“THEA suruh hantar pada awak...” Fathin menebalkan muka untuk bertemu dengan Leo di rumahnya. Dah puas dia ke tempat kerja Leo namun tak pernah Leo beri peluang untuk dia bercakap. Leo melihat surat yang diserahkan oleh Fathin. Dia tersenyum sinis.
“You dah tahu pasal dia yang dah tak...?” soal Leo.
“Tahu.” Fathin menunduk bila semua mata keluarga Leo mencerlung memandangnya.
Cuma papa Leo saja yang beriak tenang. Dia tidak tahu apa-apa tentang masalah Thea dengan Leo sebab Leo memilih untuk merahsiakan semuanya. Tapi seisi keluarga sudah dapat mengagak apa yang telah terjadi antara mereka. Takkanlah malam pertama lagi Leo sudah melarikan diri? Pasti Thea yang membuat salah.
“Oh My God. I can’t believe this...” tak sangka selama ini Fathin tahu tapi masih nak merahsiakan daripadanya.
“Awak cakap awak terima dia seadanya...” Fathin mula menyembur. Dia percayakan Leo dengan kata-kata itu.
“Dah tak suci. Betul kan apa yang aku cakap baru ni?” gosip adik dan kakak Leo. Fathin menarik nafas dalam.
“Kenapa awak tak dengar penjelasan dia?” dia menyoal Leo.
“Yang dia terlanjur dengan bekas kekasihnya? Dan kemudian menipu I? Memerangkap I hingga I terjebak dalam perkahwinan ni?” soal Leo sinis. Sekarang satu keluarganya sudah tahu masalah yang dihadapi dalam rumah tangganya. Layakkah dia menggelarkan dirinya sudah berumah tangga kalau begini keadaannya?
“Tak...” Fathin cuba bersabar.
“Dahlah...” belum lagi adik beradiknya menyampuk, Leo menaikkan tangan, mengisyaratkan agar mereka hanya mendengar dan diam.
“Sudahlah. I tahu you terlalu sayangkan dia. Tapi tolonglah. I geli dengan dia. I marah. I sakit hati. Dah puas I cuba nak terima dia... tapi I sakit hati. Kalau dia cakap awal-awal, tak menipu I, I masih boleh terima. Dia tipu I! Dia cakap dia tak pernah ada kekasih... dia cakap... Damn!” Leo menggenggam penumbuknya. Tak pernah dia rasa sebodoh itu. Mempercayai seorang perempuan yang sangat dia cinta.
“Dia cakap benda yang betul.” Fathin membela adiknya.
“Mana surat tu? Cepat I nak sign.” Kenapa terasa berat hati hendak menurunkan tanda tangan pada surat itu?
“Saya nak awak dengar dulu.” Fathin cuba merayu.
“I nak sign!” Leo berkeras.
“Dengar dulu!” Fathin sudah mula hilang sabar. Hilang segala kesopanannya.
“I tak nak dengar apa-apalah!” Leo semakin membentak.
“Dengar dulu! Semua tu disebabkan saya. Sebab itulah dia bencikan saya!” Fathin menepuk meja dan berdiri. Biarlah dia yang mendapat malu, dia tak kisah. Sudah lama adiknya menanggung sendiri.
“Saya yang liar dulu. Saya yang bawa teman lelaki saya ke rumah waktu mama dan papa kami ke luar negara. Teman lelaki saya, hantar saya ke rumah. Dan saya mabuk teruk waktu tu. Dia cuma nak tolong boyfriend saya letakkan saya atas katil... Tapi boyfriend ambil kesempatan atas keadaan saya tu untuk rogol dia. Bukan salah dia! Sebelum kejadian tu, dia tak pernah langsung berpakaian macam sekarang...” kata-kata Fathin itu membuatkan semua tergamam.
“Kalau betul, kenapa pulak boyfriend you nak ambik kesempatan dia? Bukan pada you?” soal Leo. Kali ini papa Leo mengarahkan semua meninggalkan Fathin dan Leo bersendirian. Mereka terpaksa akur walaupun perasaan ingin tahu menebal dalam diri.
“Sebab lelaki tak guna tu dah puas merasa saya. Atau mungkin sebab Thea lebih cantik dari saya... Saya tahu saya tak ada bukti nak mengesahkan kata-kata saya. Tapi percayalah. Saya tak berbohong. Cukuplah adik saya menderita atas bukan sebab dia. Dia jadi begitu semua selepas peristiwa tu.
Dia tak pernah buat perkara terkutuk. Dia tak pernah ada teman lelaki. Awaklah yang pertama. Awak boleh fikir sendiri, kenapa dia bencikan saya sangat-sangat? Kenapa dia kata saya rampas semua daripada dia? Kenapa dia menderhaka dengan mama dan papa saya? Sebab dalam mama papa saya tak sedar, dia salahkan mereka yang meninggalkan kami berdua di rumah sehingga menyebabkan kejadian tu berlaku.
