Bab 12

1.2K 46 1
                                    

Zachery Ready's POV

Aku baru mendapat tahu tentang persahabatan Zemia Natasha dan Sofie. Petang tadi Sofie sempat menunjukkan gambar mereka bertiga yang diambilnya semasa mereka bertemu di Del Sol Cafe. Ternyata benar kata orang, dunia ini tidaklah sebesar mana. Sofie akan mempermudahkan urusanku.

Aku punya idea untuk membuat Zemia pergi secepatnya. Aku sengaja meminta Sofie mengirimkan foto selfie kami berdua kepada Anne dan Zemia. Kami berswafoto di atas katil dengan bahagian atas tubuh kami yang telanjang. Aku sengaja mengajak Sofie beraksi romantis. Tujuanku hanya satu. Aku ingin menyakiti hati Zemia.

Aku tahu, saat Zemia melihat foto kami sedang berpelukan, dia pasti pengsan. Atau paling tidak dia akan menangis histeria. Ah, sayang sekali aku tidak dapat melihat aksinya.

Aku duduk di birai katil. Sofie sudah terlelap. Mana tidaknya, semalaman kami bercumbu. Sofie seperti singa kelaparan yang sedia untuk meratah tubuhku. Aku sempat membuat kesimpulan. Sofie pasti sudah tidak virgin lagi. Kebebasan hidup di negara barat pasti telah menghanyutkannya. Entah berapa ramai sudah lelaki yang menidurinya. Aku tidak akan meniduri perempuan yang tidak segan-segan meratah leherku seperti vampire. Sofie, singa lapar dan rakus atau tepatnya si vampire itu hanya gadis pilihan orang tuaku. Jika harus, aku akan menikahinya kerana pernikahanku dengan Sofie pasti akan membuat Zemia terluka lebih dalam lagi.

Sejujurnya aku lelaki yang memilih the virgin lady. Zemia Natasha... Aku masih ingat kali pertama aku menyentuh tubuhnya. Begitu polos dan virgin. Zemia tidak pernah merayuku untuk menyentuhnya. Dia hanya menyerah tika aku meminta. Berbeza sekali dengan Sofie. Perempuan itu tidak segan-segan melucutkan pakaianku dan merayuku untuk menyentuhnya.

Ah, Zemia Natasha! Entah mengapa fikiranku tidak dapat berhenti daripada memikirkannya. Seharian ini aku tidak mendengar suaranya. Seharusnya tadi aku pulang menemuinya, tetapi rasa dendamku kepadanya mengatasi rasa rindu dan cintaku padanya. Aku kembali teringat foto yang dikirimkan Sofie kepadanya.

Entah mengapa, hatiku terdetik untuk melihat keadaan Zemia. Aku mengambil kunci keretaku dan bergegas menuju apartmentku.

Tika pintu bilik aku buka, mataku terpaku pada sesusuk tubuh yang terbaring di tepi katil. Aku menghampirinya. Kusentuh dahinya, terasa sedikit panas. Mungkin dia demam.

"Zemia! Zemia!" aku menepuk-nepuk pipinya. Dia tidak bergerak sedikitpun. Aku berlari ke bilik mandi dan mengambil beberapa titis air dengan tapak tanganku. Kurenjiskan ke wajah Zemia. Setelah dua tiga titis air mengena wajahnya, perlahan dia membuka matanya.

"Zemia.." aku memanggil namanya. Matanya kelihatan sayu memandangku.

Aku mengangkat tubuh Zemia dan membaringkannya di atas katil. Dia menatapku seketika sebelum memalingkan wajahnya.

Aku cuba menyentuhnya, tetapi dia menolak tanganku. Ada rasa sakit dihatiku bila dia menolak sentuhanku. Aku jadi teringat penghinaannya beberapa tahun yang lalu.

"Apa salah aku?" dia bertanya tanpa memandangku.

"Kamu tidak tahu apa salahmu, Zemia?" aku membalasnya. Jemarinya kelihatan memilin-milin hujung gaun tidur yang dipakainya. Dia menggelengkan kepalanya.

"Aku hanya tahu aku mencintaimu, Zack. Tidak sedikitpun aku ingat aku pernah melukaimu," katanya. Suaranya bergetar. Aku tertawa sinis.

"Cinta? Kalau penghinaan kamu anggap cinta, aku putuskan aku tidak mahu cintamu!" kataku.

"Penghinaan? Apa maksudmu, Zack? Adakah aku menghinamu bila aku menghabiskan hampir separuh usiaku menunggumu? Adakah penghinaan bila aku sanggup menyerahkan harga diriku untukmu? Penghinaankah bila aku sanggup membiarkan benihmu hidup di dalam rahimku? " Zemia masih tidak mahu menatapku.

Katanya-katanya membuat ku semakin senang. Benarlah tekaanku selama beberapa hari ini . Aku berhasil membuatnya hamil. Ini waktu yang tepat untuk aku menyuruhnya nyah dari hidupku.

"Ingat kembali kisah lima tahun dulu, Zemia. Suatu petang ketika kamu dan teman-temanmu berkumpul. Petang di mana kamu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan aku," kataku.

Derai tawa mereka saat itu bagaikan terngiang kembali di telingaku. Aku meramas kasar rambutku. Tangan kananku yang sudah aku kepal sedaya upaya aku tahan di sisi tubuhku. Ya, Tuhan..aku tidak mahu menyakiti tubuh Zemia dengan tanganku.

" Aku sedikitpun tidak faham apa yang kau cakapkan, Zack" jawabnya perlahan.

Dia mungkin lupa kata-kata yang pernah diucapkannya. Tetapi aku tidak akan lupa. Aku akan membuatnya malu sebagaimana yang pernah dilakukannya padaku dulu. Bertahun aku merancangnya dan pada detik ini, saat yang ku tunggu akhirnya tiba.

"Pergi, Zemia" kataku.

"Pergi? Kamu mengusir aku?" tanyanya.

"Ya, Zemia. Pergi dari sini. Pergi dari hidupku" kataku.

Zemia menangis tersedu. Matanya merah dan basah. Dia cuba meraih tanganku.

"Aku mengandung, Zack"aku mendengar suaranya yang serak.

"Jangan sentuh aku, Zemia. Pergi!" aku berteriak padanya. Entah apa perasaanku yang sebenarnya saat ini. Aku mengaku aku menyayanginya, aku mencintainya. Tetapi aku juga ingin menghukumnya.

"Aku hamil, Zack. Ada anak kita di dalam rahimku" katanya.

"Aku tidak perlukan bayi itu" kataku.

"Bawa sahaja ke mana kamu mahu membawanya. Kalau kamu tidak menginginkannya, gugurkan saja" aku mencapai kunci keretaku.

"Jangan lupa bawa semua barang-barangmu kerana Sofie akan mengambil alih posisimu sini. Oh, correction. Bukan mengambil alih posisimu. Kamu perempuan simpananku. Posisi Sofie lebih baik kerana dia akan menjadi isteriku" kataku sebelum memutar tombol pintu.

Aku akan keluar dari apartment ini sehingga Zemia pergi. Tika aku meninggalkan apartment, Zemia hanya memandangku sambil menangis. Dia tidak merayuku agar tidak pergi meninggalkannya. Tidak ada kata-kata makian yang keluar daru mulutnya.

********
Aku memakirkan keretaku tidak jauh dari perkarangan apartment agar aku boleh melihat Zemia meninggalkan apartmentku. Dari jauh aku melihatnya membawa bagasinya. Hanya ada satu bagasi yang dibawanya. Di sampingnya aku melihat sahabatnya Anne bersama seorang lelaki, mungkin suami Anne.

Lelaki itu memasukkan bagasi Zemia ke dalam keretanya. Zemia berjalan lesu dipapah Anne masuk ke dalam kereta. Mereka telah pergi. Aku melihat Zemia pergi membawa bayiku.

Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️Where stories live. Discover now