“KENAPA awak tak cakap yang awak nak balik? Saya boleh ambil awak dekat airport.” Aku agak terasa hati kerana tidak tahu bila dia balik. Tetapi... suka juga bila dia buat kejutan begini.
“Saya kecil hati. Awak banyak kali tolak cinta saya sedangkan saya tahu awak juga cintakan saya.” gumamnya.
“Maaflah. Saya cuma takut.” Aku berkata jujur. Dengan dia, mudah sekali aku berkata jujur. Sebab dia jenis yang mudah menerima.
“Jadi, kalau awak takut. Apa yang menyebabkan awak terima saya?” soalnya. Alamak! Apa aku nak jawab ni?
“Ermm. Sebab apa yang awak dah buat sangat mengharukan.” Kataku. Dia mencebir.
“Itu aje?” soalnya. Eh! Lagi dia nak jawapan apa?
“Sebab saya rindukan awak. Dah banyak hari awak mendiamkan diri. Saya fikir awak dah putus asa.”
Jawabku lagi. Kali ini, aku jawab dengan malu-malu. Dia tergelak kecil.
“I never give up on you. Saya cuma nak awak tahu, macam itulah perasaan saya setiap kali nak tunggu awak cakap ‘yes’ untuk setiap lamaran saya untuk menjadikan awak kekasih saya. Seksa... kan?” soalnya. Aku mengangguk berkali-kali. Seksa sangat.
“Terima kasih.” Ucapku.
“Tak perlu berterima kasih.” Jawabnya pula.
“Jadi... macam mana awak tahu yang dia tu ex tunang saya? Saya rasa saya tak pernah beritahu nama ex tunang saya.” aku mengubah topik.
“Adik awak beritahu saya, sayang. Mak abah pun beritahu perkara yang sama. Pokok pangkalnya, nama Safwan itu membangkitkan amarah merekalah. Awak tahu tak, saya diugut dengan macam-macam ugutan kalau saya ada niat nak malukan seperti mana Safwan dah buat pada keluarga awak? Hello, miss! Ketar lutut saya tadi, tahu tak?!” soal Daniyal.
Aku tergelak. Macam kenal aje ayat hello-hello tu. Bukan setakat aku yang diserang schizo paranoia. Satu keluarga diserang ‘sakit’ yang sama. Nasib Daniyallah.
“Ye ke?” soalku bersama gelak.
“Tentulah. Semua orang sayangkan awak. Beruntung awak ni, tahu?” soalnya sambil meletakkan tapak tangannya atas kepalaku dan kemudian diusap-usap lembut.
“Saya beruntung sebab ada seorang kekasih yang sayangkan saya.” jawabku sambil menayang sengih.
“Eh. Siapa erk?” soal dia. Main-main!
“Entah? Safwan kut.” Aku mengenakan dia.
“Esh! Tak mahulah macam tu. Jawablah saya orangnya.” Haaa. Tahu pun takut!
“Dah tahu tu? Siapa suruh main-main?” bebelku geram.
“Okeylah. Sorry. Awak... awak nak kita menikah bila?” soalnya. Macam dah tak sabar sangat nampaknya.
“Awak nak bila?” aku menyoalnya semula.
“Hari ni kalau boleh.” Jawabnya bersahaja.
“Tak sempatlah, sayang. Kita tak ambil kursus kahwin lagi.” aku merungut. Dia tersenyum.
“Habis tu?” soalnya lagi.
“Saya ikut awak aje.” Jawabku.
“Okeylah. Bulan ni jugak nak?” soalnya kembali.
“Awak kan belajar lagi?”
“Sebab saya belajarlah saya nak cepatkan. Saya nak bawa awak balik ke sana. Temankan saya. Sehingga saya habis belajar dan kalau boleh, saya nak awak temankan saya sehingga ke akhir waktu. Selepas awak balik dulu, saya selalu duduk kat Starbucks tu biarpun duit tengah tak ada. Rindu punya pasal.” Tersenyum lebar aku mendengar kata-katanya. Serius ke dia ni? Ah! Tak percayanya rasa.
“Alahai. Mak mesti terkejut punya.” Aku sengaja memberi alasan. Apa agaknya jawapan dia?
