3. HAW 1 & 2 (*Side Story*)

831 30 0
                                    

Aurora POV

Keadaan di belakang pentas agak riuh rendah dek bunyi jeritan seseorang. Aku cuba mendekati sesak yang mula terbit di sekeliling bunyi jeritan tersebut.

"Ada apa bising - bising ni?" soalku pada salah seorang pelajar yang ada di sana.

"Orang gaduh," jawabnya ringkas.

Aku mengangguk mengerti. "Siapa?" soalku lagi sambil meninggikan pandanganku untuk melihat manusia - manusia yang sedang bergaduh itu.

"Hanz dan Aril." Mataku secara automatiknya membesar bila mendengar jawapannya itu. Aku cuba lagi untuk tempuhi sesak tersebut supaya dapat melihat keadaan Hanz pada masa itu. Aku risau.

"Kau nak tahu siapa yang dia suka selama ni, Qash? Kau! Dia sukakan kau, Mahran Waqasha. Budak gay ni suka kan kau! Selama ni dia baik dekat kau, sebab dia sukakan kau. Kau tahu tak?! Kau tak rasa jijik ke lepas kau tahu semua ni?" Riak wajahku berubah di saat mendengar kata - kata tersebut keluar dari mulut Aril. "Aku rasa kesian dekat mak bapa kau sebab dapat anak gay macam kau ni. Mesti dia orang..."

Aku berdecit sedikit akibat terkejut bila melihat Hanz mula memberikan satu tumbukan ke pipi Aril.

"YA! AKU GAY! AKU SUKAKAN KAWAN AKU SENDIRI! AKU JIJIK! MANUSIA PALING JIJIK DEKAT DUNIA NI. KAU PUAS DENGAR NI DARI MULUT AKU SENDIRI? PUAS? MASALAHNYA SEKARANG YANG KAU NAK KISAH SANGAT KENAPA? INI HIDUP AKU. AKU TAK KACAU KAU, AKU TAK MINTA PENDAPAT APA PUN DARI KAU TAPI KENAPA MASIH KAU SIBUK SANGAT PASAL HIDUP AKU?!" tengking Hanz sekuat hati di muka Aril. "KAU BOLEH CAKAP APA JE TENTANG DIRI AKU YANG KAU KATA GAY JIJIK NI TAPI JANGAN SEKALI KAU MASUKKAN MAK BAPAK AKU DALAM HAL NI," balas Hanz sambil menggengam kuat kolar baju Aril.

Semua membisu. Betul ke apa yang aku dengar sekarang ni? Kaki mula berundur. Aku tak mampu untuk menyaksikan dan mendengar keadaan pada masa itu.

Aku terus beredar meninggalkan belakang pentas tersebut.

Selang beberapa minit, Hanz keluar dari belakang pentas dengan wajah tanpa perasaan. Air mata masih lagi deras mengalir. Aku yang sedar hadirnya tidak jauh dari aku itu, terus mendekatinya.

"Hanz, awak nak pergi mana?" panggil ku dari belakang. Langkah Hanz terhenti. Kepalanya ditoleh untuk memandangku.

Wajahku dipandang lama lalu menoleh semula kehadapan. Kakinya mula menyusun langkah sekali lagi, meninggalkanku serta soalanku tanpa jawapan.

Itu adalah kali terakhir aku bertemu dengannya. Aku sedih. Aku sedih kerana mengetahui hal sebenar. Aku sedih sebab tidak dapat bertemu dengannya lagi. Aku sedih sebab orang di sekelilingku masih berbicara mengenai aib Hanz.

Empat tahun berlalu... Perasaanku terhadap Hanz masih tidak berubah, walaupun ada harinya aku mahu berhenti dari mempunyai perasaan ini terhadapnya. Oleh itu, tanpa jemu setiap hari, aku selalu berdoa untuk bertemu dengannya lagi. Sesungguhnya aku tidak pernah berjumpa dengan seorang lelaki sebaik Hanz. Mengenai dirinya yang tidak disukai awam itu, aku dapat terima. Kenapa? Sebab aku percaya, seorang manusia mampu berubah. Aku tekad untuk membantunya berubah dan kembali ke jalan yang benar.

"Korang, minggu depan aku dah nak bertunang," kata Betty dengan penuh teruja.

Aku yang baru saja sampai ke meja selepas dari tandas terus mengucapkan tahniah kepadanya. "Betul ke? Alhamdulillah, tahniah Bet."

"Tak sangka ek, kau dah nak bertunang Bet. Lepas ni siapa lagi? Aku tengah tunggu masa je lagi ni," kata Kirana dengan gediknya lalu ketawa.

Aku hanya berdiam diri. Can't relate. Aku tak ada pasangan. "Kau bila lagi, Ra?" soal Kirana tiba - tiba kearahku.

HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)Where stories live. Discover now