seventeen

2.2K 530 167
                                        


***********************

rasanya ada masa lagi ni sebelum aku nak jumpa jungkook, jadi cadangnya aku singgah ke kedai makan keluarga aku.

lagipun sekarang wajah aku masih 'park haneul'.

" apa, yang jadi ni? " ucap aku perlahan sebaik sahaja kedai makan itu huru hara.

langkah kaki aku mengatur masuk ke dalam, sekelilingnya aku lihat penuh contengan dan koyakan poster menu milik kami.

" nak, kedai tutup. maaf. " kata eomma yang sedang menangis.

aku tengok appa tengah bersihkan contengan yang bertulis 'pengotor', 'busuk', 'pembunuh' di setiap dinding.

" apa.. yang terjadi ni? ahjumma.. ahjussi? "

mereka memandang aku dengan riak paling pilu. tak sampai hati dibuatnya, aku rasa nak ikut menangis.

" a-ada orang buat report makanan kami ada racun. pemilik tapak halau kami, semua penduduk marah.. isk.."

apakah?

kalau makanan eomma dengan appa ada racun dah lama—.. okay aku mati. TAPI aku mati bukan sebab keracunan makanan!

" eomm—ahjumma, macam mana boleh jadi macam ni? ada orang dengki ke? dah panggil polis? pejabat kualiti makanan? " aku membujuknya.

wanita itu menggeleng, " mereka dah selidik. memang betul nak, dah 10 tahun kami meniaga. tak pernah jadi macam ni. "

tak, walaupun aku hilang ingatan.

aku percaya,

mereka bukan jenis yang cuai dalam melibatkan nyawa orang. apatah lagi untuk mendapatkan hasil titik peluh mereka yang bernilai.

ni mesti ada yang tak kena.

" sudahlah, kamu balik ya. banyak hal yang kami perlu urus. " appa kim mencelah seraya melembapkan kain handuknya.

aku bangkit dengan senyuman.

" saya, nak tolong bersihkan kedai ni. "

**************************

disebabkan aku tolong kedai tadi, SEKARANG AKU DAH LAMBAT OMY SEMBET. sebbaik aku sempat tolong before matahari terbenam. yAish.

tapi aku tak rasa jungkook masih tunggu aku?

aku lajukan langkah menuju ke taman berdekatan perumahan parkhan. fuh, jap jap debo lah pulak.

" lepas amik sapu tangan. blah. "

okay kimhan u kenduit!

" eo, haneul? "

jungkook yang sedang setia duduk di sebuah bangku menyedari kehadiran aku. tak sangka, dia betul betul tunggu. fuh gila.

" nae, "

jungkook menghulur sebelah cawan berisi air yang sudah dingin kepada aku. manakala sebelah tangannya lagi memegang kepunyaannya.

" mian, aku lambat lagi. "

kami berdua melabuhkan punggung pada bangku.

dia tersenyum, " gwaenchana, aku percaya kau akan datang. "

aku menghela keluhan.

fikiran aku masih terganggu dengan kejadian yang menimpa eomma dengan appa kim. aku tak sanggup tengok dorang macam tu.

aku, memang anak tak guna.

" yah, kau okay? kau nampak letih. "

" tak, aku.. tak okay. aku tak tahu.. apa sebenarnya tujuan hidup aku. aku tak faham kenapa aku masih dekat sini. aku tak suka dengan kehidupan aku sekarang, aku benci."

Ghost + jjk Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang