10. HAW 8

572 32 14
                                    

Pernah tak korang terfikir untuk bertemu dengan orang yang pernah kita suka sebelum ni? Dan pernah tak korang terfikir untuk orang tersebut menyukai kita semula setelah beberapa tahun berlalu? Sebab aku melaluinya sekarang dan aku tak pernah terfikir langsung benda ini akan berlaku pada diri aku.

Kenapa? Kenapa sekarang?

"Aku... Aku rindukan kau," ayat itu tanpa henti bermain difikiran ku.

Lidah ku kelu bila Qasha cakap begitu. Tubuhku yang masih di peluk, aku cuba menolaknya. Walaupun pelukannya itu tidak lah kuat mana, tapi disebabkan tubuhnya yang agak mantap itu, membuatkan aku sukar untuk melepaskan diri.

"Apa kau merepek ni, Qash?" kataku sambil mencuba melepaskan diri.

"Kau faham apa maksud aku," Qasha secara perlahan melepaskan pelukan tersebut lalu memandang mataku sedalam yang mungkin. Pandangannya ku balas buat seketika namun tidak mampu ku memandangnya lebih lama.

Aku terus mencapai topeng yang terletak di sink tandas tersebut dan meninggalkan Qasha. Aku tak boleh tersangkut dengan harapan palsu darinya. Jangan cari masalah. Tak cukup lagi dengan masalah yang kau ada sekarang? Masalah kau dengan Wafiy belum lagi selesai, jangan nak cari masalah lain lagi, Hanz.

Aku tak boleh ada dekat sini.

Pintu utama dewan itu menjadi hala tuju ku sebelum melangkah keluar dari tempat tersebut. Aplikasi WhatsApp dalam telefon ku, ku buka lalu nama Yun aku tekan.

Aku - Yun, aku balik dulu

Yun - Eh, kenapa Hanz? 

Aku - Tak sihat

Yun - Kau balik naik apa?

Aku - Kuda... Duh... kereta lah

Yun - Ya la aku tau kereta tapi siapa punya?

Aku - Grab

Yun - Kenapa cepat sangat nak balik? Betul ke kau tak sihat ni? Kau kat mana sekarang?

Aku - Baru masuk grab. Ya, betul.

Yun - Hish kau ni, makan pun belum. 

Aku - Tak apa, krg aku singgah kedai mamak depan condo kau tu, beli makanan.

Yun - haa... ok.. hati - hati... apa - apa text je aku.

Aku - mmm

Keluhan berat ku hembus perlahan. Sorry, Yun. Aku rasa aku tak layak untuk berada di tempat ni sekarang.

Betul ke keputusan aku untuk balik ke kota yang megah ini semula? Kenapa firasat aku mengatakan, selepas ini, aku mungkin akan hadapi lebih banyak rintangan untuk mengejar masa depan yang bahagia? Dada yang terasa agak senak, ku usap lembut.

.

.

.

TIBA sahaja di kedai mamak yang aku katakan sebentar tadi, aku terus mencari tempat duduk yang kosong. Malangnya semua tempat duduk ada orang. Kecuali satu meja tu je. Hmmm... Nak pergi tanya ke tak? Perut dah menyanyi lagu lapar ni. Kalau aku tak pergi tanya orang tu, boleh duduk satu meja dengan dia, tepaksa cari tempat lain pula nak makan.

Dah lah malas nak pergi tempat lain, lagi - lagi duit dalam poket ni pun cukup untuk makan malam hari ni. Dahlah grab tadi dah guna duit untuk membayar. Duh.

Kalau Qasha tak nampak aku tadi, tak ada nya aku nak keluarkan duit untuk makan. Haa...

Ah, lantaklah. Tanya je lah.

HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)Where stories live. Discover now