12. HAW 10

576 30 4
                                    

Sepuluh minit lagi nak masuk kerja, dan minah seorang ni belum lagi habis bercerita. Pok pek pok pek, entah apa yang dia cerita pun aku tak faham. Penat aku dengar. Oh, bukan tu je, satu benda yang paling creepy dia buat dari tadi, hang pa semua nak tahu apa... Dia duk pandang aku semacammmmm je. Kau tau pandangan menggatal tu. Yang dia pernah bagi dekat aku empat tahun lepas tu. Urghh, turn off aku dibuatnya.

Tak boleh jadi ni, aku mesti ajak Yun dan Aurora blah sekarang gak. "Eh, dah akhir ni. Kita orang gerak dulu ek," kataku sambil melihat jam di tangan.

"Laaa, dah nak gerak ke? I dah lama tak jumpa u. Duduk lah lama lagi. Kita bual - bual. I banyak benda nak cerita dekat u ni. Kan Aurora?" kata Zizi gedik. Aurora hanya tersenyum hambar. Banyak benda nak cerita? Yang dari tadi kau cerita tu, tak banyak lagi ke? Dah boleh buat novel aku rasa.

Aku memberi signal kepada Yun. "Nanti - nanti lagi lah kita story mory, Zi. Betul - betul dah lewat ni. Lagi pun tak ada orang jaga tempat kerja Hanz. Kan?" soal Yun pada aku. Kepala ku angguk dengan pantas.

"Awak, jom. Saya rasa awak pun dah lewat kan? Nanti cikgu lain dekat tadika tu cari pula," kata ku pada Aurora. Gentle je.

"Ha ah. Maaflah Zizi, kita orang minta diri dulu ya. Minta maaf sebab tak dapat nak duduk lama dekat sini. Nanti kita jumpa lagi ya?" ramah kata Aurora pada Zizi. Tak nak lah aku jumpa Zizi lagi. "Jom lah, wak. Awak pun dah lambat ni," katanya pada ku pula. "Assalamualaikum, Zizi."

"Hmmmm Waalaikumsalam," balas Zizi dengan nada sedih. Bila pandang ke arah ku semula, siap dengan wave wave hand, kenyit kenyit mata segala. Tak cukup itu, dia bagi signal suruh call dia.

Seram seram.

Sampai sahaja di kereta Aurora, aku terus meminta diri untuk balik ke ofis (ofis sangat). "Terima kasih wak sebab sudi lunch dengan saya dan Yun hari ni."

"Saya yang patut cakap terima kasih dekat awak sebab sudi belanja makan tengah hari ni," balas Aurora malu - malu.

"Eh, biasa - biasa je lah. Dekat kedai mamak je pun," balas ku malu (juga. Dah kenapa nak malu?) "Hmmm dah lambat ni. Awak pergi lah kerja. Hati - hati ya. Nanti kita jumpa lagi."

"Ok, jumpa lagi. Assalamualaikum. Kerja betul - betul wak," kata Aurora. 

"Waalaikumsalam." Aku memberinya tanda Ok.

Enjin di hidupkan lalu tayar keretanya mula meluncuri jalan tar tersebut. Lambai Hanz, jangan tak lambai. Senyum jangan lupa.

"Wei, gatal lah," celah Yun tiba - tiba.

"Apa yang gatal?" Soalku pelik.

"Kau tak gatal ke? Aku rasa macam bersemut je dekat sini bila kau dengan Aurora duk berborak tadi." Perli. Yun ketawa. "Kau sure ke korang berkawan je?"

"Ya, kita orang kawan je. Tak lebih dari itu. Titik." Salah ke cakap dengan kawan lembut - lembut, gentle macam tu?

"Macam tak je aku tengok."

"Lantak lah kau nak fikir apa." Aku terus masuk ke dalam kereta Yun. Malas nak layan.

"Kau pasti ke, Hanz?" soal Yun tak puas hati bila masuk kereta.

"Dah lah. Dah lewat ni."

"Oklah oklah, aku is percaya kau." Yun mengalah. Ye lah mengalah.

.

.

.

SO, disebabkan aku malas nak cerita panjang - panjang, aku skip beberapa bulan punya cerita. Tak ada yang penting pun. Haha. Aku masih berkawan dengan Aurora macam biasa. TAK LEBIH DARI ITU. Kut. Tak tau lah. Kerap juga aku berjumpa dengan dia. Macam pasangan kekasih. krik krik krik krik.

HANZ Season 2: Misi Mengubah Hati Hanz (COMPLETE)Where stories live. Discover now