15. HAW 12 (FINAL)

868 32 20
                                    

PPAK!

"Ya Allah, abang!" Mama terkejut bila Abah melempang pipi ku lagi.

"Apa semua ni, Hanz?! Abah dan mama tak pernah ajar kamu buat benda - benda terlarang ni. Kamu dah lupa yang kamu tu lelaki? Ha?! Lelaki di takdirkan untuk hidup bersama dengan seorang perempuan, bukan dengan lelaki juga. Kenapa kamu jadi macam ni?" tengking abah. "Abah tak cukup didik anak abah ke? Abah bukan seorang ayah yang terbaik untuk anak - anaknya ke sampai kena balas macam ni?" sambung abah lagi.

Aku tersentak. Air mataku juga tak henti - henti mengalir sedari tadi.

Skrin telefon yang agak retak selepas di baling oleh abah tadi, ku pandang. 

Dari satu gambar ke satu gambar tersebar di media sosial, terutama sekali di aplikasi WhatsApp. Semua gambar yang tersebar mengenai diriku, bukan saja gambar baru malah dari empat tahun lepas hingga lah sekarang. Sepertinya aku telah di intip oleh seseorang dari dulu lagi. Siapa yang tak puas hati dengan kehidupan aku ni?

Apa yang aku nak tipu lagi dekat abah dan mama? Semua dah jelas dan nyata, orang yang ada dalam gambar itu, AKU.

Kebanyakan gambar yang disebarkan adalah gambar aku bersama Wafiy ketika dirumahnya, berduaan. Gambar di tangkap, jelas di ambil dari jarak yang jauh. Otak masih ligat memikirkan dalang disebalik semua benda ni.

"A..abah... Biar Hanz jelaskan..." kataku dan cuba untuk memegang tangan abah. Abah menepis tangan ku. 

"Kamu nak jelaskan apa lagi, Hanz? Apa Hanz apa?!" Turun naik turun naik nafas abah bila bercakap. 

Aku tarik nafas dalam - dalam. Air mata ku kesat. Aku kuatkan hati untuk bercakap. "Memang betul itu Hanz. Memang betul Hanz pernah buat benda - benda terkutuk semua ni, abah. Memang betul Hanz.... Hanz suka lelaki sebelum ni. Tapi..."

"Abah kecewa dengan kamu, Hanz. Abah kecewa sangat - sangat. Abah tak nak tengok muka kamu, keluar," halau abah dengan nada yang mendatar. Mataku membesar. Dadaku sepertinya di tusuk berulang kali. Air mataku mengalir lagi.

"Abah..." kataku keliru. Abah mengangkat badanku lalu menolak ku keluar dari rumah. "Abah... Abah... Jangan buat Hanz macam ni, Abah," rayuku namun tidak dihiraukan oleh abah.

"Abang..." mama cuba halang tapi tidak berjaya.

"Abah..." kataku lagi.

"Pakcik, jangan lah buat Hanz macam ni. Dia dah tak buat semua tu, pak cik..."

"KELUAR! AKU KATA KELUAR! Kalau kamu tak keluar, biar aku je keluar dari rumah ni!" badanku jadi lemah bila abah kata begitu. Terus hilang daya ku untuk menghalang abah dari terus menolak ku keluar dari rumah itu.

Sebaik saja aku terduduk di luar rumah, abah terus menutup pintu. Yun membantuku untuk berdiri. "Abah..." panggilku perlahan tidak bertenaga.

"Jom, Hanz. Kita cari hotel untuk bermalam malam ni," ajak Yun. "Esok, kita datang lagi cuba pujuk abah kau." Aku mengangguk perlahan.

Dari satu perkara ke satu perkara telah menghancurkan hidup ku. Hari yang aku tak pernah jangka akan datang, kini telah berlaku. Aku di benci oleh abah dan di halau. Sungguh hancur hati ini dibuatnya.

Pandangan ku mula memudar, begitu juga dengan tubuhku yang semakin lemah. Tiba - tiba duniaku menjadi gelap sepenuhnya. Aku rebah tidak menyedarkan diri.

Ini kah balasan buat diriku yang telah banyak membuat dosa, Ya Allah?

.

.

.

PERLAHAN - LAHAN mata ku buka untuk melihat sekeliling ku. Tak ada sesiapa di dalam bilik tersebut kecuali seorang wanita yang lena di buai mimpi, sambil duduk di satu sofa tepi katil ku. Macam aku kenal...

HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)Where stories live. Discover now