“KENAPA kita ke sini? Rumah siapa sebenarnya ni?” soalku. Inilah tempat aku ditangkap berkhalwat dulu. Gila apa nak suruh aku pergi ke sini lagi? Mimpi ngeri aku ni.
“Rumah kitalah.”
“Huh?”
“Masuk ajelah. Jangan banyak tanya. I pening. Satu je ubat pening I. You.” Dia mengheret aku masuk ke rumahnya. Di ruang tamu. Barulah hari ni aku boleh teliti rumahnya. Tak banyak perabot pun. Orang bujang kan? Entah-entah dia sewa rumah ni memang dah siap sedia dengan perabot.
“Tak fahamlah...”
“Kan you pernah masuk?” dia menjelingku sekilas.
“Saya ingat awak menyewa dengan kawan-kawan.” aku merengus. Memang dengarnya dia menyewa dengan kawan-kawan. Waktu peristiwa tu terjadi, kawan-kawan dia tak ada kat rumah.
“I menyewa dengan Awie. I tendang dia keluar. Dia nak buat apa duduk sini lagi? I bawa you masuk. Simple.” Selamba saja jawapannya.
“Tak fahamlah...”
“Asyik-asyik dengan tak fahamlah you tu. Tengok sini! Tadi kata nak try.” dia merenung wajah aku. Dalam. Gulp.
Tangannya mula mengelus pipi aku. Bulu roma dah merinding. Tangannya singgah di leher aku. Lembut dia mengusap leher aku. mataku mula terpejam.
Tiba-tiba bibirku basah. Memang good kisser. Jantung macam nak loncat keluar. Aku buka mata. Tiba-tiba ternampak bayangan dia cium perempuan lain. Argh! Bibir tu dah merasa banyak perempuan!
“Mesti awak buat macam ni dengan semua perempuan.” Aku menolak tubuhnya ke belakang. Dia kepal penumbuk.
“Haruslah, you bukan tak kenal I.”
“Hantarkan saya balik.” Aku tiba-tiba jadi sebak. Aku tahu perangai dia begitu. Tapi kenapa dia tak nak sedapkan hati aku langsung? Cakaplah yang dia dah berubah atau apa...
“I tak nak.”
“Fir...”
“You jangan panggil I macam tu. You tengok ni! Dah meremang.” Dia menunjukkan bulu tangannya yang sudah meremang itu.
“Fir...” panggilku lagi. Dia sudah menggosok-gosok lengannya. Menjatuhkan bulu roma yang meremang dengan kalut.
“Dengar sini baik-baik. I mungkin playboy tapi I cakap ni dengan you aje. Ditekankan, YOU SAHAJA. I love you. I sayangkan you. I tak nak you ungkit kisah silam I. I takkan minta maaf dengan you tentang kisah silam I. Sebab semuanya dah berlalu. I bukan boleh putar balik masa dan ubah semuanya. I cuma nak you beri I peluang untuk buktikan pada you kasih sayang I.” Aku terundur beberapa tapak bila dia menapak mendekatiku sehinggalah kakiku terlanggar sofa. Aku terduduk.
Dia melutut di hadapanku. Renungan dia...
“You jangan ingat I nak lamar you pula. Kita dah kahwin.” Aik? Aku tak cakap apa-apa pun.
“Dah tu kenapa melutut?”
“Senang sikit I nak...” tanpa cakap banyak, dia tarik kepala aku dengan kedua belah tangannya. Mataku terpejam. Dia ni memang pandai menggoda! Patutlah ramai yang tewas dengan dia!
“Fir...” berat keluhan yang dia lepaskan.
“Sekali lagi you panggil I macam tu...” dia menghentikan kata-katanya dan segera menggosok lengannya. Bulu roma dah meremang.
“Awak memang macam ni ke?” soalku.
“Macam mana?”
“Meremang macam tu?”
“Dengan you je.” Dia duduk di atas lantai, dan berpaling membelakangiku.
