**************************" em jungkook, awak okay tak ni? dari tadi diam je. " park haneul bertanya bimbang.
" e..eoh. gwaenchana. "
sepanjang perjalanan balik dia mengelamun sensorang. sebenarnya jungkook tak dapat terima apa yang berlaku.
dia masih tak faham kenapa kim haneul perlu wujud kembali dan bukan ditakdirkan bersama dia. tapi, kimhan nampak bahagia dengan lelaki yang ada di sisi dia sekarang.
kejadian tadi terngiang ngiang dalam kepala jungkook.
cha eunwoo. teman lelaki kim haneul.
" jungkook-ah, kalau awak suka dia. at least awak boleh cuba dapatkan dia. " ujar gadis itu, memberi cadangan.
" ani, gwaenchana. aku tahu.. dia tak akan suka aku lagi. " jungkook menyeluk tangannya ke dalam poket seluar, senyuman kelat diukir.
" yah, lagipun tak baik kacau hubungan orang. aku suka tengok dia bahagia, macam tu. " hujung ayatnya diperlahankan.
park haneul berdecit, " suka tengok dia bahagia dengan orang lain? yah, habis awak tak bahagia tak apa? huh? "
" gwaenchana, aku tak penting. "
" awak penting. "
sebaik sahaja itu yang terluah dari bibir park haneul. mereka berdua mendiamkan diri sejenak. entah kenapa suasana jadi agak janggal.
mungkin, kedengaran terlalu ikhlas. memang terpendam dari lubuk hati.
" m..maksud saya, perasaan awak pun penting. tak semestinya orang lain. " gadis itu cuba membetulkan semula ayatnya.
jungkook menggaru belakang tengkuknya, "eem aku pergi dulu. dah nak masuk waktu kerja. balik hati hati eo? "
sempat lelaki itu menyentuh lembut kepala parkhan dua kali sebelum menapak meninggalkannya sendirian.
parkhan melihat jungkook menjauh dari belakang sehingga bayangnya hilang. rambutnya yang disentuh tadi membuatkan gadis itu mengukir senyuman.
perlahan keluhan ringan dihela.
" awak pun, layak bahagia. "
************************
aku memeluk lengan eunwoo seraya mata masih melihat tangannya yang sibuk menekan sesuatu pada skrin telefon.
" eunwoo-ah, pergi minum jom? saya dah lama tak keluar dengan awak. "
" eoh mianhae, saya ada kerja sikit lagi. "
bibir dicebik sedepa, aku cuma mampu tersenyum kelat sekelat kopi. ye lah. kerja lebih penting dari gelpren. gwaenchana, gwaenchana.
kaki aku pun mati apabila lelaki itu tiba tiba menghentikan langkahnya.
bahu aku diraih menghadap eunwoo, dia menyentuh menggunakan kedua belah tangannya. angin yang meniup rambut dia buat jantung aku nak gugur.
" e..eoh? "
" janganlah merajuk. okay macam ni, saya siapkan kerja saya cepat cepat. lepas tu saya datang jumpa awak. okay? " dia memujuk dengan nada lembut.
" gwaenchana, awak siapkan lah dulu kerja awak. saya okay je. nanti bila bila awak free, kita keluar. "
eunwoo mengukir senyuman manisnya, dia melekapkan tapak tangan pada wajahku. kemudian pipi aku dicubit.
" kali ni saya akan siapkan cepat. awak pergi dulu. jangan degil, eoh? "