Dua tahun kemudian...
“AMANDA...” panggil satu suara. Aku mengeluh. Tak lain tak bukan itu suara mak, semua sibuk hendak aku menyambut kepulangan lelaki bongkak itu. Sungguh aku tak kuasa hendak menyambutnya. Janji untuk bercinta? Tak ada langsung. Lelaki itu mendiamkan diri serta-merta setelah dia ke UK. Macam orang lupa diri pula. Entah-entah kena culture shock kat sana.
Aku langsung tidak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki disebabkan mak dan abah tidak habis-habis hendak mengingatkan aku yang aku ini tunangan orang. Sungguhlah menggelikan tekak aku!
“Apa lagi?” soalku tidak senang.
“Tunang kau balik hari ni. Pergilah sambut.” Mak mengarahkan aku untuk menyambut kepulangan malaun bernama Safwan itu. Sungguhlah tak rela aku menurutnya. Bukannya ada orang yang lambung dia sampai aku nak kena sambut bagai.
“Bapak dia ada. Adik dia pun ada.” Aku memberi alasan.
“Tak sama dengan Manda...” abah bersuara lembut. Hmm. Setelah dipujuk hampir sejuta kali, akhirnya aku menurut jugalah. Aku menurut disebabkan tidak terdaya hendak mendengar bebelanmak dan abah lagi. Kunci kereta Myvi yang berwarna sama dengan Bumblebee itu aku capai. Kereta yang aku mampu beli setelah mengumpul wang royalti yang aku dapat.
Aku yang dulu dengan aku yang sekarang masih tidak berubah. Tetap pemalas, tidak pandai masak dan sebagainya. Cuma satu yang berubah, gaya aku. Aku sudah tidak berpakaian selekeh lagi. Semenjak merasa untuk memegang banyak duit, gaya harus aku titik beratkan. Tambahan pula, aku semakin dikenali. Tak mahulah ada gosip-gosip buruk tentangku.
“HAAA!! Tu dia agaknya!!” adikku bersuara teruja. Aku memandang ke arah si lelaki yang sedang berjalan segak ke arahku. Wow! Memang dia. Dia juga nampaknya sudah berubah. Gayanya, dan segala-gala tentangnya... dia nampak baru. Segak, katang... bergaya.
“Kau berdua yang datang ambil aku?” soalnya. Kasar, sama seperti dulu. Itulah yang mematikan rentak ‘rock kapak’ yang menemaninya sepanjang dia melangkah tadi. Kenapalah sikap kereknya yang itu tidak berubah? Aku angguk.
“Kau dah berubah...” komennya. Aku angguk dan memandang diriku. Memang aku sudah berubah. Rambutku juga sudah semakin panjang. Tidak lagi memakai kaca mata sebaliknya, aku hanya memakai contact lens.
“Masuklah cepat.” Aku mempelawanya masuk ke Bumblebee aku. Sekejap lagi aku kena bawa dia pulang ke rumah. Bapak dia hendak datang ke rumah dan membincangkan soal kami.
“Kejap!” dia menghalang. Aku mendengus. Nak apa lagi?
“Baby! You tinggal I!” rengek satu suara. Aku membuntangkan mata. Mata adikku lebih-lebih lagi terbuntang besar.
“Sayang... you ni asyik lewat aje.” Aku berpandangan dengan adikku. Benar dugaanku. Dia curang di belakangku. Tak guna punya lelaki! Depan aku aje dia menggedik dengan perempuan itu? Inilah bakal menantu yang mak abah aku agungkan sangat tu. Puihhh! Buruk sangat perangainya.
Sepanjang memandu, aku hanya mendiamkan diri. Adikku juga begitu. Kalaulah aku bersendirian tadi, mahu juga aku menangis sakan. Walaupun tiada perasaan cinta, tapi sungguh hatiku terkilan. Rasa terhina sungguh aku dibuatnya.
“Kena balik rumah kau dulu ke, Manda?” soal Safwan.
“Ha ah. Mak abah nak jumpa. Bapak awak ambil awak dekat rumah nanti.” Beritahu aku yang cuba beriak selamba. Benci mendengar perbualan mesra mereka yang bukan main manja lagi tu. Sungguh aku rasa loya.
“ABAH, Wan dah buat keputusan. Wan tak nak teruskan lagi pertunangan ni. Wan dah ada Lita. Wan cintakan Lita.”Aku tak terkejut dengan keputusan Safwan itu. Langsung tak terkejut kerana aku sudah menjangkakannya dari awal. Mak aku sudah mengusap bahuku. Cuba menenangkan aku yang sememangnya sudah bertenang ini.