“I tahu I tak sebaik lelaki yang you harapkan untuk dijadikan suami. I tahu, you mesti harapkan bakal suami yang ala-ala ustaz, boleh bimbing you...” tidak sama sekali! Tapi seronok juga bila tengok dia merendah diri. Bukan senang.
“Tahu pun.”
“I sedar... I tak sebaik Roslan.” Kening aku terjungkit.
“Siapa Roslan?”
“You tak tahu nama dia?”
“Siapa?” aku memang fail nak ingat nama rakan sekerja. Aku ingat Fir pun sebab dia kacak, tentunya. Lagi satu sebab dia Assistant Manager yang suka buli aku. Katanya nak berlama dengan aku, sebab itulah dia bagi list yang panjang untuk aku siapkan. Mengarut!
Dan aku kenal Awie sebab dia asyik menyendeng macam Fir juga. Cuma annoyingnya lebih lagi. Dan Jihan pun kenal dia. Yang lain, semua pekerja perempuan yang aku kenal.
“Budak yang selalu duduk kat mesin fotostat yang duk usyar you tu?” eh? Kenapa aku tak perasan yang ada budak nama Roslan duk usyar aku?
“Hish, kenapalah saya perlu dengar nama lelaki yang saya langsung tak kenal? Saya tahu siapa dia tapi saya tak pernah tahu nama dia.” aku berpeluk tubuh.
“Selama ni I cemburu pada orang yang salah?” dia menyoal sambil berpaling memandang aku.
“Nak cemburu apa pulak?”
“Siapa lagi suka you?”
“Eeee. Kenapalah tanya saya soalan ni? Saya tak tahulah. Saya datang kerja sebab nak kerja. Bukan nak menggatal macam awak dengan Jihan.” Kan dapat dah ‘buah’ dari aku?
“You suka siapa?” awak. Saya pernah suka awak. Tapi dulu, waktu saya tak tahu lagi perangai awak buaya emas macam tu.
“Tak ada sesiapa.” Jawabku. Dia pandang aku pelik.
“Even I?” soalnya. Dup! Alah matilah aku macam ni...
“Yes.” Kataku yakin. Dia berpaling, lutut dipeluk dan badannya disandar ke kakiku. Merajuk? Biar betul ni?
“Tak apa, tu semua boleh berubah kan?” macam nak sedapkan hati sendiri saja dari nada dia.
“Lepas I kenal you, I asyik fikirkan you. Sampailah waktu I bersama perempuan lain, I nampak you. I bayangkan you. So that night, I macam high sikit. Tiba-tiba I rasa ghairah lain macam. Mungkin sebab ubat yang Awie letak tu kut? I ingatkan I nampak you tu, tak real. Macam sebelum ni. Tak sangka memang you...”
“Urgh...” aku terus menggeliat geli-geleman mendengarnya. Dia bayangkan aku? Geli!
“You jangan risau, I tak pernah tak pakai protection tau? Dengan you je kes lain sikit. Yelah sebab kita berdua...” BUK!!! Aku tumbuk belakang badannya.
“Boleh tak awak jangan sebut pasal tu? Geli!”
“Apa yang nak digeli? You bini I.” Dia kembali memandang aku.
“Saya tak suka awak macam terlalu agung-agungkan saat awak bersama dengan perempuan lain, lepas tu bayangkan sayalah apalah. Disgusting tahu tak?” aku mengamuk.
“Dah memang betul.”
“Sakit hatilah bercakap dengan awak ni, Fir!” aku membentak lantas bangun.
“Mana bilik saya?” rengusku.
“Oh, no wonder...” dia tersenyum.
“Apa?”
“Tak sabar ya sayang?” dia menarik bajunya keluar. Gulp! Seksinya aduhai. Pinggangku dipaut dan dia mengheret aku ke bilik.
“Tada...”
