Aku duduk tanpa berkata apa - apa. Senyuman dibibir masih lagi terpaku sejak tadi lagi. Bosan, itu perasaan aku yang sebenarnya.
Hari ni hari khamis, keadaan di lobi sekarang agak lengang. Oh, ini lah kerja aku sekarang, receptionist. Dekat mana? Dekat company Dato Rashid, bapa Yun ler.
Seminggu selepas aku putus dengan Wafiy, aku terus di panggil temu duga di sini. Betul kata orang, kalau kita kenal seseorang di dalam satu syarikat itu, semudah petikan jari, kita akan dapat masuk di syarikat tersebut. Macam aku sekarang ni lah, senang kan. Nasib ada Yun.
Hal berkaitan kafe, kini bukan bawah pengetahuan aku lagi, semuanya seratus peratus di pegang oleh Wafiy. Sebelum ni, bila aku kata aku nak tolong carikan dia pekerja baru, ya aku dah melakukannya sebelum masuk kerja di sini. Selepas tu, aku blah.
Wafiy ada juga merayu untuk 'go back' dengan aku. Tapi hati aku dah tertutup. Aku tekad untuk berkawan sahaja dengannya. Tidak lebih dari itu.
Bak kata Yun, "Cuba benda baru bro. Takkan sepanjang hidup kau, kau nak menjalinkan hubungan dengan 'manusia berpedang semula jadi' saja. Sekali sekala, buka hati kau untuk bercinta dengan 'manusia bergua dan bergunung - ganang', ada juga hasil nanti bila kahwin, anak merata - rata. Kalau sama lelaki, kau dapat apa? Cecair pekat bau masam merata - rata? Ha, renung - renungkan kata - kata aku, wahai brader~", kata - katanya beberapa hari lepas mula bermain di minda ku.
Ada betul juga apa yang budak biul tu cakap kekadang.
Ting! Ting! Ada orang text! Oh, Ora (Aurora).
Ora - Assalamualaikum awak.
Aku - Waalaikumsalam. Ada apa text ni?
Ora - Saja text. Awak sihat? Macam mana kerja baru? Ok?
Aku - Alhamdulillah sihat. Kerja, alhamdulillah buat setakat ni senang. Receptionist je pun.
Ora - (/^▽^)/ Kerja sungguh - sungguh yer!
Aku - Terima kasih wak. Awak tak kerja ke hari ni?
Ora - kerja tapi ni saya rehat jap.
Tetiba teringat sekali lagi kata - kata Yun. Buka hati aku untuk seorang wanita. Hmmm... Aku tahu perasaan Aurora terhadap aku selama ni tapi aku tak pernah ambil berat sangat. Mungkin dah tiba masanya, aku ambil berat tentang hal ni. Tapi, masih ada ke perasaan tu dalam hati Aurora. Ha.... Lantak ah.
Aku - awak, tengah hari ni ada plan nak makan mana - mana ke?
Ora - setakat ni belum lagi. Kenapa?
Aku - jom lunch dengan saya. Saya belanja.
Ora - boleh. Tak ada masalah.
Aku - ok. Later saya send location nak makan kat mana.
Ora - (=^▽^=) ok
Sebaris senyuman terukir dibibirku tanpa aku sedari. Kau dah angau ke apa, Hanz? Pipi kananku ku tampar lembut. Telefon ku letak rapi di atas meja semula. Pintu utama syarikat aku pandang lama.
Kepala ku geleng perlahan. Semudah itu perasaan ku terhadap Wafiy mula memudar sedikit demi sedikit bila aku berbual dengan Aurora. Kenapa mudah sangat? Memang macam ni ke kalau lepas break sama orang, kau cepat lupa pasal orang tu. Ke aku sorang je?
PAP! *bunyi hempasan kaunter
"Hoi!" sergah Aryan, abang tirinya Yun. Sikit lagi aku terjatuh dari kerusi kerjaku dek kejutan yang diberikan. "Wah, makan gaji buta nampak. Dah tak ada kerja ke, dari tadi aku tengok kau goyang kaki main telefon kau saja?" soal Aryan dengan nada yang menjengkelkan. Aku menjulingkan mataku ke atas. Sengal.
YOU ARE READING
HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)
RomanceKisah Hanz belum berakhir lagi. Ini musim kedua, empat tahun dah berlalu, drama apa lagi yang akan berlaku? Baca ler~ Enjoy!