beth. Gadis itu bermain-main dengan jarinya di bawah meja. Mungkin memikirkan jawapan apa yang perlu diberikan kepada Mark.
"Bethrine"
"Yes" sahutnya sedikit terkejut apabila namanya disebut.
"Fad told me H Group, or to be specific Harriz is the culprit. He kidnapped Clara" tutur Beth.
Habis sahaja Beth menuturkan ayatnya, mata helang Mark tajam memandang mereka. Namun dia tidak akan mengambil langkah terburu-buru kerana takut nyawa anak bongsunya menjadi galang ganti kerana tindakan mereka.
"Rayden macam mana?" soal Niel sebaik sahaja tiba di mansion. Selesai sahaja urusnya di hospital dia terus ke mansion untuk melihat keadaan Rayden.
Karl yang baru selesai sahaja memberikan IV drip kepada Rayden yang tidak sedarkan diri itu menoleh melihat Niel. Sarung tangan getah ditanggalkan lalu dicampak ke dalam tong kuning.
"He needs some rest. How about Clara's location?" soal Karl mengenai lokasi isteri kawannya.
"Lutfi is working on it. I hope rantai tu tak tertanggal from her neck" jelas Niel.
Serentak itu, dua pasang mata memerhati tubuh Rayden yang terbaring di atas katil dengan muka yang sedikit pucat. Mungkin terkejut ataupun terlalu penat memikirkan keadaan Alyssa tika ini.
"Niel"
Langkah kaki panjang itu terhenti apabila namanya dipanggil dari belakang. Tangan yang meng-scroll skrin iPhone terhenti. Kepala ditoleh.
"Kenapa?" soalnya. Mahu sahaja dia ingin membuka pintu mansion untuk keluar, tiba-tiba Rayden memanggilnya semula.
"Can you do me a favour?" soal Rayden.
Sebelah kening Niel terangkat. Buang tebiat ke apa kawannya ini tiba-tiba sahaja meminta izin daripadanya. Sebelum ini segala keputusan dibuat oleh Hanz Rayden sendiri.
"Yea. What's it?" soal Niel.
Sebuah kotak segi empat tepat siap dengan tulisan Tiffany&Co. berwarna silver dihulurkan ke arahnya.
"Hah? Woi kau okay ke tak ni?" terperanjat dirinya apabila Rayden menghulurkan kotak perhiasan itu kepadanya.
"Otak kau jangan melencong sangat. Pass this to Jake. Dia tahulah nak buat apa" terang Rayden.
Niel pantas mengambil kotak itu.
"For Clara eh?" tebak Niel lalu mengangkat keningnya bersilih- ganti
Rayden tidak menjawab sebaliknya memandang tajam Niel.
"Okay. Cau dulu bro" segera Niel mengangkat kaki. Takut-takut dirinya hangus dek kerana panahan laser Hanz Rayden.
'Kau buat semua ni untuk Clara and kau jadi macam ni pun because of her. Now I know that you're madly in love with her'
Pintu bilik ditutup perlahan. Membiarkan jasad itu berehat dan mengambil masa secukupnya untuk pulih.
Alyssa mencelikkan matanya. Dirinya benar-benar terasa lemah. Tidak mempunyai tenaga lagi untuk melawan. Ikatan pada pergelangan tangannya sudah dilonggarkan sewaktu Laina merawat lukanya. Dia berharap hati gadis itu terpukul dengan kata-katanya. Perempuan sebaik Laina tidak layak untuk lelaki binatang seperti Harriz.
"Clara Clara kau perfect from head to toe but sayang kau pilih jalan yang salah" suara itu membuatkan Alyssa tersedar.
Digagahkan kepalanya untuk memandang ke arah figura yang duduk bersandar di atas kerusi berhadapan dengannya.
"Kau takkan dapat apa-apa daripada aku" kulit bibir yang kering itu masih lagi mampu untuk membalas kata-kata Harriz.
Mata Harriz tajam memandang Alyssa. Walaupun tubuh gadis itu sudah lemah kerana hampir 3 hari Alyssa tidak menjamah sebutir nasi yang telah dihantar kepadanya. Air juga langsung tidak berusik.
Harriz bangun dari duduknya. Langkah diatur menghampiri Alyssa lalu bercangkuk di hadapan gadis itu. Rambut dengan warna asli Alyssa disentuh. Alyssa segera memalingkan wajahnya.
"Stop torturing yourself sayang. Macam mana kita nak kahwin nanti" Harriz bagaikan seperti orang yang tidak siuman lagi. Tawanya benar-benar membuatkan Alyssa terkejut.
"Kau gila. Idiot. Siapa yang nak kahwin dengan kau" lantang suara Alyssa menjerit.
Pang
Terteleng kepala Alyssa dibuatnya.
"Kau diam! Sekarang ni hidup kau aku yang akan aturkan. You just need to follow my plan" jerkah Harriz.
Tanpa menghiraukan keadaan Alyssa, Harriz menapak keluar dari bilik itu.
"Bodoh bodoh. Kau bodoh sebab tak nampak aku Clara" jeritnya. Habis barang-barang di situ disepak.
Dahulu dia terpaksa menyaksikan drama romantis antara Andrew dan Alyssa. Sehingga dia sanggup melakukan apa-apa sahaja agar pasangan itu berpisah. 3 tahun lamanya, dia cuba untuk mendapatkan gadis itu tetapi Hanz Rayden pula muncul lalu menghancurkan segalanya apabila kedua-dua mereka selamat mengangkat ikrar sebagai suami isteri.
'Argh tak Clara Alyssa aku punya! She's mine!'
Alyssa pula hanya termenung memandang dinding. Entah mengapa matanya menjadi panas dan kabur.
'Rayden where are you?'
Bagaikan terdengar bisikan kecil di telinga, Rayden terjaga. Kepalanya masih terasa sakit tetapi digagahkan juga untuk bangun.
"Al" sebutnya.
'I will save you. Tunggu aku'
TBC
YOU ARE READING
Bloody Love, Mafia✔
Romansa"Are serious Clara? You don't know him?" Clara pantas menggeleng. "None of my business" "I just need my cargo back!" "Not that easy Miss Evans, I need something as jaminan" "-Jaminan?" "What do you want?" "It's you" Just because of a small matter...