Prolog

3K 169 23
                                    

Titt!! Titt!! Titt!!

Mesin hemodinamik kedengaran di dalam sebuah wad yang serba berwarna putih, seorang wanita lemah terbaring di atas katil dengan pelbagai wayar menyambung pada badannya. Matanya memandang ke arah luar tingkap wad itu dengan tatapan sayu, terpapar di wajahnya perasaan sunyi dan sedih.

Klik!!

Tiba-tiba pintu wad itu dibuka, menarik perhatian wanita itu mengalihkan pandangannya lalu senyuman perlahan-lahan menghiasi bibir pucat wanita itu apabila sosok ihsan yang disayanginya berkunjung tiba.

"Mama, Gem dah datang." Seorang kanak-kanak lelaki bertopi coklat tersenyum manis ke arah wanita itu sambil membawa sebakul buah tangan. Kanak-kanak itu masih berseragam sekolah, baru pulang dari sekolah barangkalinya.

"Gem, anak mama. Macam mana dengan sekolah? Okay?" soal wanita itu dengan lemah tetapi senyuman tetap dikekalkan.

"Okay, ma! Hari ni best sangat sebab cikgu bawa Gem ngan kawan-kawan Gem pergi tengok haiwan," kata Gempa dengan nada penuh semangat dan perasaan gembira terpapar diwajah kanak-kanak itu.

"Baguslah kalau macam tu. Hali dan Taufan mana? Dia tak ikut ke?" soal wanita itu apabila dia baru terperasan dua lagi anaknya tiada bersama dengan Gempa.

Gempa menggelengkan kepalanya.

"Hali ngan Taufan kata dorang nak tolong Tok Aba jaga Ais kat kedai," balas Gempa.

"Rajinnya anak mama. Gem datang seorang je ke ni?" soal wanita itu lagi lalu dibalas gelenggan daripada Gempa.

"Habis tu? Gem datang dengan siapa?" sambung wanita itu lagi.

"Dengan papa," balas Gempa membuatkan wanita itu terkejut buat seketika.

"Sayang." Tiba-tiba suara garau menerpa pendengaran wanita itu membuatkan wanita itu terus memandang ke arah sosok lelaki yang berdiri di pintu wad itu.

"Awak buat apa kat sini?" soal wanita itu, wajah dan tatapannya berubah. Bukan lagi seperti tatapan gembira yang dia berikan kepada Gempa tetapi tatapan penuh kebencian dan kesedihan bercampur aduk.

"Aik? Tak boleh ke saya melawat awak? Sayakan suami awak," balas lelaki itu lalu merapatkan dirinya ke arah isterinya itu tetapi wanita itu masih memberi tatapan yang sama.

"Lebih baik awak balik jelah, nanti 'dia' marah pula. Saya tak nak jadi penyebab awak ngan dia bergaduh lagi," balas wanita itu lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.

"Dia takkan marah punya, saya tak beritahu dia yang saya melawat awak." Lelaki itu membalas selamba.

"Suka hati awaklah," kata wanita itu tanpa memandang lelaki itu manakala Gempa terpinga-pinga melihat kedua-dua ibubapanya bergaduh.

Gempa memberanikan dirinya untuk bersuara.

"Kenapa mama marah sangat kat papa?" soal Gempa dengan perasaan ingin tahu.

Wanita itu memandang ke arah Gempa dengan tatapan terkejut, wanita itu memandang lelaki itu dan anaknya bersilih ganti.

"Cakaplah. Anak tanya tu," kata lelaki itu, wanita itu berdecit apabila dia perasan lelaki itu tersenyum senget ke arahnya seakan-akan mencabar wanita itu untuk memberitahu perkara sebenar.

"Tiada apa-apa. Mama marah papa sebab dia selalu tak melawat mama," kata wanita itu, dia tidak mahu menipu anaknya itu tetapi anaknya tidak lagi bersedia untuk mendengar perkara sebenar antara dia dan suaminya.

"Kalau macam tu, papa selalulah melawat mama supaya mama cepat sihat. Boleh ya?" rayu Gempa kepada ayahnya itu.

"Boleh. Nanti papa selalu melawat mama," kata lelaki itu sambil tersenyum manis lalu mengusap lembut kepala Gempa.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Where stories live. Discover now