kalau chapter ni mengelirukan dan korang tak ingat, korang boleh baca balik chapter ii sebelum ni hokeh. sebab semua yang chan taip semua ada dekat previous chapter. <<3*************************
" aku suka kau. "
jungkook terdiam sejenak, dia langsung tidak bergerak walaupun selangkah. anak matanya kaku melihat aku. kami saling bertatapan.
" kau.. "
" JUNGKOOK! "
kami berdua tersentak dengan jeritan daripada si pemanggil, iaitu yugyeom. dari jauh dapat lihat termengah mengah dia berlari mendapatkan kami berdua. kemudian dia merukuk seketika mengambil nafas, matanya terbuntang luas seketika terlihat lutut aku.
" yah parkhan, gwaenchana?! "
" e-eo, terjatuh bas tadi. "
" wae? cepat, aku nak bawak dia pergi bilik rawatan. " gesa jungkook.
yugyeom mengambil nafas, " kau kena pergi kelas sekarang. Baek saem panggil kau sebab song hye tengah meracau sebut nama kau! menakutkan gila weh muka dia! "
" tapi—"
" takpe aku tolong bawak parkhan pergi rawat luka dia. kau kena pergi sekarang, palli! "
jungkook ragu ragu nak lepaskan aku dekat yugyeom tapi aku cepat cepat alihkan pandangan. sebab, aku rasa aku bodoh.
YE LA BODOE APEHAL KAU PERGI KATA KAU SUKA DIA. HEY.
aku tak tahu kenapa hahahahhaha
aku lega lepas bagitahu yang aku suka dia. tapi, guna badan parkhan. sebab, aku tahu aku takkan dapat cakap macam tu kalau aku berwajah kimhan.
mesti, jungkook.. tengah biul.
yugyeom merangkul tangan aku pada leher dia. perlahan lahan dia membawa aku menuju ke bilik kesihatan yang tidak jauh dari situ.
" em kenapa dengan song hye? apa dah jadi? "
" entahlah, tiba tiba meracau macam disampuk dek hantu siamang. " kata yugyeom seraya mencebik bibirnya tanda tidak tahu.
setibanya kami berdua ke dalam bilik kesihatan, lantas lelaki itu mendudukkan aku di bahu katil. sementara dia tergopoh gapah mencari kotak first aid.
dengan bergaya dia melutut seraya mengeluarkan satu per satu ubat untuk membersihkan luka pada lutut aku.
tiba tiba lelaki itu mendongak, " yah. "
" eo? "
" kenapa kau rapat dengan jungkook? "
mata aku terkebil kebil, " kenapa? tak salahkan kalau berkawan dengan dia? "
" gurae. memang tak pernah salah. tapi, ianya boleh jadi salah kalau kau terlalu rapat. sebab ada yang cemburu. "
aku tahan gelak.
" song hye? "
" aku. "
pFT.
YOU ARE READING
Ghost + jjk
Fanfiction2021 [completed] + seketul hantu yang tersangkut di dunia nyata