***********************" ARGHHHH! "
" bagaikan langit, di sore hari. berwarna biru, sebiru otak ku~ eh sebiru hatiku~. "
" ARGHHHH! " aku hanya terus terus menjerit sehingga gelanggang ini tidak ada seorang manusia pun. mereka semua sudah beredar.
si 'dia' bercekak pinggang. " kenapa kau menjerit? "
aku ketakutan. ARGHHHH!
" sebab kau hantu! "
hantu berkulit putih yang tertancap kaca di kepalanya itu sungguh menyeramkan! dia menghampiri aku sementara aku menapak menjauhi dia.
" aipp, kau pun hantu. lagipun apa kau buat dengan dorang tadi? kau ganggu mereka ya! " dia menggerak gerakkan jari telunjuk ke arah aku.
aku menggeleng laju. " t-tak. aku tak kacau dorang cuma balas dendam sikit dekat orang yang bunuh aku. "
si hantu itu terkejut beruk.
dia ajak aku duduk bersila di hadapannya, aku pun turutkan sahaja. lama lama dah dapat biasakan diri dengan rupa dia yang agak menggerunkan itu.
" betul ke dia pembunuh? budak sekolah? " soalnya ragu ragu.
" hm kata si pencabut nyawa, lelaki tu berada di dalam minda aku sebelum aku mati. tak silap lagilah kan? cuma, aku pun tak tahu apa aku buat dekat sini sedangkan aku langsung tak ada secebis memori di dunia. macam mana dengan kau? "
si hantu itu memuncung bibirnya lalu mendongak ke atas.
" gwenchana. ada sebab kenapa kau tak diterima langit. cuma, kau kena pastikan betul ke lelaki tu pembunuh. kalau kes aku, rupanya aku dapat tahu orang yang mengkhianat aku adalah kawan baik aku sendiri. "
mata aku membulat besar. " b-bwo?! jinjja? habistu kau buat apa?! "
" tak buat pape. aku dah maafkan dia. keadaan dia tengah mabuk masatu, mungkin.. dia betul betul cintakan tunang aku. hahaha, aku ikhlas pergi untuk mereka. " terukir senyuman pahit di bibirnya.
sayu.
huh.. boleh jadi kematian yang tak diterima ni cuma untuk lihat kebenaran di sebalik pemergian?
" jadi, macam mana? " aku bertanya.
" aku akan balik semula ke langit. aku sudah selesai. kau pula, carilah kebenaran di sebalik apa yang kau lalui. aku rasa kau terlalu muda untuk tinggalkan tempat ni. mungkin itu boleh jadi sebabnya. " katanya lagi.
HUA NAK MENANGIS WEH. apa aku boleh buat dekat dunia nyata ni? aku langsung tak ada kenangan indah mahupun pahit. aku langsung tak ada pendorong selain readers! cewah.
" hiks, apa aku boleh buat? aku seketul hantu yang lemah. " ucap aku kesenduan.
si hantu itu semakin memudar, dia tersenyum ke arah aku. apalagi aku gelabah lah weh, tapi dia buat gaya santai je.
" betul ke lemah? yah, cubalah rasuk manusia. kau boleh rungkai masalah kau sendiri. cuma ingat, kau akan terkeluar daripada tubuh manusia apabila badannya basah. "
hm, bahaya ni. kalau aku tengah rasuk tu tetiba hujan atau sebagainya, dan situasi sangat genting? macam mana aku nak uruskan hal hal begitu?
keluhan dilepaskan. buntu.
" e-eoh, k-kau semakin menghilang! " gelabah aku menegur apabila si hantu tersebut mula menghilang dari pandangan.
dia cuma meninggalkan senyuman manis berselitkan pesanan, " ingat, walaupun kau sekuat itu. jangan sesekali bertingkah jahat kepada manusia. jaga diri. "
YOU ARE READING
Ghost + jjk
Fanfiction2021 [completed] + seketul hantu yang tersangkut di dunia nyata