"ABANG, Ella ada pertandingan menyanyi minggu depan. Abang pergi ya?" Ella menelefonku pada suatu hari. Aku garu kepala. Kena pergi ke? Aku bukannya suka pergi tengok orang menyanyi. Aduhai.
"Kalau abang tak pergi, Ella still boleh menyanyi kan?" aku menyoalnya. Dengusan mula kedengaran. Alamak. Petanda buruk.
"But it is better when you're there. Aura, semangat, I need you, abang," Ella bersuara sebak. Pertandingan apa yang dia masuk sebelum ni, aku tak pernah ambil tahu. Tak suka.
"Abang malaslah, Ella. Ella sendiri tahu abang macam mana? Lecehlah pergi tempat macam tu," aku bersuara memberi alasan. Seperti biasa, tentu sekali. Aku tahu, dia seorang penyanyi yang hebat. sudah banyak kali dia memegang gelaran juara. Jadi, buat apa aku ada? Aku ada atau tak, dia tetap boleh menyanyi dengan baik. Entah-entah, kalau aku ada, dia jadi gugup pula hendak menyanyi. Siapa tahu, kan?
"Abang..." dia masih merayu. Aku mendengus.
"Drop it, Ella. Bila abang kata tak nak, it means, seriously big no!" aku menekan. Dia sudah teresak. Macam manalah aku boleh dapat awek cengeng begini. Rimas sungguh aku rasa.
"Abang tak sayang Ella.. takkan tak nak support Ella langsung? Ini pertandingan besar-besaran punya. Ella nak abang ada," Ella berbunyi. Aku paling pantang dengan orang tak faham bahasa ni. bila aku tak nak, jangan usaha ubah pendirian aku sebab pendirian aku tetap akan kata tak nak!
"Stop it, Ella! Pergi merayu lelaki lain supaya temankan Ella setiap masa. abang tak larat nak dengar rengekan Ella untuk kali ke berapa ribu ni. tak larat! Bila abang kata tak nak, jangan cuba nak desak abang. Rimas tau tak?!" aku menjerkahnya geram.
"So, abang dah rimas dengan Ella?" dia menyoal.
"Big YES for that question!" aku berkata geram. Dia tergelak kecil. Sinis.
"Baguslah. Ella pun dah penat. Tak dihargai. Tak disokong. Tak diendah. Tak didengar. I'm tired. Setiap kali apa yang Ella cakap, mesti ada sahaja alasan abang sampaikan Ella rasa tak ada function pun jadi girlfriend abang. Ella tak minta banyak, sekali aje, tapi abang tak pernah ada. Ella minta abang muncul aje, itu pun abang tak boleh buat. Bukan nak mengungkit, tapi abang fikirlah, abang masuk hospital, Ella sanggup ke sana. Tengok abang. Jaga abang. Abang ada pertandingan futsal peringkat negeri, Ella cuba hadirkan diri. At least, twice. Ella beri sokongan pada abang. But why can't you do the same? Sekali aje bang. Tiket pun dah ada. Ella dah settlekan semuanya. Apa lagi yang abang nak? Pertandingan tu di KL!! Bukan jauh dari tempat abang. Sudahlah bang," dia berkata. Nadanya parau. Aku jadi tak sedap hati. Barulah hari ni dia bersuara begini. Hubungan kami bagai retak menanti belah kebelakangan ini. aku terlalu sibuk dengan kawan-kawanku, mungkin..
"Ella..." aku cuba memanggil. Cuba memujuk. Rasa yang dia tangung turut menjerut hatiku. Rasa perit. Sepi... kasihan dia. ya, memang dia selalu ada ketika aku perlukan bantuan dia.
Pernah aku bergaduh dengan kawan aku disebabkan wang... kawan aku tidak memulangkan semula wang yang dipinjam. Hampir seribu. Waktu tu aku tengah sengkek gila. Kebetulan, dia ada duit PTPTN, dia berikan pada aku untuk belanja. Aku nak bayar balik, dia tak bagi. Katanya, apalah sangat duit RM200 yang dia berikan itu. Padahal dia terpaksa ikat perut demiku."Abang, hargai awek baru abang. Mulai hari ni, Ella dah putus asa. Abang boleh cari lain, Ella pun sama. Haluan kita dah jauh berbeza ni. Ella tak nak harap apa-apa dah. Terlalu banyak Ella makan hati dengan sikap endah tak endah abang ni. Ella tak boleh nak teruskan lagi. Maaf. Assalamualaikum," aku kehilangan kata. Talian sudah sepi tetapi telefon bimbit masih terlekap di telinga. Terkejut. Kali pertama dia berkata begini. Dia sudah berputus asa? Macam tak percaya.
Aku letak telefon perlahan-lahan ke kabinet sebelah katil.
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen Dekna Lee
General FictionKoleksi cerpen Dekna Lee dari blog yang dimasukkan ke sini atas permintaan beberapa pihak. 🚫 Dilarang plagiat Cerpen ini belum diedit. Harap bersabar baca tulisan tunggang langgang. Enjoy! ♥️ When I Was Your Man ♥️ Hello, Mister! ♥️ Fathea