Dia marahkan saya yang sentiasa diagung-agungkan oleh mama dan papa saya. Sebab dia tahu hakikatnya saya tak sebaik yang mereka sangkakan. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Dia memilih untuk melayan saya begitu daripada memukul saya. Demi Allah saya rela dipukul dia...” Fathin berkata lagi dengan tersekat-sekat. Semakin teruk tangisannya mengenangkan nasib adik tersayang.
“Oh My God...” Leo terkelu. Adik beradik yang mencuri dengar juga sudah terkaku. Tak menyangka langsung itu nasib yang menimpa seorang Thea.
“Demi Allah, sampai sekarang pun saya bencikan diri saya. Kesiannya Thea terpaksa menerima semuanya. Sebab itulah saya terima apa saja amarah dia. Saya lagi suka kalau dia pukul saya... tapi dia tak pernah pukul saya. Dan itu membuatkan saya rasa lebih teruk. Waktu mama papa kami balik, sekali pun dia tak pernah bocorkan rahsia tu pada mama dan papa. Dia masih nak lindung saya. Atau mungkin sebab dia malu. Tapi banyak peluang dia untuk cakap dekat papa mama tentang tu dan dia pilih untuk diam. Adik saya baik orangnya. Sangat-sangat baik. Sayalah ibu segala setan sebenarnya. Saya yang menyebabkan dia jadi begitu. Saya minta maaf kalau dia tak pernah beritahu awak tentang tu. Percayalah, semua ni tak mudah untuknya...”
“Awak fikirkanlah sekali lagi...” Fathin cuba merayu.
Terjatuh pen di tangan Leo.
“Dia takut untuk bercinta... tapi bila dia kenal awak, dia...”
“She needs me.” Fathin mengangguk bersungguh-sungguh. Memang... tiada orang lain yang lebih diperlukan oleh Thea selain cinta hatinya.
“I need her. Now.” Surat dikoyak. Dia rasa teruk. Bersalah, marahkan diri sendiri, benci pada diri sendiri dan... meluat pada kakak Thea. Kasihan Thea. Kenapa dia boleh berkata sesuatu yang teruk kepada Thea? Kenapa dia memilih untuk tidak mendengar? Dan lebih teruk lagi... kenapa dia bandingkan Thea dengan Fathin? Patutlah Thea nampak kecewa benar setiap kali dibandingkan dengan Fathin.
“Dia dah tak ada.” Fathin mengelap hingusnya dengan tisu. Leo rasa nak pitam.
“WHERE’S she?” desak Leo apabila melihat kedua wajah orang tua Thea. Mereka terpinga-pinga melihat kedatangan Leo. Terkejut. Memang dia tak pernah menyangka yang Leo akan datang selepas kejadian malam pertama itu. Apa masalah dan puncanya mereka langsung tak tahu menahu.
“Gone.” Jawab si bapa dengan tenang.
“Betul ke? Jangan nak tipu saya. Dia ada lagi kan?” Leo masih tidak mahu menerima kenyataan yang isterinya sudah menghilangkan diri sejak tiga hari lepas. Nak-nak selepas dia tahu kebenarannya.
“Yeah... dia dah pergi... Look, mama tak tahu apa kena dengan kau orang berdua. Mama minta maaf. Mama tahu salahnya di bahu Thea. Macam biasalah. Mama tak tahu kenapa dia jadi jahat, nakal... macam tu. Mama tak pandai besarkan anak. Tak pandai didik dia jadi anak yang baik. Tak macam kakaknya...” meluat Leo mendengar pujian mama mentuanya terhadap Fathin. Begitulah agaknya rasa yang Thea terpaksa hadap sepanjang hidup.
“Ma... She’s perfect. Bukan salah dia, bukan salah mama. Mama membesarkan seorang anak yang sempurna budi pekertinya. Leo yang salah. Mama tahu dia ke mana?” Leo mendesak. Tiba-tiba dia rasa seperti kesuntukan waktu. Tak tahu kenapa...
“Mama tahu kamu sengaja nak...” mentuanya masih menganggap Thea yang salah.
“Mama, semuanya berpunca dari Atie... jangan salahkan Thea. Atie puncanya... Atie akan ceritakan tapi mama, tolonglah Leo.” Rayu Fathin.
“Where’s my wife?” sekali lagi Leo menyoal. Dia tak mahu jawapan yang tak pasti. Dia mahukan klu sekalipun mentuanya tak tahu ke mana Thea pergi.
“Mama tak tahu. Tapi dia pergi dengan bagpack dia... dia bawa pasport sekali...” akhirnya mama Thea mengalah. Automatik fikiran Leo teringat perbualannya dengan Thea dulu.
“Ah, Bali...”
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
General FictionKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea