'Wei korang, harini lower six dh masuk asrama la. Habis la kita lepas nie. Lagi lagi kalau dpt yg jenis alim aduhh ' - kata qira
Satu dorm aku sibuk berkumpul ramai ramai membawang pasal form6 yg akan masuk tu. Btw dlm dorm aku ada 7 katil double-decker so semua katil ada 14. Tapi kami guna 5 katil je sbb ada yg berkongsi 1 katil. Kiranya dlm dorm aku nie byk katil kosong sbb tu la dorang sibuk membawang form6 yg sah sah akan duduk dlm dorm ni.
Masa yg lain sibuk bersembang, aku tersenyum sorang sorang berangan, ramai mana la form6 cntik yg akan masuk dlm dorm ni nanti. Dalam berapa minit lepas aku tersengih sorang sorang tu tiba tiba pintu dorm diketuk.
Buka je pintu tu tudiaaa ramai sia yg masuk sini. Katil kosong dorm aku dh la ada 8 je. Tapi sekali masuk terus belasan org. Masa form6 masuk tu aku x perhati sgt cuma tengok gitu gitu je la. Aku ni kn pemalu orang nye acecece. Serious dowh aku pemalu. Ok ok f6 yg masuk tu terdiri drpd pelbagai saiz, warna kulit, ada yg gedik ada yg bishe bishe. Ada je yg cantik tapi bgi aku TAK!
Dh la xde perempuan yg mcm aku nk. Pastu kau tahu x masa dorang lalu tu nk termuntah aku. Mcm mcm bau ada. Aku x tahu laa sape tapi yg mula mula lalu tu org nya cantik. Lepas dari kejadian tu terus aku buang niat aku nk usya f6. Seminggu juga la aku diam dlm dorm tu. X bertegur langsung dgn f6.
************
Seminggu kemudian..
' chu kau tengok dh ke f6 dorm bawah sekali tu nama Amy? Srs dia cantik. Dia mmg duduk asrama sebelum masuk f6 lgi ' - bisik qira
' haah la chu aku rasa kalau kau tengok mesti kau suka ' - sara mencelah
' aku yg straight ni pun suka tengok dia sbb dia cantik. Ni kn pula kau ' - tirah
' eah srs la yg mana satu do aku x perasan ' jawabku sambil kami sama sama turun tangga ke dewan makan. Selesai makan kami duduk bersembang dkat kerusi batu di kawasan blok aspuri. Yg lain tgh mengumpat f6 tpi aku khusyuk usya crush aku yg tgh menjerit jerit suruh ahli dorm dia kemas dorm. Crush aku nama wawa n berkulit hitam pekat lemak manis.
Boleh bayang x? Alahh warna coklat Cadbury tu tapi wawa ni lgi gelap dari tu. Bagi aku dia comel sbb suara dia serak basah, perangai hyperactive, byk ckp, n paling aku suka dia punya dagu ada lekuk. Bukan dagu bontot tapi mcm lesung pipit kt dagu tu. Lekuk tu dlm tpi aku x taw la dagu apa tu. Actually aku xde la suka sgt wawa tu sbb dia kasar sgt tapi entah laa dia cute hahaha.
Sedang aku khusyuk usya crush, aku terperasan ada seorang perempuan ni cantik gila. Aku pun cuit qira. ' qira tu ke Amy yg korang ckp tu'. Diorang semua menggangguk. Aku tersenyum cair tengok Amy. Amy ada ciri ciri perempuan yg aku suka.
Dia lemah lembut, suara pun lembut, berkulit cerah n yg paling aku suka dia ada jerawat merah merah. Aku mmg lemah betul dgn perempuan yg kulit cerah ada jerawat merah. Geram je rasa nk peluk eiii. Eh x la aku gurau je, aku x pervert okayyyy. Membe aku yg lain tergelak tengok aku. Mcm tahu tahu je apa yg aku rasa masa tu.
Habis je sembang kami pun naik dorm nk siap siap ke surau. Aku dari naik dorm sampai la ke surau x habis habis tersengih teringat Amy. Amy naikkan semangat aku untuk bertegur sapa dgn f6 yg lain acecece.
-Btw, aku x kisah pun psl wrna kulit, wawa pun kulit gelap aku suka je hehe.. Tpi klau kulit cerah mmg aku suka yg ada jerawat merah merah la.. Kulit cerah tpi kosong aku x minat.. Eh kosong?!
YOU ARE READING
senior or crush? [slow update]
Random[ BASED ON A TRUE STORY ] Bukn senang ada perasaan mcm aku. Lagi lagi bila dikelilingi orang yg sememangnya jijik dengan golongan LGBT. Aku tak mampu untuk jadi diri AKU. Kalau aku boleh tunjuk siapa diri aku yg sebenar. Dh lama aku jerit biar satu...