“Mana adalah. Saya dah beritahu siap-siap. Semuanya.” Hah?! Advance dia ni. Cepat sungguh dia bertindak. Lebih berkesan daripada serbuk pencuci biasa!
“Mak awak mesti terkejut.” Aku merungut lagi.
“Mama dan papa dah tahu. Saya dah beritahu semua orang except you.” Wah!! Ini benar-benar kejutan berganda-ganda dari dia.
“Sampai hati awak!” kecil hati pula bila jadi yang terakhir tahu tentang perancangannya sedangkan dia nak menikah dengan aku! Ngek punya pakwe.
“Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang tu, kita akan usahakan segalanya sampai berjaya. Sampai hubungan jadi halal. Dan itulah saya. Saya nak hubungan saya dengan awak halal sebab saya betul-betul sayangkan awak. Tak perlu beritahu awak sebab saya dah tahu rasa hati awak pada saya.” tuturnya dengan nada serius.
“Eleh. Awak tahu dari mana?” soalku sambil mencemik.
“Instinct saya kuat. Saya tahu awak cintakan saya. Awak pamerkan dengan cara awak pandang saya setiap kali kita bervideo chat.” Jawabnya yakin. Aku tersenyum.
Dia ni memang ada instinct yang kuat. Itu aku tak nafikan sepanjang hampir setahun mengenali dia. Kebanyakan tekaan dia benar belaka. Aku tak tahu macam mana dia tahu sesuatu perkara itu. Mungkin dia tak banyak bercakap dulu sebab dia belajar tentang tingkah laku manusia agaknya.
“Ya. Saya cintakan awak. Tapi saya takut.” Aku menyatakan lagi ketakutan aku itu walaupun dia dah sedia maklum.
“Tak ada apa yang perlu awak takutkan lagi, Amanda. Saya ada menemani awak. Biarpun pada waktu awak tak sedar.” Katanya. Wah! Macam ayat drama.
“Hmmm. Awak balik sampai bila ni?” soalku mengubah topik. Tak terlawanlah aku dengan ayat drama dia meskipun aku bergelar seorang penulis novel.
“Sampai awak jadi bini saya.” jawabnya bersahaja.
“Eh! Main-main betullah dia ni.” dia mencemik.
“Saya seriuslah awak! Saya tengah cuti ni. Tiga minggu. Sempatlah awak jadi hak saya. Kita buat majlis kecil-kecil saja. Bila saya dah habis belajar nanti, barulah kita buat besar-besaran. Nak?” soalnya. Wah! Aku lagi suka kalau dipercepatkan. Aku tak mahu menunggu lagi! Bimbang pisang berbuah dua kali. Serik sungguh rasanya.
“Nak!” aku menjawab dengan teruja sekali.
“Bagus.” Kepalaku diusap-usapnya lagi. Hisy! Senget tudung aku dibuatnya.
“Awak tahu tak, awak nampak comel sangat dengan imej bertudung sekarang?” soalnya. Yalah, aku baru lagi memakai tudung. Dalam dua tiga bulan yang lalu.
“Hello, mister! Baru sekarang awak nak sedar ke?” aku mengangkat bakul. Dia tergelak.
“Dah lama saya sedar.” Jawabnya dengan senyum manisnya itu.
“Hello. Baru sekarang awak beritahu?” aku mencemik.
Sudah lama aku bervideo chat dengan memakai tudung di hadapannya. Tidak pernah pula dia memuji. Hanya tersenyum sahaja. Bila aku tanya okey ke tidak penampilan baruku, dia angguk saja.
“Sebab saya nak puji berdepan. Saja nak tengok hidung awak kembang.” Katanya dengan nada gurauan.
“Heee, jahat.” Aku kutil lengannya. Dia tergelak.
“Saya bergurau sajalah. Tapi serius, awak sangat manis macam ni.” pujinya lagi.
“Terima kasih awak. Penampilan awak pun segak.” Pujiku pula.
“Maksud awak?” soalnya dengan kening terangkat.
“Badan dah besar sikit dari dulu. Dah sesuai jadi suami dan papa orang...” aku tergelak. Sengaja nak kata yang dia dah sesuai jadi suami aku! Wehehee...
“Gatal!” sekali lagi atas kepalaku menjadi mangsa usapannya.
TAMAT
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
Ficción GeneralKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea