Zemia duduk termangu di ruang kerjanya. Fikirannya kusut. Kata - kata Anne mengganggunya.
"Kau yakin untuk tinggal dengan lelaki itu?" tanya Anne. Matanya memandang jauh ke dalam mata sahabatnya itu.
"Kalau kau di tempatku, apa keputusanmu?" tanyanya.
"Aku tidak akan tinggal dengannya. Ah.. Kau tahu prinsipku. Bagiku my virginity is just for a man called husband. "
" Tapi dia berjanji tidak akan menyentuhku"
" Pernah kau mendengar kucing menolak panggang?" Zemia diam, hampir mengiakan kata-kata sahabatnya itu.
"Kau sudah memberitahu Ariell?" tanya Anne. Zemia menggelengkan kepalanya.
"Dia sepupumu, Mia. Walaupun dia sepupu jauh. Tapi hanya dia saudara yang kau punya. "Anne memang tidak faham dengan fikiran Zemia.
"Ariell tidak akan mengizinkan. Kau tahu sikapnya bagaimana, " tutur Zemia dengan nada sedih.
"Jadi.. Jangan. Mudah kan!" Anne hampir meninggikan suaranya.
Kata-kata Anne itulah yang membuat fikirannya kacau. Padahal semalam fikirannya sudah bulat untuk berpindah ke apartment Zackery. Setakat ini, Zackery memang belum melafazkan cinta. Namun Zemia percaya kedekatan akan membuahkan rasa cinta. Lambat dan laun, Zackery akan mengakui perasaannnya padanya.
Lagu Waiting for you kedengaran seraya telefon bimbitnya bergetar.
"Hello, " terdengar suara di hujung sana.
"Hello, Zack. ""Bagaimana, sudah siap untuk berpindah ke apartmentku. "
"Emm... Aku.. Aku..."
"Masih sangsi? Tidak percaya padaku hmm?" suara itu sengaja terdengar menggodanya.
"Janjiku tidak cukup, Mia?"
"Ok, Zack. Aku masih di florist. Mungkin esok.. Aku akan memindahkan semua barangku ke apartmentmu, " Zackery dihujung sana terlonjak riang.
Satu perkara yang tidak diketahui Zemia, hanya dengan memikirkan Zemia akan tinggal bersamanya, ghairah Zackery sudah hampir tidak terbendung.
Selama beberapa tahun ini, Zackery sudah memutuskan untuk membiarkan Zemia menjadi wanita pertama yang merasakan senjata bertuahnya itu. Dan begitu juga, dia mahu jadi lelaki pertama yang merasakan kenikmatan tubuh Zemia. Mengapa? Zackery tidak mempunyai jawapannnya.
Apa yang dia tahu, selama ini dia menahan nafsu untuk menyentuh mana - mana wanita. Gelojak nafsu yang selalu bergelora itu, biar nanti Zemia menjadi gadis pertama yang meredakannya.
Biar Zemia tahu dia lelaki perkasa, yang akan membuat Zemia lembik di tempat tidur setelah perlawanan asmara mereka. Dia mahu Zemia sedar dia bukan si lembik, sebagaimana dia percaya Zemia menggelarnya dahulu.
Zemia masih menyusun bunga-bunga di kedainya. Tangannya kelihatan begitu mahir menyusun bunga-bunga tersebut sambil bernyanyi kecil. Hatinya kini penuh dengan cinta.
Tidak jauh darinya, berdiri seorang lelaki, yang sedari tadi memerhatikannya. Lelaki itu tersenyum senang. Tanpa disedari Zemia, dia menghampiri Zemia. Tangannya memeluk gadis itu dengan erat. Zemia kelihatan terkejut.
Namun, senyuman terus terukir di wajahnya tatkala matanya beradu dengan mata orang yang memeluknya.
YOU ARE READING
Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️
RomanceIni adalah cerita tentang dua hati. "Aku sebenarnya sangat mencintaimu. Makna hidupku hilang bila kamu pergi. Jauh di sudut hati, aku tidak mahu menyakiti kamu. Kamu adalah mimpi indahku" Zachery Ready "Apa maksud cinta bagimu? Cintakah namanya jika...