Bab 13

1.2K 44 0
                                    

Zemia Natasha benar-benar tidak tahu ke mana tempat yang hendak ditujunya. Mulanya dia bercadang untuk menumpang di rumah Ariell. Namun rumah itu sepi tidak berpenghuni. Zemia tidak mendengar apa-apa khabar daripada Ariell sejak detik dia memilih untuk bersama Zachery Ready.

Air matanya sudah berhenti mengalir. Zemia tahu, dalam keadaannya begini dia tidak boleh terlalu terbuai oleh perasaan sedihnya. Dia harus mengutamakan kesihatan janin yang sedang membesar di dalam rahimnya.

Zemia tahu dalam beberapa bulan lagi kandungannya  akan kelihatan. Memang mustahil dia dapat menyembunyikannya dari pandangan orang sekeliling. Tetapi apapun yang terjadi, tidak kira sebesar manapun cemuhan yang akan diterimanya, Zemia rela. Bayinya tidak berdosa.

"Menginaplah di sini untuk beberapa hari" pujuk Anne. Tetapi Zemia menggelengkan kepalanya.

"Aku akan menginap di Z & Z Florist buat sementara waktu" kata Zemia sambil mengusap perutnya.

"Kasihan sekali kau, nak. Daddymu tidak menyayangimu. Malah sanggup meminta mummy menggugurkanmu" hatinya berbisik. Air mata yang mendesak untuk keluar terus ditahannya.

"Rumah ini sentiasa terbuka untuk kau dan anakmu, Mia" kata Anne sambil memeluk erat tubuh sahabatnya itu.

Zemia mengangguk. Anne memang sahabat baiknya tetapi untuk menumpang di rumah Anne dia keberatan. Anne sudah berkeluarga, tidak manis sekiranya dia tinggal di rumah sahabatnya itu.

*****

Zemia menarik nafas lega ketika memasuki Z&Z Florist. Di sini memang ada satu ruang khas untuk dia dan Anne berehat.

Ruang ini biarpun agak kecil, tetapi dilengkapi dengan dapur  untuk memasak dan tandas. Di sudut bilik ada katil kecil untuk mereka merehatkan badan setelah seharian penat bekerja.

"Bilik ini cukup untuk kita berdua, sayang. Nanti bila  kamu sudah lahir, kita akan cari tempat tinggal yang lebih baik" Zemia berbicara pada bayinya sambil membaringkan tubuhnya di atas tilam nipis dan kecil itu.

Zemia memandang langit-langit bilik tempatnya berbaring. Malam ini malam kedua dia tidur tanpa Zachery memeluknya. Semalam, Zachery lebih memilih untuk bersama Sofie kekasihnya dan hari ini Zachery telah mengusirnya untuk pergi dari hidup lelaki itu.

Hingga detik ini Zemia masih memikirkan kata-kata Zachery tentang kisah lima tahun yang lalu. Namun Zemia tidak menemui jawapannya. Apa yang masih segar dalam ingatannya ialah Zachery menghilang tanpa kata. Zemia pula menunggu dan terus menunggu hingga takdir mempertemukan mereka kembali beberapa bulan yang lalu.

*****
Zachery menghempaskan badannya ke atas tempat tidurnya. Zemia telah pergi membawa bayinya. Seharusnya dia berasa puas kerana sebentar lagi, setelah perut Zemia membuncit gadis itu pasti akan dicemuh orang-orang di sekelilingnya.

Tetapi mengapa perasaan puas itu langsung tidak dirasainya. Apa yang dirasakannya kini hanyalah rasa sunyi, kosong dan kehilangan. Zachery  masih ingat sendu wajah Zemia tatkala dia mengusir gadis itu, meminta gadis itu pergi dari apartment dan kehidupannya.

"Hai, honey! I love you"  Sofie memeluk Zachery. Sofie melingkarkan tangannya pada badan lelaki itu.

"Aku letih, Sofie" dia cuba menolak pelukan Sofie.

"We'll be husband and wife soon!" Sofie mencium bibir Zachery.

"Kamu  berbeza sekali dengan Zemia, Sofie" Zachery bermonolog.

Memang Sofie lebih cantik berbanding Zemia. Kulit Sofie lebih cerah. Potongan badannya jauh lebih seksi. Tetapi cinta Zachery bukan untuk Sofie. Cintanya untuk Zemia.

Bayangan malam pertamanya bersama Zemia masih jelas terbayang di ingatan Zachery. Ingatan tentang bagaimana Zemia menangis di saat pertama kali dia merampas dara gadis itu , menyebabkan senjata kesayangannya seakan meronta-ronta.

"Make love yo me, honey" Sofie mengelus celah paha Zachery.

Sialnya senjata Zachery yang tadi tegak sedia untuk bertarung, tiba-tiba rebah. Sofie sedaya upaya membangunkannya kembali, mengelus dan meramasnya. Namun senjata kesayangan Zachery tetap terkulai layu.

"Why, Zack?"  Sofie bertanya penuh kecewa.

"Tak tahu. Mungkin sebab aku terlalu letih"

Zachery sendiri hairan. Dengan sekadar mengingati Zemia, tombak saktinya terus berdiri gagah. Namun dalam genggaman tangan Sofie, tombak saktinya itu jadi bagaikan tangkai padi yang berbuah lebat. Terus tunduk tidak dapat ditegakkan lagi.

Zachery sepatutnya berasa sedih dan kecewa. Tetapi hatinya berlagu senang.

"Terima kasih, sayang!" Zachery berkata dalam hati sambil memegang senjata saktinya.

"Teruskan bantu aku, lindungi aku daripada Sofie. Berjanji, hanya Zemia yang boleh menikmatimu" Zachery tersenyum.

Zachery berpegang pada prinsipnya  untuk tidak mahu menyentuh wanita yang sudah dijamah oleh lelaki lain.

" You perlu berjumpa doktor, Zack. Ada yang tak kena dengan you" Sofie masih dilanda kecewa.

Semalam, ketika berada di bilik hotel , Zachery juga tidak melakukan apa-apa kepadanya. Sofie jadi tertanya-tanya apa alasan Zachery tidak mahu menyentuhnya. Hendak dikatakan tubuhnya tidak seksi, tidak mungkin. Ramai mat salleh yang meleleh air liur melihatnya.

"I okey, Sofie" jawab Zachery bersahaja.

Memang Zachery tahu dirinya tidak perlu berjumpa doktor atau mana-mana pakar. Dirinya sihat, tombak saktinya juga sihat. Cuma kesaktiannya hilang ketika bersama Sofie.

Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️Where stories live. Discover now