Zemia mengusap perutnya yang semakin besar dan tegang. Sesekali terasa bayinya menekan di ari-arinya.
Begini rasanya jika sudah hampir saat melahirkan, getus Zemia. Dia jadi teringat pada ibunya. Tentu dahulu ibunya pun merasakan sakit yang sama ketika melahirkannya. Cuma bezanya, ibunya dahulu ada ayahnya yang nenemani."Tuhan, lindungi aku sewaktu aku melahirkan bayiku. Aku berdoa semoga bayiku akan lahir ke dunia ini dalam keadaan sihat," doanya.
Zemia teringat pada Zachery. Andai saja Zachery ada bersamanya saat ini.
Jauh di sudut hati dia masih mengharapkan Zachery akan muncul di sampingnya, menemaninya melahirkan bayi mereka. Tetapi mana mungkin semua itu berlaku." Daddymu pasti sedang bahagia dengan isterinya, nak. Dia tidak menginginkan kamu lahir ke dunia ini," Zemia menyeka air matanya.
"Mengapa Mia menangis?" Mama Zetty mengusap belakang Zemia.
"Mia terkenangkan ayah anak Mia, ma. Dia tak menginginkan anaknya sendiri."
"Sabar, sayang. Suatu hari nanti dia pasti akan sedar dan menyesal," kata Mama Zetty.
Zemia masih menangis terisak-isak. Dia tidak dapat melupakan bagaimana Zachery mengusirnya dari apartmentnya tanpa memikirkan keadaannya yang tengah mengandung. Dia tambah menangis bila teringat kata-kata Zachery yang menuduhnya perempuan sundal.
"Dia memanggil Mia pelacur, ma," Zemia semakin terisak.
"Tunangnya juga menggelar Mia pelacur."
"Shhh.. jangan diingat lagi. Sekarang ni Mia harus memikirkan kesihatan Mia dan bayi di dalam rahim Mia," nasihat Mama Zetty.
" Hari ni mama free. Apa kata kita pergi shopping?" cadang Mama Zetty.
Mendengar perkataan shopping, Zemia terus teruja. Sudah lama dia tidak berjalan-jalan di shopping complex.
" Mia mahu? "
Zemia mengangguk gembira. Dia berdiri sambil mengurut-ngurut pinggangnya yang terasa lenguh.
" Mia sudah benar-benar sarat. Mungkin hari Mia melahirkan sudah semakin dekat,"
"Iya, ma. Memang tinggal menunggu hari," balas Zemia.
"Cucu nenek biar sihat, ya," Mama Zetty menyentuh perut Zemia yang memboyot. Kelihatan bayi Zemia bergerak apabila disentuh Mama Zetty.
"Bayi Mia bergerak bila mama sentuh," katanya tertawa kecil.
Entah mengapa Mama Zetty sering merasakan seperti ada ikatan antara dirinya dengan anak Zemia. Keghairahannya menyambut kelahiran anak Zemia sama seperti ghairah seorang nenek yang akan menyambut kelahiran cucunya sendiri, darah dagingnya .
Ada ketikanya Mama Zetty terfikir mungkin Zemia Natasha ialah orang yang sama yang dicari anaknya, Zachery. Tetapi kerap juga hatinya menafikan. Mama Zetty tidak percaya Zachery, anak lelakinya yang dididik dengan sebaik-baiknya akan sanggup menghancurkan hidup gadis polos seperti Zemia.
*****
Mama Zetty dan Zemia Natasha singgah minum setelah penat berbelanja. Zemia memilih beberapa lagi kelengkapan bayinya dan sudah pasti Mama Zetty yang membayarnya."Mama Zetty.. Zemia Natasha?" seorang lelaki menyapa mereka.
"Mikael?" kata Zemia dan Mama Zetty serentak.
"Apa khabar, ma?" Mikael menyalami Mama Zetty tetapi matanya masih memandang Zemia.
"Khabar baik, nak."
"Bagaimana Zemia boleh ada dengan mama?" tanya Mikael bingung.
"Zemia ni anak angkat mama."
"Owh.. Zemia apa khabar?" Mikael bertanya sambil matanya singgah pada perut Zemia yang sudah sangat besar.
"Baik," hanya itu jawapan Zemia.
"Bagaimana nak Mika kenal Zemia?" tanya Mama Zetty kian panasaran. Semakin kuat sangkaannya bahawa Zemia memang ada hubungan dengan Zachery.
"Emm... Mia ni kawan kepada kawan Mika, ma," jawab Mikael sedikit gugup.
Seharusnya dia mengatakan kepada Mama Zetty bahawa Zemialah orang dicari Zachery selama ini. Tetapi Mikael belum mahu membuka rahsia itu.
"Biar perlahan-lahan. Aku akan merancang pertemuan kalian. Biar kelihatan seperti kisah dalam sinetron," dia bermonolog sambil tersenyum geli.
"Tolong jangan beritahu Zack aku ada di sini, Mika," begitu permintaan Zemia sebelum mereka berpisah.
"Jangan risau, Mia," janji Mikael.
"Maaf, Zemia. Tetapi aku tidak mahu melihat kau dan Zachery merana. Aku harus menyatukan kalian," dia bermonolog lagi.
******
Mikael masuk ke dalam keretanya dan masih tersenyum lega. Dia sendiri tidak menduga kunjungannya ke pekan kecil ini akan mempertemukannya dengan Zemia.Dia mengeluarkan handphone dari sakunya lalu menghantar pesanan WhatsApp kepada Zachery.
Mikael : Hai, bro. Tak balik jumpa mama kau?
Zachery: Tak, bro. Kau pun tahu aku masih sibuk mencari Zemia.
Mikael: Aku tadi jumpa mama kau.
Zachery: Really?
Mikael: Hmm...
Zachery : Mama aku sihat?
Mikael: Mama kau sihat. Zack.. Kenapa kau tak cuba cari Zemia kat pekan kecil macam ni?
Zachery : Kau ada jumpa Zemia kat situ?
Mikael: Tak. Aku cadangkan saja. Biasanya orang ni kalau lari, mereka akan lari ke tempat yang terpencil.
Zachery : Jangan - jangan kau ada terjumpa Zemia.
Mikael tidak membalas pesanan terakhir yang dihantar Zachery.
"Terpulang pada kau, Zack. Kalau kau datang ke sini, kau akan bertemu dengan Zemia. Kalau tak, melepaslah kau," katanya.
*****
Zachery terus memikirkan pesanan yang dihantar oleh Mikael."Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Mikael. Selama ini aku mencari Zemia di bandar besar ini dan aku tak menemuinya," kata Zachery.
Dia sudah memutuskan, esok pagi-pagi lagi dia akan berangkat pulang ke rumah ibunya. Zachery mengakui ada benarnya kata Mikael. Zemia mungkin bersembunyi di pekan kecil itu.
YOU ARE READING
Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️
Roman d'amourIni adalah cerita tentang dua hati. "Aku sebenarnya sangat mencintaimu. Makna hidupku hilang bila kamu pergi. Jauh di sudut hati, aku tidak mahu menyakiti kamu. Kamu adalah mimpi indahku" Zachery Ready "Apa maksud cinta bagimu? Cintakah namanya jika...