Sebaik sahaja dia menuturkannya, Pak Cik Din mengurut dada. Terkejut mungkin. Perbalahan terjadi. Aku memandang Lita. Dia menjelingku. Lah! Baru cadang nak senyum dekat dia. Sombong. Bukan boleh bawa ke mana juga sikapnya itu. Perbalahan masih berlangsung. Sesekali aku menyelit. Aku bersetuju.
Setelah mencapai kata sepakat, aku dan Safwan sah, putus tunang. Aku melepaskan nafas lega. Sungguh aku lega kerana aku akhirnya bebas! Memang dari dulu lagi aku minta untuk dia memutuskan hubungan ini namun dia yang terlalu sibuk ingin menjaga hati abahnya. Penyudahnya? Serupa juga. Dia dah bazirkan masa aku! Dua tahun! Tipulah kalau aku tak terkilan.
Sudahlah ramai lelaki yang mendampingiku di waktu itu. Dan apa yang aku mampu buat selain menolak mereka kerana statusku itu? Sekarang? Pedih! Aku menanggalkan gelang emas itu lalu kuserah semula kepada bapa Safwan. Walaupun dia menolak untuk menerimanya, aku tetap mendesak. Aku tidak mahu ada satu pun perkara yang membuatkan aku ingat pada si malaun ini lagi. Aku tak mahu.
Sesudah mereka meminta diri, aku hanya menunggu ibu bapaku untuk masuk ke rumah semula.
“See?” soalku pendek.
“Mak abah minta maaf.” Mak abahku meminta maaf.
Aku tersenyum sinis. Bukan nak tunjuk berlagak dengan mak abah tetapi aku pernah katakan dulu, jangan disebabkan tahap pelajaran anak Pak Cik Din itu menyebabkan mereka menerima pinangan tanpa pengetahuanku. Mak abah mati-mati berkata semua akan okey. Lihatlah betapa membazirnya masa dua tahun aku?
“Bukan boleh putar balik masa. Amanda tak marah kat mak abah. Hanya terkilan aje. Dia buat Amanda rasa terhina sangat. Maksud Manda, sangat-sangat terhina. Kalau dia putuskan secara baik, tanpa bawak balik betina tu, Manda tak kisah, mak. Manda betul-betul tak boleh terima cara dia malukan famili Manda.” Aku mengeluh berat.
“Kami bertanggung jawab pada benda yang dah berlaku.” Abah menyatakan kekesalannya.
“Mak, abah. Manda minta maaf. Lepas ni, soal jodoh... biarlah Manda sendiri yang tentukan. Manda nak tentukan jodoh Manda sendiri, please?” soalku meminta izin. Mereka berdua tertunduk. Lambat-lambat mereka menganggukkan kepala.
“Kami cuma nakkan yang terbaik untuk Manda. Tak sangka, dia buat macam tu...”mak bersuara kesal. Aku tersenyum sinis. Sekarang, masing-masing dah tahulah, bukan? Tak mengapalah. Aku malas nak cakap apa-apa lagi. Buat sakit hati saja.
“Amanda perlukan masa, mak... abah. Izinkan Manda tenangkan fikiran Manda.” Aku meminta izin.
Mak dan abah berpandangan sesama sendiri. Aku tahu mereka faham maksud ‘tenangkan fikiran’ aku itu. Aku mahu pergi ke satu tempat. Jauh dari sesiapa. Aku tahu, inilah kesempatan terbaik untuk aku mendapat keizinan mereka. Jika mereka rasa bersalah, pasti segala permintaan aku, mereka turutkan walaupun dengan berat hati. Itulah mak dan ayahku.
“Baik Manda. Mak abah faham maksud Manda. Manda nak ke mana?” soal abah. Lega. Mak dan abah membenarkan aku.
“Manda nak melancong ke mana-mana. Mak ingatkan impian Manda dari kecil? Nak menjelajah dunia ini dengan duit hasil titik peluh Manda sendiri?”soalku. Perlahan-lahan emak dan abahku mengangguk. Tentu sekali mereka ingat. Aku kerap menyatakan mereka hasratku itu. Wajah mak dan abah semakin keruh. Seperti tidak merelakan pun ada.
“Manda jaga diri. Jangan lupa hari-hari telefon mak.” Pesan mak. Maknanya, aku benar-benar dapat pergi ke sanalah. Wajah emak menunjukkan, bila-bila masa sahaja dia akan menangis.
“Mak marah kalau Manda buat balik mat saleh sebagai bakal suami?” soalku cuba bergurau dengan senyuman hambar. Segaris senyuman muncul di bibir mak dan abah.
“Manda... Manda... mak kena tengok dululah macam mana.” Jawab mak bersama senyumnya.
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
General FictionKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea