Zackery berbaring di atas tilam empuknya. Badannya terasa menghangat. Bayangan Zemia berbaring di sebelahnya di atas katil king size itu cukup membakar ghairahnya.
Andai dulu, Zemia tidak memperlekehkannnya, pasti saat ini perasaannnya tidak seperti ini. Dulu, betapa dia mencintai gadis itu. Terlalu banyak impian yang dianyamnya untuk bersama Zemia. Bayangan hidup bersama Zemia dan anak-anak mereka sudah tertulis di dalam diarinya. Tetapi itu dulu. Sebelum perasaannnya hancur berkecai kerana kata-kata Zemia.
Petang itu, lima tahun yang lalu, Zackery baru balik menghadiri kuliahnya. Sengaja dia menghampiri sekumpulan anak gadis yang sedang berbual sambil bergurau senda. Ada Zemia di situ sedang membelakanginya. Zackery hanya ingin menyapa Zemia, sekaligus ingin mengajak gadis itu berjalan-jalan di pasar hujung minggu nanti.
" Siapa kata aku mahu jadi kekasihnya? Badan kurus kering, macam cicak kubin," suara Zemia kedengaran lantang.
"Lelaki cicak kubin, senjatanya pun tentu lembik" sambung Zemia lagi. Kata - kata itu sebenarnya cuma kata-kata nakal si gadis, tanpa tahu ada hati yang terguris mendengarnya.Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Zemia.
"Jadi bagaimana lelaki idamanmu?" tanya kawan-kawan Zemia masih mengusik.
"Aku mahu lelaki yang tampan, penyayang dan sudah tentu yang sasa. Aku pernah terbaca, lelaki sasa sangat hebat di tempat tidur, " Zemia terus berceloteh. Namun kali ini kata-kata Zemia tidak disambut oleh tawa teman-temannnya.
Merasa ada sesuatu yang ganjil, Zemia berpaling. Zackery sudah tercegat di situ, dengan seribu riak kecewa di wajahnya.
"Zack.., " Zemia memanggilnya. Zackery diam membisu.
"Zack.. Kenapa?" Zemia cuba menyentuh bahu Zackery. Namun lelaki itu mengundur. Tatapan matanya masih pada Zemia.
Teringat peristiwa itu, Zackery menarik nafas.
"Lihatlah aku sekarang, Zemia. Sesuai kehendakmu dulu, aku kini menjadi lelaki berbadan sasa. Aku akan memuaskanmu di tempat tidur. Si cicak kubin ternyata sudah menjadi raksaksa tampan, " kata-kata itu diiringi senyum angkuhnya.Tanpa dapat dikawal, tubuhnya menegang. Badannya berkeringat.
" Sial kau, Zemia, " dia menyumpah.Di negeri S, Ariell seakan tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Fikirannya dipenuhi Zemia, sepupu jauhnya, sekaligus gadis yang sangat dicintainya. Zemia, sepupu jauh yang baru dikenalinya dua tahun yang lalu. Itupun setelah kematian kedua orang tua Zemia dalam satu kemalangan ngeri. Ibu Zemia cuma punya seorang saudara iaitu ibu Ariell. Ayah Zemia anak yatim. Hanya keluarga Ariell yang membantu mengurus pengebumian orang tua Zemia.
Perasaan Ariell pada Zemia bukan perasaan seorang abang terhadap adiknya. Ariell mencintai Zemia. Namun perasaan itu tidak pernah terluah. Ariell tahu, Zemia mencintai lelaki bernama Zackery.
Orang mungkin tidak tahu apa yang tersembunyi di sebalik nama Z & Z Florist. Tapi Ariell cukup tahu. Z untuk Zachery dan Z untuk Zemia. Florist itu sebagai lambang cinta Zemia untuk Zachery. Nama Zackery juga cukup jelas terukir pada loket yang tergantung indah pada leher Zemia.
YOU ARE READING
Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️
RomanceIni adalah cerita tentang dua hati. "Aku sebenarnya sangat mencintaimu. Makna hidupku hilang bila kamu pergi. Jauh di sudut hati, aku tidak mahu menyakiti kamu. Kamu adalah mimpi indahku" Zachery Ready "Apa maksud cinta bagimu? Cintakah namanya jika...