~Manchester~
“DO you mind if sit here, miss?” soal satu suara. Aku mendongak. Seorang lelaki berkaca mata yang berbingkai tebal menegurku. Agak tampan pada mataku. Badan pula kurus tinggi dan berpakaian kasual.
Pada aku selekeh kalau lelaki yang memakai t-shirt di dalam dan dilapis dengan kemeja kotak-kotak lengan panjang yang dibiarkan tidak berbutang begini. apa dia ingat dia itu Robert Pattinson ke? Meloyakan. Rambut pun boleh ganti Hafiz Awan Nano dah. Agak panjang.
Aku rasa dia ni orang Melayu. Muka Melayu, kulit pun Melayu... mungkinlah. Slang dia bercakap Inggeris pun ada gaya orang Melayu yang menuturnya.
“Miss?” soal dia lagi. Aku terkejut dengan sapaannya itu. Alamak. Lama sangat ke aku duk pandang muka dia?
“Duduklah.” Aku mencuba nasib dengan berbahasa Melayu. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan melabuhkan punggungnya ke sebelahku.
“Thanks. Ramai betul orang hari ni. Sampai tak ada tempat nak duduk.” Jadi, ya. Dia orang Melayu. Aku memandang ke sekitar Starbucks. Ya. Ramai sungguh orang.
“Ya. Mungkin sebab ramai yang lapar pada waktu ni.” Jawabku bersahaja. Dia tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya.
“By the way, saya Daniyal.” Dia menghulurkan tangannya. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
“Amanda.” Balasku pendek tanpa menyambut tangannya. Dia tersenyum dengan mengetap bibir bawah. Tangan kembali dijatuhkan.
“Amandaniyal.” Gumamnya perlahan.
“What?” soalku. Soalan yang lebih kepada, kenapa nak gabung nama tu?
“Nothing. Jemput makan. Bismillah.” Dia membaca doa tanpa menghiraukan aku yang masih tertanya-tanya ini. Orangnya mudah sekali. Macam dah kenal lama saja lagaknya. Roti bungkus dikunyah-kunyah tanpa rasa bersalah. Aku tidak makan. Hanya memerhati lagaknya sahaja.
“Amanda, awak ni student ke?” soalnya. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Student celah mana? Rajin sangatlah aku nak sambung pelajaran sampai ke sini. Dah nama pun pemalas, memang kekal menjadi pemalaslah.
“Nope. Tourist.” Jawabku pendek.
“Oh! So, berjalan-jalan cari pengalamanlah ni?” soalnya yang sudah mula menyedut minuman.
“Sorta. Dan awak?” soalku kembali.
“Saya bekerja sambil belajar dekat-dekat sini.” Jawabnya pula.
“Oh wow.” Rajinnya dia nak bekerja sambil belajar. Kalau aku dulu, jangan harap nak bekerja part-time. Pemalas punya pasal. Kenapalah baru sekarang aku sedar betapa kritikalnya tahap pemalas aku? Memalukan betul!
“Wow what?” soalnya.
“Takde apalah. Erm... Baiklah. Daniyal. Saya balik dululah.” Aku bangun meminta diri. Malas nak berbual lama. Maklumlah, aku ini spesies orang yang kurang percaya pada lelaki lagi. Lagi pula, aku tidak selesa berbual berdua-duaan dengan seorang lelaki. Yang aku tak kenal pula tu.
“Hey. Tunggulah. Air awak tak habis lagi tu. Duduklah sini lepak-lepak dengan saya.” dia menarik begku agar aku kembali duduk.
“Hello, mister. Saya kenal awak pun tidak.” Aku bercekak pinggang. Bajet dia kenal aku saja. Menyampah!
“Kan baru kenal ni tadi?” jawabnya selamba.
“I mean...”
“I know what you mean. Duduklah. Saya tak makan orang. Saya tak jahat juga. Jadi, jangan risau. Duduk kat sini. Awak ingat senang ke bagi saya nak tegur orang, Lebih-lebih lagi seorang perempuan macam awak?” soal Daniyal dengan sinis. Apa maksud dia? Eh! Dia ni.
“Hello, mister. Kata-kata awak ni dah macam nak menghina tahu tak?” Aku memberi amaran. Macamlah aku tidak layak ditegur sesiapa. Sangat teruk! Ini satu penghinaan.
“No, I mean. Saya tak banyak bercakap. Maksud saya, saya langsung tak bercakap dengan orang selain housemates saya dan juga rakan sekelas saya. Dan sekarang... awak.You should be proud of yourself. Berjaya buat saya bercakap dengan awak.” dia menerangkan hal yang sebenar dengan tenang sekali. Huh! Nak berbangga pasal apa pula? Hanya kerana dia bercakap dengan aku? Tak masuk akal!
“Oh. Kenapa awak tak banyak bercakap? Sebab awak tak suka bercakap ke?” soalku yang kembali melabuhkan punggung ke kerusi tadi. Sengaja aku menyoalnya sinis begitu. Orangnya bajet bagus benar.
“Saya takut ilmu yang saya pelajari hilang begitu sahaja.” Jawabnya sambil menayang sengih ‘just kidding’. Perasan bagus lagi dia!
“Seriuslah.” Aku sudah mula rasa nak marah dengan orang yang banyak main-main begini. Mukanya memanglah serius tetapi, jawapan yang dia gunakan sangatlah kartun!
“Saya cepat menyampah bila bercakap dengan orang. That’s why I don’t talk much.” Jawapannya begitu bersahaja. Oh, jadi kalau dia bercakap dengan aku ni nanti, dia akan mula rasa menyampahlah?
“Kejap lagi awak menyampah nak bercakap dengan saya pulak. Lebih baik saya blah cepat-cepat.” Aku kembali ingin bangun tetapi dia melayangkan tapak tangannya agar aku tidak bangun.
“No. Jangan pergi. Duduk sini. Saya menyampah bercakap dengan orang kaki auta. Tak pun perempuan gedik-gedik nak cari perhatian. Buat masa ni, awak tak tergolong dalam kumpulan tu so... saya tak rasa menyampah. At all...” Tidak jadi hendak meninggalkan dia di situ... aku kembali duduk.
“Kenapa awak tegur saya? Maksud saya, kalau awak nak tempat duduk, awak boleh minta nak duduk dengan mat saleh kat sana. Dia pun seorang diri. Orang tu pun. Sendirian juga. Ha, yang minah saleh hot tu. Seorang diri juga.” Aku memuncungkan mulut ke arah setiap orang yang aku tunjuk.
Dia ikut memandang ke arah orang yang aku maksudkan dan kemudian, dia mencebirkan bibirnya. Seperti tidak berminat hendak duduk bersama orang-orang yang berseorangan yang aku tunjukkan tadi. Agaknyalah.
“Okey. Saya pergi dekat awak ni bersebab tahu? Sebabnya, inilah kali pertama saya nampak seorang gadis yang minum dekat Starbucks tanpa ambil gambar cawan Starbucks dan uploaddekat laman sosial. Awak tak pegang handphone pun sebaliknya hanya menekuni buku awak tu. Awak seorang yang rare. Lagi satu, saya nampak aura lone ranger awak. Jadi... why not? Saya pun lone ranger juga dekat Manchester sini.” Dia berkata selamba. Maknanya, dia perhatikan aku dari tadilah ni?Stalker!
Aku memandang diari yang lebih kepada jurnal di tanganku ini. Buku ini menyimpan segala catatan tempat-tempat yang aku pergi.
Setelah berbual lama, barulah aku tahu bahawa Daniyal ini sudah berusia dua puluh sembilan tahun! Sedang sambung PhD. Gila. Otak apa yang dia ada ni? Kalau aku, takat Diploma pun dah semput otak nak belajar. Sayangnya, di usia dia sepatutnya dah menikah. Dah tua tu. Sibuk sangat dengan pengajian sampai mengabaikan masa depan berkeluarga. Kasihan dia...
Selepas makan, dia menghantarku pulang dengan berjalan kaki. Maklumlah, motelku dekat sahaja.Kami berbual dan sempatlah bertukar nombor. Tak sangka, apa yang dia katakan tadi ada benarnya. Kami terserempak dengan seorang pelajar sekelas dengan Daniyal. Gadis Melayu. Dia menegurku sesuatu yang berbunyi seperti ini;
“Tahniah! Awak berjaya buka mulut dia!”. Maknanya, memang betullah dia jenis payah bercakap dengan oranglah! Nak tergelak aku mendengarnya. Ada juga jenis orang yang payah buka mulut. Ada emas ke apa dalam mulut dia, entah?
“Terima kasih.” Ucapku sebaik sahaja kami sampai ke depan motel tempatku menyewa.
“Sama-sama.” jawabnya sambil menggaru-garu belakang telinga. lama kami berdiri berhadapan. Aku tak tahu nak kata apa. Dia pun macam nak cakap sesuatu tetapi tak terluah.
“So...” aku ingin meminta diri sebenarnya tetapi rasa macam biadab pula.
“Erm... apa kata, saya bawak awak bersiar-siar di sekitar sini? Mesti awak tak tahu sangat selok-belok kat sini kan?” soalnya. Aku mengangguk.
“Bila?” aku kembali membalas dengan soalan.
“Besok?” soalnya.
“Erm... okey jugak.” Jawabku kekok.
“Awak datang sini pun secara lone ranger. Jadi apalah salahnya, saya temankan awak.” katanya. Bergurau lagi.
“Simpati saja bunyinya.” Aku mencebir.
“Saya berguraulah. Besok saya pinjam kereta housemate saya. Saya bawa awak jalan-jalan kat sini. Bersiap awal tahu? Pagi saya datang. Erm... Thanks temankan saya makan tadi.” Ucapnya. Aku angguk. Aku terpaksa teman dia!
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
General FictionKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea