MATAKU berat untuk dibuka. Tetapi silau cahaya semakin galak memedihkan mata. Aku cuba menggeliat tetapi tubuh rasa ditindih dengan benda berat. Aku meraba-raba tangan ke perut. Ada tangan lain yang memelukku. Suamiku agaknya. Eh? Aku mana ada suami!!!
Cepat-cepat aku celikkan mata. Wajah Fir begitu dekat dengan wajahku. Hampir seinci saja jarak kami. Bibirku mula terketar-ketar.
"Syaitan! Bangun!" pekikku kuat bersama air mata.Mungkin akibat terkejut dengan jeritanku, dia tercelik. Kaki yang menghempap betisku dialih. Dia terpinga-pinga melihat keadaannya sendiri yang tidak berbaju. Kemudian dia tenung dada aku yang sudah aku tutup dengan kain selimut ini.
"Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku dengan kau?" tangisku. Dia menggosok-gosok mata. Kening berkerut-kerut. Tanpa memperdulikan dia yang tidak berpakaian itu, dia bangkit. Kepala digaru-garu, seluar disarung. Aku memandang ke tempat lain.
"Kenapa mesti aku yang jadi mangsa kau? Kenapa tak awek-awek kau yang lain. Fir? Aku tak pernah kacau hidup kau. Kau tak boleh ke tengok aku tenang?" tangisku lagi.
Tiba-tiba rasa hidup aku musnah. Angan yang aku bina musnah. Aku nak memegang gelaran anak dara pada hari perkahwinan aku nanti. Sekarang semuanya telah tiada. Aku begitu yakin sekali. Aku dapat rasakannya.
Dia yang hanya berseluar itu merenung aku. Mulut masih diam. Dia memandang aku dengan penuh simpati. Kenapa perlu pandangan itu kalau dia sendiri yang merosakkan aku? Kemudian, dia duduk di atas katil. Kepala digaru-garu lagi. Keluhan dia lepaskan.
Kedua tapak tangan diraup ke muka.
"Lana, I mintak maaf. I..." tiba-tiba pintu diketuk. Dia terhenti bersuara. Aku sudah cemas!
"KENAPALAH kau buat malu muka mak macam ni? luluh hati mak dengar berita tu, Lana!" mak aku menangis. Aku hanya tertunduk merenung tangan. Air mata sudah tiada lagi untuk kuhamburkan. Aku dah penat bercerita. Semuanya! Fir memang binatang!
Letih aku membuat penerangan, alih-alih tangan mak memukul aku. Katanya dia tak pernah besarkan anak macam aku.
"Saya yang salah. Dia tak sedar malam tu. Saya yang salah."
"Dia tak sedar? Dia mabuk ya? Dah pandai ha sekarang nak minum air kencing syaitan! Aku tak beranakkan anak syaitan!" mak menunjal kepalaku. Aku terus tertunduk dan menangis. Mak layan aku bagaikan memang salah aku.
"Mak cik, berhenti! Sebenarnya, saya yang letak ubat dalam air dia. Saya ajak dia keluar malam tu. Saya yang salah. Saya yang perangkap dia. Saya rasa tercabar bila dia tak layan saya. Saya minta maaf. Dia langsung tak salah. Izinkan saya bertanggung jawab pada dia."
Mendengar saja kata-kata itu keluar dari mulutnya, terus aku bangun, mug aku lemparkan ke muka dia. Tak sempat mengelak, bawah mulutnya sudah berdarah! Darah mengalir agak banyak. Aku menerjah dia. Kaki, tangan semua aku gunakan untuk membelasah dia. Aku nak dia mati! Dia tak mengelak. Hanya membiarkan saja.
Abangku memelukku dari belakang. Kuat. Semakin teruk aku menangis.
"Aku benci kau Fir! Sumpah, aku benci kau!"
"Kau orang dah menikah, baru sekarang kau nak beritahu aku pasal ni? Jantan apa kau ni pergunakan anak dara aku untuk kepentingan diri kau sendiri?" suara abah menaik. Aku sudah melurut ke lantai.
"Saya terlalu inginkan dia pak cik. Saya minta maaf. Tapi pihak agama Islam yang datang tu bukan rancangan saya, pak cik. Tak ada dalam rancangan saya. Saya cuma nak benda ni jadi rahsia dengan Lana supaya dia terima saya dan bincang perkara ni dengan keluarga pak cik. Saya memang tak ada niat nak malukan diri sendiri dengan cara begini..." Abah urut dada mendengar pengakuan Fir. Mak pula sudah menangis. Tiba-tiba kepalaku mak usap.
Mungkin mak rasa bersalah sebab dah tuduh aku.
"Aku haramkan kau jumpa anak aku!"
"Tapi dia dah jadi isteri saya..."
"Kalau kau payah nak ceraikan dia, aku nak suruh dia ceraikan laki macam kau! Tunggulah surat dari mahkamah."
AKU termenung panjang. Pelik. Aku masih lagi bergelar isteri Fir walaupun dah hampir dua bulan perkara tu berlaku. Kenapa dia tak ceraikan aku? Dia dah dapat apa yang dia nak. Aku tau dia sekadar nak merasa madu aku dan kemudian meninggalkan aku.
Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Takkanlah dia semudah itu nak mengaku yang semua tu salah dia? Walaupun tak rela, tapi aku kena imbau balik apa yang berlaku sebelum malam itu.
Kalau betul salah Fir, kenapa pulak dia mengaku dia ajak aku keluar malam tu? Padahal aku keluar dengan Jihan. Dan kalau ikutkan, ada Awie yang aku menyampah gila tu tiba-tiba tumpang semeja sebab dia nak minta maaf pasal selalu cari gaduh dengan aku. Macam mana aku boleh end up di katil bilik Fir?
Peristiwa itu perlahan-lahan aku kenang.
"JOMLAH keluar. Boringlah kau ni. asyik nak masak aje. Aku nak makan masakan luar pulak. Bukanlah aku tak suka kau masak tapi... tengah berduit ni teringin pulak nak makan dekat kedai kita selalu lepak dulu." Jihan merungut.
"Aku takde duit sekarang... kau bolehlah. Gaji pinjam dapat." Aku mencemik.
"Alah, aku belanja kaulah. Setakat dua puluh ringgit tu apalah sangat." Jihan berkata dengan lagaknya. Dia tak tahu dua puluh ringgit tu cukup bermakna dalam hidup aku.
"Sejak bila kau jadi pemurah ni babe?"
"Sejak aku berkawan dengan kaulah, Lana..." dia menjulingkan matanya ke atas.
Dulu aku fikir memang dia tak ikhlas berkata-kata sebab dia selalu berbual dengan aku dan buat muka meluat. Tapi rupa-rupanya memang cara dia bercakap macam tu. Sebab itulah ramai orang salah sangka pada dia.
"Tunggu aku bersiap boleh?"
"Ambillah masa lama pun tak apa. Pakai lawa-lawa..." aku menjelingnya."HAI Lana!" seorang lelaki melambai-lambai ke arahku.
"Kenapa kau tak cakap dia ada sekali kat sini?" aku mengherotkan mulut mengutuk dengan suara paling perlahan walaupun aku tahu yang Awie tentu perasankan air mukaku yang menyampah dia ada sekali.
Dia hanya senyum.
"Duduklah. Lana, Awie ada benda nak cakap dengan kau." Jihan berkata.
Tiba-tiba Awie tertepis sudu dan garpu lalu jatuh berdeting ke lantai. Spontan, aku dan Awie tunduk, mengutip sudu dan garpu itu."Lana, dekat dagu awak ada..." tangan Awie mencuit daguku. Aku terus duduk tegak di atas kerusi.
"Sorry. Ada something tadi."
"Tak apa." Aku terus menarik muka masam. Aku tak suka orang sentuh aku sesuka hati.
"Saya cuma datang sini sebab nak minta maaf pada awak aje."
"Pasal apa?"
"Semua yang saya dah buat dekat awak. Saya kena pergi dekat member." Awie bangkit. Dia tersenyum pada Jihan di sisiku.
"Kejap eh? Aku panggil dia ke sini tadi sebab ada benda nak cakap dengan dia. Alih-alih aku lupa." aku angguk. Jihan bangkit berjalan ke arah meja Awie.
Dia bersama seorang lelaki yang duduk membelakangi meja kami. Tiba-tiba Jihan duduk di hadapan lelaki itu. Mereka berbual agak mesra sehinggalah sudu dan garfu terjatuh ke lantai.
Ah! Buat apa aku tengok diorang? Aku mengalihkan mata ke tempat lain. Minuman, aku habiskan.
"KEPALA aku pening sangat ni..." aku mengadu sambil memicit kepala. Wajah Jihan berkerut-kerut memandangku.
"Kenapa? Migrain ke?" Jihan menyoal. Aku angguk.
"Migrain sakit. Yang ni rasa pening, macam dunia sedang berputar. Jihan. Aku tak boleh drive." Jihan membantu memapah aku ke kereta. Setelah aku bersandar ke kerusi di tempat duduk penumpang, Jihan bersuara.
"Kau duduk dalam dulu. Aku nak pergi ambil rokok aku. tertinggal." Bagi perempuan yang merokok macam Jihan, memang rokok itu umpama nyawa mereka. Aku angguk perlahan-lahan. Mataku perlahan-lahan terpejam.
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
General FictionKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea