Zemia lebih banyak melamun ketika mereka bertiga bertemu di Del Sol Cafe. Sofie beria-ia mengajak Zemia dan Anne bertemu di sini walaupun sudah beribu alasan yang diberikan oleh Anne dan Zemia.
"Please, Mia. Tolong aku, ya. Aku perlukan sahabat aku untuk bantu aku fitting gaun pengantin" Sofie memeluk Zemia sebagai tanda memujuknya.
"Aku tak dapat, Sof. Anne saja dengan kau, ya" tolak Zemia lembut. Anne memandang kasihan pada Zemia.
"Please, Mia. Aku kahwin sekali saja" Sofie masih tidak mahu putus asa memujuk sahabatnya.
"Ok, Sof. Tapi kahwin kau nanti aku tak datang, ya" akhirnya Zemia mengalah.
"Tak, kau mesti datang, Mia. Aku mahu kau jadi pengapit aku"
"Aku tak dapat datang, Sof" Zemia cuba menahan sebak di dadanya.
"Kau tak tahu, Sofie. Lelaki yang akan kau kahwini itu adalah lelaki yang aku cintai. Bakal suamimu itu adalah ayah kepada bayi yang sedang aku kandung" hati Zemia berkata.
"Zemia, kau datang, ya. Sebagai pengapit aku"
Akhirnya Zemia mengangguk. Dia hanya mengiyakan agar Sofie tidak terus memujuk dan mendesaknya.
"Thanks, Mia" Sofie tersenyum lebar.
Anne memerhatikan Zemia dengan sejuta rasa kasihan.
****
Di pagi yang cerah, diiringi sinar mentari, Zemia melangkah meninggalkan Z & Z Florist menuju ke tempat di mana Sofie akan mencuba gaun pengantinnya."Daddymu akan menikah, sayang. Kita akan pergi menemani bakal isteri daddymu mencuba gaun pengantinnya" kata Zemia mengusap perutnya.
Beberapa titis air mata Zemia jatuh menimpa pipinya.
"Jangan jatuh air mata. Kekallah di pelupuk mataku" Zemia memujuk dirinya supaya tidak menangis.
Zemia tidak melihat Sofie ketika dia melangkah masuk je dalam Princess Wedding Studio. Mungkin Sofie sudah masuk ke dalam fitting room, getus Zemia .
Di sudut menunggu, mata Zemia bertemu pandang dengan Zachery. Zachery memandangnya dengan sinis. Mata liar Zachery singgah pada perut Zemia yang sudah sedikit kelihatan.
"Apa rasanya tersingkir, Zemia?" tanya Zachery. Zemia tidak bersuara.
"Kasihan sekali, bukan. Mengandung dan tidak punya suami" " Zachery terus menyindirnya. Zemia tetap tidak menjawab apa-apa.
Melihat Zemia tidak meresponsnya, Zachery menghampiri Zemia. Diangkatnya dagu Zemia. Zachery mendekatkan bibirnya ke wajah Zemia dan memagut bibir Zemia dengan rakus. Tetap Zemia tidak bereaksi apa-apa.
Zachery melepaskan ciumannya dan memandang wajah dan mata Zemia. Pandangan Zemia kosong. Tidak ada ekspresi apa-apa pada wajah itu. Zemia hanya kelihatan seperti patung hidup. Bernyawa tetapi tidak mempunyai rasa.
"Zack?" Sofie memanggil sambil berjalan menghampiri mereka berdua.
"You kenal Zemia?" tanyanya hairan.
"Dia teman wanita, Mikael, sayang" jawab Zachery tanpa berfikir panjang.
"Oh ya?" soal Sofie.
"Benar, Mia?" tanyanya lagi.
Agak lama Zemia berfikir sebelum menjawab.
"Benar sekali, Sof. Aku sekarang sedang mengandung dua bulan. Tak lama lagi aku dan Mikael akan punya anak" terang Zemia.
"Sebab tu aku tak dapat jadi pengapitmu, Sofie"
"Oh, Zemia! Kau datang pun aku dah happy" katanya.
Tetapi ada sesuatu yang menghantui fikiran Sofie. Seandainya benar Zemia kekasih Mikael, mengapa tunangnya mencium Zemia?
Sedang Zemia melayani fikirannya, Mikael tiba untuk mencuba baju sebagai pengapit Zachery.
"Congratulation, Mika" Sofie spontan menghulurkan tangannya.
"Congratulation?" tanya Mikael kehairanan.
Melihat Mikael yang terpinga-pinga, Zemia pantas bangun dan melingkarkan tangannya di pinggang lelaki itu.
"Aku memberitahu Sofie pasal baby kita honey," kata Zemia.
Mikael segera faham maksud Zemia. Zemia mengharapkannya berlakon sebagai kekasihnya. Sudah tentu Mikael tidak menolak. Jika Zemia memintanya benar-benar menjadi kekasihnya pun dia rela.
"Oh, bagaimana baby kita, honey?" tanya Mikael.
"Bayi kita sihat saja, honey. Cuma dia rindukan daddynya" jawab Zemia sambil matanya melirik Zachery.
"Bila kau dan Mikael akan menikah?"
"Secepatnya. Kami harus menikah sebelum bayi kami lahir," jawab Mikael terus beraksi.
"Honey, kalau sudah selesai, kita pulang, ya." Zemia sengaja menyandarkan kepalanya ke dada Mikael.
"Ok, honey. Bro, kami minta diri, ya," kata Mikael seraya mengenyitkan mata kepada sahabatnya itu.
Zemia dan Mikael bergandingan meninggalkan The Princess Wedding Studio. Zachery memerhatikan mereka dengan perasaan sakit hati.
*****
"Sofie tahu tentang kamu dan Zachery?" tanya Mikael tika mereka berada di Del Sol Cafe.Zemia menggelengkan kepalanya.
"Sofie tidak perlu tahu. Hubunganku dan Zachery sudah berlalu."
"What?"
"Zachery memintaku keluar dari apartment dan hidupnya. Dia sudah memilih Sofie," kata Zemia sayu.
"Tentang baby... benar kau mengandung, Zemia?" tanya Mikael lagi. Zemia memandangnya lama sebelum membuang pandangannya ke luar.
"Ya, Mika. Aku benar-benar mengandung."
Mikael memandang tangan Zemia di atas meja. Perlahan, dengan ragu-ragu dia meletakkan tangannya di atas tangan Zemia. Digenggamnya erat tangan itu.
"Ada aku, Zemia. Aku lebih dari sekadar sudi untuk jadi temanmu."
*****
Di luar Del Sol Cafe, sepasang mata Zachery sedang memerhatikan Mikael dan Zemia.Sejurus setelah Zemia dan Mikael meninggalkan The Princess Wedding Studio, Zachery juga minta izin Sofie untuk pergi dari situ. Alasannya ada urusan di pejabatnya yang harus segera ditanganinya.
Semasa di The Princess Wedding Studio tadi hatinya sudah cukup terbakar melihat tangan Mikael menyentuh kulit mulus Zemia.
Dia mengambil keputusan untuk mengekori Zemia dan Mikael. Biarpun dia telah mengusir Zemia, hatinya tetap tidak mengizinkan lelaki lain memiliki Zemia.
YOU ARE READING
Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️
RomanceIni adalah cerita tentang dua hati. "Aku sebenarnya sangat mencintaimu. Makna hidupku hilang bila kamu pergi. Jauh di sudut hati, aku tidak mahu menyakiti kamu. Kamu adalah mimpi indahku" Zachery Ready "Apa maksud cinta bagimu? Cintakah namanya jika...