Hembusan angin pagi yang melintasi diriku, aku nikmati sepenuh hati aku. Setiap kali aku berada dekat kampung, hanya hembusan angin ini sahaja yang dapat menenangkan fikiran ku. Dua hari dekat sini, dua hari tu juga aku akan pergi ke tepi pantai bila pagi tiba.
Wafiy ada mesej aku berulang kali untuk meminta maaf dan sebagainya. Selain mesej, call pun ada. Tapi aku langsung tak balas mesej dan panggilan darinya. Aku belum sedia nak bercakap dengan dia sekarang. Aku perlu menenangkan fikiran yang agak bercelaru ini dahulu.
"Abang, tunggu lah," jerit seorang budak perempuan ke arah seorang budak lelaki yang sedang berlarian di tepi pantai. Aku hanya tersenyum memandang ke arah mereka. Sesungguhnya, aku rindu zaman kanak - kanak ku sebab tak banyak sangat masalah. Betul kan, betulllllll kannnnn.
Tiba - tiba kedengaran satu suara berdehem ke arah ku. Aku terus menoleh ke belakang. Mama. "Apa yang kamu duk termenung dekat sana tu?" soal mama sambil menjemur baju yang baru selesai dicucinya.
"Tak ada apa lah, ma. Merenung kosong jek," balas ku mendatar tanpa menoleh kearahnya lagi.
"Ye la tu. Mama tengok kamu dah dua hari dekat sini, tak kerja ke? Bos tau ke kamu balik kampung ni?" soal mama lagi.
"Ya ma, bos tau. Bos pun tau yang Hanz dah berhenti kerja," jawab ku selamba.
"Berhenti? Kenapa? Ada masalah ke?" soal mama lagi (square).
"Hmmm... macam tu lah ma. Dah lah malas nak cakap pasal hal ni. Buat serabut kepala je," balas ku dan terus berdiri meninggalkan mama di tempat jemuran.
Kaki ku mula melangkah ke arah pantai. Berjalan - jalan di tepi pantai lah tu maksudnya.
TING!
Bunyi notifikasi keluar dari telefon ku. Yun? Ada apa dia text aku pagi - pagi ni.
Yun - Oi mangkuk!
Aku - Apa?
Tiba - tiba, satu panggilan masuk darinya. Aku terus mengangkatnya. Ih, tak penyabarnya.
"Apa?" sapaku kasar
"Wa'alaikumsalam. Ya, aku sihat wal afiat. Kau pula apa khabar?" sindir Yun.
"Hish... Assalamualaikum... Apa? Kau nak apa pagi - pagi ni?"
"Kau dah siap ke belum?" soal Yun
"Siap untuk apa?" soalku bingung pula.
"Lah.... Belum siap lagi ke? Dalam pukul sepuluh macam tu aku sampai, ambik kau," sambung Yun. Semakin bingung aku dibuatnya.
"Kita nak pergi mana?"
"Eh, dia ni. Susah betul dapat kawan pelupa nak mampos ni. Hanz, kan aku ajak kau pergi reunion malam nanti. Kau dah lupa ke? Masa aku hantar kau balik kampung dua hari lepas, aku bagitahu "
Oh ya tak ya juga. Macam mana aku boleh lupa. Tapi... "Aku tak cakap pun setuju nak ikut kau hari ni," kataku lalu tersenyum sinis.
"Kau jangan buat hal cipan, aku dah jalan nak ambik kau ni. Kau nak ubah fikiran pula, aku sepok kang baru tau. Hanz, join lah. Temankan lah aku," pinta nya.
"Tak nak. Ika kan ada teman kan kau," kataku mendatar.
"Hish dia ni, Ika lain. Dia datang sebagai tunang aku, kau pula datang sebagai kawan aku alias bekas pelajar dekat sana juga. Kalau kau tak siap bila aku sampai nanti, aku bagi tahu masalah kau dekat keluarga kau. Ha, amacam, ikut tak?"
Terbaik punya kawan, dia main ugut - ugut pula.
"Kau kalau tak main blackmail tak boleh ke? Suka sangat buat orang rasa terpaksa kan. Ya lah ya lah, aku ikut. Tapi jangan bagi tahu Waf, aku balik KL."
YOU ARE READING
HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)
RomanceKisah Hanz belum berakhir lagi. Ini musim kedua, empat tahun dah berlalu, drama apa lagi yang akan berlaku? Baca ler~ Enjoy!