“Fir apa ni? Awak duduk jauh sikit!” aku menghalau, tiba-tiba rasa takut bila nampak katil tu. Dia memegang tanganku. Dari jariku yang tergenggam, kini dia buka. Tapak tangan aku diletakkan di dadanya.
“I tengah berdebar gila. Boleh tak you berhenti tambah debaran I?” bisiknya perlahan. Aku diam. Alamak. Tangan dia menggigil tiba-tiba.
“Fir?” soalku bila melihat muka dia pucat. Aku dudukkan dia ke atas katil.
“Awak okey tak ni?” soalku. Dia menarik nafas. Angguk.
“You pergilah tidur.”
“Habis awak?”
“Cepat sebelum I apa-apakan you.” Dia berbaring. Heee, aku tak fahamlah dengan dia ni! Inilah padahnya kalau tak pernah bercinta.
“Fir, sebab saya ke?” diam. Tiba-tiba rasa bersalah pula.
“Fir...” panggilku. Aku lihat bulu romanya meremang. Memang dia meremang ke bila dipanggil aku dengan nada begitu? Cuba lagi sekalilah.
“Ekhem...” aku membaiki suara.
“Fir...”
“Allahu... Lana. Tolonglah...” dia buka mata. Keningnya jatuh. Muka memang raih simpati.
“Apa?” aku nak tergelak pula melihat dia begitu.
“Berhenti goda I. Tolonglah...” rayunya. Aku tergelak.
“Awak tak bagitahu apa kena dengan awak? Menggigil, pucat... awak demam ke?” soalku sambil meletakkan belakang tangan ke dahinya. Dia pegang tangan aku. Matanya tajam merenung aku.
“You ni bengap ke? Sebab youlah!” dia naik marah tiba-tiba. Badanku ditarik sehingga aku tersembam ke dadanya.
“Asal pulak sebab saya?” aku cuba bangun namun tak berjaya.
“Tak pernah I ditolak perempuan seteruk ini. I rasa takut dengan you. Puas?” soalnya.
Dia takut dengan aku? Tak sangka langsung. Dengan wajah yang dekat itu, dapat aku lihat dengan jelas parut di bawah mulutnya. Rasa bersalah menerpa. Parut tu muncul sebab aku. Perlahan-lahan aku kucup parut itu. Matanya terbuntang. Begitu juga dengan aku.
“Jangan cakap I... I tak... warning you.” Dia macam dah hilang fokus. Dahi berpeluh-peluh. Eleh, macam ini ke keadaan orang yang warning aku? Kali ini bibirnya menjadi sasaranku.
Dia buka mata. Tersenyum pandang aku.
“Saya terima awak seadanya, Fir.” Ucapku. Dia angguk. Bibir bergerak dengan ucapan terima kasih tanpa suara.
Jodoh.
SO, macam itulah kisah kami. Fir, dah berubah. Memang dah berubah selepas kes kami ditangkap khalwat dulu lagi kata emaknya. Fir hanya duduk di rumah keluarganya. Mak dia tengok dia rajin sentuh tikar sejadah. Dah tak keluar malam sangat.
Balik kerja, terus balik ke rumah keluarga. Kadang-kadang emaknya pula suruh anak jantannya keluar dari berkurung dalam rumah. Rasa pelik bila anaknya yang ligat itu berubah laku. Takut buang tabiat. Aku nak tergelak mendengarnya dulu.
Kes aku dan keluarga aku pun selesai. Mak memang minta maaf sungguh-sungguh dengan kami berdua.
Awie dan dan Jihan pula? Aku masih tak maafkan diorang sebab buat aku malu besar. Tapi dengarnya, mereka berdua ditangkap khalwat di dalam kereta. Rasakan. Tapi walaupun begitu, aku tak nafikan yang aku berterima kasih pada dia orang berdua.
Fir berubah. Aku pun cintakan Fir. Biarlah masa silam dia bagaimana pun. Tak semua orang sempurna...
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
Ficção GeralKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea