8. HAW 6

538 32 2
                                    

Yun POV

Ha..... baru je plan nak layan bola dekat kedai mamak malam ni. Tup tup lain pula jadinya. Kenapalah aku terpaksa hadap drama si Hanz malam ni.

Aku menoleh melihat Hanz yang masih mengelamun memandang ke luar tingkap kereta. Kesian pula aku tengok dia ni. Sungguh aku masih tak tahu apa yang terjadi tadi tapi aku dapat rasakan yang Wafiy memang dah buat satu kesalahan besar sampai si Hanz jadi macam ni. Kau buat apa, sial? Berani kau sakitkan hati kawan aku?

"Kau nak aku bawa kau kemana ni?" soalku lembut.

"Mana - mana, asalkan bukan rumah Wafiy atau mana - mana yang berkaitan dengan dia," balas Hanz tanpa menoleh kearahku.

Aku mengeluh perlahan. Nak pergi mana? Dah nak dekat pukul 12 malam kut. Korang rasa aku terfikir nak bawa dia ke mana? Ikut hati nak saja aku bawa dia pergi tengok bola. Tapi budak ni bukannya suka sangat tengok atau main bola. Alaaaa, korang lupa ke, dia kan kaki kerusi. Eh, betul ke kaki kerusi? Macam... pelik jek bunyinya.

"Habis tu malam ni kau nak tidur mana?" soalku lagi. Dari tadi kereta ni duk ronda - ronda ibu kota ni jek. Minyak kereta ni pun aku tengok macam hidup segan mati tak mahu.

"Rumah kau kan ada. So, aku tidur rumah kau je lah malam ni," balas Hanz selamba lalu mengeluarkan telefonnya.

Aku tersenyum hambar. Ikut suka hati kau je nak tidur dekat rumah aku. Ceh. "Tak boleh," balasku.

"Kenapa pula?"

"Suka hati aku lah. Rumah aku, kau nak persoalkan lagi kenapa?"

"Ok. Turunkan aku sekarang," marah Hanz.

Ala dia niiiii. Nak merajuk pula. "Eh, eh, merajuk pula. Aku main - main je lah. Sepak kang baru tau" Huh, drama.

Hanz hanya tersenyum sinis. "Sory lah kacau plan kau malam ni, itu pun kalau ada. Tapi Yun, jom lah terus balik kerumah kau," katanya.

"Mmm... Habis tu baju kau? Kau nak pakai apa esok pagi?"

"Ala minjam lah baju kau."

"Adam Mirza Nadhir Hanz, kalau lah badan kau dengan aku tu sespesis, tak ada lah aku tanya macam tu. Masalahnya sekarang, badan kau tu lagi tegap dari aku. Kau rasa, baju - baju aku tu muat ke dekat badan kau? Tak~," bebelku panjang lebar.

"Baju mandi kau?"

"Baju mandi? Kau ingat aku sejenis yang suka pakai baju mandi ke?"

Hanz membisu memikirkan idea. Aku hanga menggelengkan kepalaku.

"Bagi kain pelekat dengan singlet je lah. Baju ni aku cuci, esok boleh pakai balik. Ha..... tengok betapa pintarnya otak aku ni," balas Hanz sambil tersenyum menang. Lantaklah kau nak buat apa, boboiboy. Asalkan kau gembira.

Setiba di rumah, Hanz terus duduk di sofa yang ada diruang tamu ku. Rumah aku ni tak lah besar mana. Memang rumah untuk orang bujang sangat. 1 bilik tidur, 1 bilik kerja, 2 bilik air, ruang tamu dan sebagainya.

"Hanz, kau tidur dekat ruang tamu je lah ek malam ni. Ke kau nak tidur dekat bilik dengan aku?" soalku.

"Ha ha, tak apa, aku boleh tidur kat sini," jawabnya tersenyum hambar.

"Nah, pakai kau tidur malam ni," kataku lalu menyerahkan satu kain pelekat dan singlet beserta bantal dan selimut untuknya.

"Thanks. Kau pergi lah rehat," katanya kepadaku. Aku hanya mengangguk. "Esok pagi kau tak yah masuk kerja lah, kau teman kan aku kerumah Wafiy je."

"Ambik barang kau?"

"Ya."

"Lepas tu, kau nak tinggal mana?"

HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)Where stories live. Discover now