“PAK! PAK! Berhenti! Saya nak cari di kawasan pantai ini dulu.” Beritahu Leo. Tak pasal-pasal dia terus terbang ke sini. nak cari bini punya pasal. Entah kenapa, dia mula takut bila terkenangkan surat cerai yang dihantar isterinya melalui Fathin. Adakah Thea sudah membencinya?
“Silakan pak. Semoga ketemu sama isterinya, ya pak.” Kata Pak Jarwo. Leo mengangguk-angguk. Pemandu pelancong pun dia gunakan khidmat pemandu pelancong yang rakannya pernah guna dulu. Maklumlah, nak cepat.
“Terima kasih...”
Leo berjalan ke arah Pantai Kuta. Mata meliar mencari kelibat sang isteri. Berharap agar dia berjumpa dengan Thea. Puas dia mencari nama isterinya di hotel-hotel bajet rendah namun tiada. Dia sudah mati akal hendak mencari di mana. Mungkin pada waktu malam begini isterinya mengambil angin di pantai? Macam sewaktu mereka bercinta dulu.
Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh kecil yang sedang termenung jauh. Ah! Gelaplah pula. Tapi dia rasa macam isterinya saja. Dia menghampiri. Seorang lelaki mat saleh ikut menghampiri menyebabkan langkah kakinya mati. Bukan agaknya.
“HYE!” sapa seorang mat saleh. Thea mendongak. Kemudian dia kembali menjatuhkan pandangannya.
“Leave me alone.” Bentak Thea.
“Okay sorry.” Mat saleh itu segera meninggalkan dia. Sombong betul! Fikirnya.
“Thea...”
Membulat mata Thea sebaik sahaja mendengar suara itu. Dia mengangkat muka. Terkedu. Hampir saja dia terloncat. Leo kaku berdiri di hadapannya. Tajam lelaki itu merenung ke dalam matanya. Thea pantas bangkit. Dia berjalan pergi. Langkahnya diekori dan dia tahu tentang itu. Semakin cepat dia melangkah, semakin panjang langkah Leo, mengatasi langkahnya. Tangan Thea ditarik.
“Macam mana you tau I kat sini?” thea merentap tangannya.
“I’m your husbandlah, of course I tahu you kat mana.” Leo cuba berlagak tenang meskipun hatinya sudah berdetak kencang. Dia takut... lebih takut dari tadi ketika masih belum bertemu dengan Thea. Dia takut sekiranya isterinya meminta cerai daripadanya secara berdepan.
“What do you want?” Thea kembali melangkah.
“You. I want you. I want to hug you, kiss you... make lo...” spontan Thea berpaling. Mata isterinya berkaca-kaca. Mulut Thea juga tercebik-cebik.
“Thea. I minta maaf.” tanpa menunggu lama, Leo terus menerpa ke arah isterinya. Disimpan isterinya dalam pelukannya yang kejap. Kuat. Thea tidak membantah tetapi menangis teresak-esak. Tetapi tidak lama. Dia menumbuk-numbuk badan suaminya.
“I hate you! For the words you’ve said. I hate you!” jerkah Thea. Dia berlari meninggalkan Leo. Leo mengejar. Tetapi langkahnya mati. Isterinya menunggang motosikal di Bali? Biar betul?
Topi keledar disarungkan. Tangannya dipegang Leo.
“Sayang.” Panggilan itu meresap ke dalam dada. Sebak dia bila dipanggil begitu oleh lelaki yang pernah mencacinya pada malam pertama mereka.
“Kenapa you tak beritahu I?” jadi Leo dah tahu? Itu sebabnya dia ke sini? Macam mana Leo boleh tahu dia di sini? Bali ini bukannya kecil. Tapi besar!
“I’ve tried!” hilang suaranya akibat memprotes.
“Before that.” Leo turut sedih melihat keadaan isterinya. Thea sudah kurus dan cengkung. Nampak tak bermaya. Semua disebabkan oleh dia.
“I takut kehilangan you. But now I dah hilang you pun.” Enjin skuter dihidupkan. Dia tak peduli lagi. Dia rasa sakit mengenangkan kata-kata lelaki yang sangat dicintainya.
“No... I masih hak you. Dan you masih isteri I yang sah.” Leo membentak. Thea buat pekak. Terus ditinggalkan suaminya di situ.
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
Ficção GeralKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea