Bab 11

1.2K 43 0
                                    

Zemia Natasha's POV

Aku memandu menuju Del Sol Cafe yang terletak tidak jauh dari Z & Z Florist untuk bertemu Anne. Entah mengapa Anne tiba-tiba mengajakku bertemu. Malah Anne memberitahuku Z & Z Florist sudah ditutupnya sejak sejam yang lalu.

Sebenarnya sebaik meninggalkan klinik tengah hari tadi aku merancang untuk menemui Zachery. Aku harus memberitahunya tentang kehamilanku. Aku tidak mahu memikirkan apakah keputusan Zachery tetapi yang penting dia harus tahu yang kini aku sedang mengandungkan anaknya. Tetapi tidak mengapa, aku akan memberitahunya malam nanti.

Aku melangkah masuk ke dalam Del Sol Cafe. Mataku meliar mencari Anne. Di satu meja yang terletak di sudut kafe aku melihat Anne melambai-lambaikan tangan ke arahku. Aku menghampiri meja Anne. Aku agak terkejut kerana nyatanya Anne tidak bersendirian. Ada seorang wanita bersamanya.

"Maaf aku terlambat. Jalan agak sesak," kataku sambil menarik kerusi di sebelah Anne. Aku menoleh wanita di sebelahnya.

"Sofie!!" aku menjerit kecil sambil memeluknya.

"Sofie, bila kau sampai? Mengapa tidak membetitahuku," aku sedikit kesal tetapi Sofie tetap tersenyum.

"Kejutan untuk kedua sahabatku" katanya tertawa kecil.

"Kau pulang berapa lama," tanya Anne sambil menghirup watermelon juice yang kebetulan baru dihidangkan pelayan kafe.

"Selamanya" balas Sofie.

"Pengajianku di Australia sudah tamat. Sudah saatnya aku memulakan keluarga" katanya lagi.

Aku nampak dia mengeluarkan dua keping kad dari beg tangannya. Sofie menyerahkan satu kad kepada aku dan satu kad lagi kepada Anne. Hampir serentak aku dan Anne membuka kad yang ada di tangan kami.

"Kad undangan perkahwinan! Serious kau nak kahwin, Sofie?" Anne masih melihat kad undangan di tangannya.

Sofie mengangguk. Dia kelihatan bahagia sekali.

"Tahniah, Sofie" kata Anne menghulurkan tangannya dan disambut oleh Sofie.

"Mia.. Why? Kau tak gembira aku akan berkahwin?" tanyanya.

Aku diam seketika. Aku berfikir apa yang harus aku katakan. Memang aku bahagia dia akan berkahwin. Bagaimana harus aku tidak bahagia. Dia satu-satunya sahabatku selain Anne. Anne sudah berkahwin. Malah kini sedang mengandung anak pertamanya. Sebentar lagi, Sofie juga akan menikah. Sudah pasti aku bahagia.

Tetapi ada sesuatu yang membuat hatiku tidak bahagia. Nama Zachery Ready tertera pada kad undangan sebagai pengantin lelakinya. Mungkinkah dia Zachery Ready yang sama dengan Zachery Ready yang aku cintai. Atau mungkin ada Zachery Ready yang lain.

"Mia.. Kau tak happy ke aku nak kahwin?" soal Sofie dengan nada kecewa yang dibuat-buat.

"Sudah tentu aku happy, Sofie. Kau kan sahabat aku" aku menyentuh tangannya. Kulitnya terasa licin sekali. Maklumlah, hampir lima tahun dia menuntut di Australia. Andai benar dia gadis pilihan Zachery Readyku, aku kira pilihan Zack memang tidak silap. Sofie jauh lebih sempurna berbanding aku.

Hampir tiga jam kami bersembang di Del Sol Cafe. Sofie sibuk sekali bercerita tentang persiapan perkahwinannya. Aku dan Anne juga sibuk mendengar dan memberi saran. Di celah keriuhan Sofie bercerita tentang perkahwinannya, aku bercadang untuk mengkhabarkan kehamilanku. Tetapi aku sempat berfikir, adakah Sofie akan bahagia bila tahu aku hamil. Atau adakah dia akan mencemuhku. Akhirnya, aku hanya mempamerkan senyum yang aku paksa.

"Mia, aku minta maaf. Tapi aku mahu tahu, Zachery Ready bakal suami Sofie.. apakah dia Zack kekasihmu?" Anne bertanya tika kami hanya tinggal berdua. Sofie sudah minta diri kerana ingin bertemu tunangannya.

"Aku tak tahu, Anne" balasku singkat. Aku memang tidak pernah tahu Zack ada berhubungan dengan wanita lain.

"Bagaimana kalau benar Zack adalah tunang Sofie?" kata-kata Anne membuat aku takut. Aku memang tidak akan mampu bersaing dengan Sofie. Lagipun dia sahabatku. Aku tidak akan bersaing dengannya. Aku tidak akan melukainya.

******

Aku sampai di apartment Zachery hampir pukul sepuluh malam. Keadaan di dalam apartment masih gelap menandakan Zachery belum pulang. Ke mana dia pergi? Adakah benar dia sedang bertemu Sofie?

Seharian ini Zachery langsung tidak menghubungiku untuk bertanya keadaanku sedangkan dia tahu pagi tadi keadaanku kurang elok. Mengapa tiba-tiba hari ini dia melupakan aku? Dia tidak bertanya apakah aku sudah pergi ke klinik atau adakah aku sudah sihat. Kejam sekali dia langsung tidak memikirkanku.

Aku membaringkan diri di atas katil. Kata doktor, aku tidak harus stres. Aku harus banyak berehat agar bayiku terus sihat. Ya, bayiku dan Zachery. Mahukah dia mengakuinya?

Aku meraba-raba perutku. Ada janin di dalam sana. Janin yang mungkin tidak disukai ayahnya sendiri. Mungkinkah nanti anakku ini akan lahir tanpa mengenal ayahnya?

" Malam ini mummy akan memberitahu daddy tentang kamu sayang" bisikku.

Aku cuba melelapkan mata. Berharap Zachery akan pulang dan memelukku seperti malam-malam sudah. Namun hingga aku terjaga subuh itu, Zachery tetap tidak ada di sebelahku. Ternyata dia tidak pulang.

Aku mencapai telefon bimbitku. Aku memeriksa mungkin ada pesanan yang ditinggalkan oleh Zachery. Namun kosong. Aku cuba menghubunginya. Sayangnya hanya mesin suara yang menjawab.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Ada mesej masuk dalam aplikasi WhatsAppku. Daripada Sofie. Sofie menghantar gambar swafotonya bersama Zachery Ready yang sedang senyum memandang kamera. Mereka berdua berbaring berpelukan di atas tempat tidur.

"Malam pertama yang dikedepankan".

Begitulah caption yang ditulis pada gambar yang dihantar oleh Sofie. Aku terkedu melihat gambar yang dikirim Sofie. Mengapa Zachery membiarkan Sofie menghantar gambar itu kepadaku? Apakah dia sekejam itu ingin menyakitiku ? Aku menangis.

Beberapa minit kemudian, Anne menghubungiku. Rupa-rupanya Sofie juga menghantar gambar yang serupa pada Anne.

"Kau okay, Mia? " nada suara Anne cemas. Aku tidak dapat menahan isakanku. Kepalaku terasa berdenyut hebat.

"Aku tak sanggup, Anne...Tolong aku!!" aku terlalu lemah. Aku terduduk di tepi katil. Pandanganku perlahan menjadi gelap.

Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️Where stories live. Discover now