Bab 10

1.2K 45 2
                                    

Zemia masih bergelung di dalam selimut. Entah mengapa sejak seminggu kebelakangan ini badannya terasa lenguh. Selera makannya juga berkurang.

Kelmarin Zemia sempat muntah ketika menghidu bau ayam masak tomato yang dibawa Anne ke Z & Z Florist. Bukan main kecewa Anne kerana niat untuk mengajak Zemia makan bersama akhirnya tidak kesampaian.

Flashback On

"Kau seperti alahan ibu mengandung," rungut Anne kesal. .

Zemia memucat mendengar kata-kata sahabatnya itu. Segera dia mengambil beg tangannya dan mengeluarkan sekeping kalender kecil. Zemia memerhatikan tarikh yang ditandanya pada kalender kecil tersebut. Tarikh datang bulannya sudah dua minggu lewat.

" Hamilkah aku? "Zemia menyoal dirinya sendiri.

Melihat muka sahabatnya yang memucat itu, Anne menghampirinya.

" Kau okey? "Anne mengambil kelender dari tangan Zemia.

" Yang kau tanda ni tarikh apa? " tanya Anne ragu.

" Tarikh mens aku, "jawab Zemia.

" Oh, my god! Mia.. Kau.. "dia tidak meneruskan kata-katanya. Tidak mungkin Zemia hamil.

" Aku belum pasti, Anne. Tapi tarikh aku sepatutnya period memang sudah lepas, " jawabnya perlahan.

" Mia.. Jangan beritahu aku kamu dan Zack sudah pernah ml, "

Zemia membiarkan pertanyaan sahabatnya itu tidak berjawab. Memang besar kemungkinan dia mengandung. Zemia hanya perlu pergi ke doktor untuk memastikannya.

Flashback off

Zemia memandang Zachery yang sedang bersiap untuk pergi ke pejabatnya. Hatinya sayu bila mengingat lelaki itu bakal menyingkirkannya sedikit waktu lagi.

"Kenapa, sayang?" Zachery mendekatinya dan duduk di birai katil.

"I love you" kata Zemia. Dia menunggu Zachery mengucapkan kalimat yang sama. Namun dia hampa.

"Belum mahu bangun?" tanya Zachery.

"Belum," jawab Zemia ringkas.

" Kamu seperti lesu kebelakangan ini. Kalau rasa tidak sihat, kita boleh ke klinik," Zachery meletakkan telapak tangannya di dahi Zemia.

Zemia merasa tersentuh. Selama ini Zachery memang memperlakukannya
dengan begitu lembut sekali. Zachery memenuhi keperluan hariannya. Memanjakannya seperti layaknya seorang kekasih.

Namun, entah mengapa dia merasakan segala tindakan Zachery hanya lakonan semata.

"Kita ke klinik ya, sayang?" pujuknya.

Zemia menggelengkan kepalanya. Dia memang akan ke klinik nanti, tetapi tidak dengan Zachery.

Bagi Zachery pula, dia seakan dapat menduga ada sesuatu yang luar biasa tentang Zemia. Bulan ini, Zachery tahu belum ada tarikh merah yang menyatakan Zemia sedang berhalangan. Dia menduga-duga, mungkinkan Zemia sudah hamil anaknya? Andai kata benar gadis itu sudah hamil anaknya, maka sudah tibalah masanya dia melepaskan Zemia dari hidupnya. Lagi pula, tunangnya Sofie dalam sehari dua lagi akan kembali dari Australia.

******
Zemia menunggu hasil pemeriksaan dengan perasaan gelisah. Bagaimana nanti jika hasil pemeriksaan menunjukkan dia positif hamil? Akan bagaimanakah reaksi Zachery? Mungkinkah lelaki itu akan benar-benar mencampakkannya?

"Puan Zemia," seorang petugas klinik memanggilnya. Zemia menoleh.

"Sila masuk, puan,"

Zemia duduk berhadapan dengan seorang doktor wanita yang memeriksanya sebentar tadi.

"Ujian air kencing menunjukkan puan positif hamil. Dan sekarang kita akan buat scanning untuk menentukan usia kandungan puan," jelas doktor wanita tersebut. Zemia hanya mengangguk.

Zemia berbaring di atas katil membiarkan doktor mengelus perutnya dengan gel. Doktor mengarahkan Zemia melihat pada monitor.

" Lihat, anak puan cukup sihat. Jantungnya sudah bertumbuh dan berdegup," kata doktor itu.

"Ikut perkiraan, kandungan puan sudah berusia tiga minggu," jelas doktor itu lagi.

Dua tiga titis air mata Zemia jatuh menimpa pipinya.

"Kenapa menangis, puan? Puan ada masalah?" tanya doktor itu sedikit ragu.

"Saya hanya gembira, doktor. Terima kasih," Zemia cuba mengukir senyuman. Doktor wanita itu juga tersenyum.

"Pada awal kehamilan, puan harus mengurangkan aktiviti lasak dan pastikan banyak berehat dan jangan stres," pesannya.

"Kalau dapat, minta suami puan untuk menemani puan pada temujanji seterusnya nanti,"

Zemia hanya mengangguk. Fikirnya, alangkah baiknya jika Zachery memang mahu menemaninya memeriksa calon bayi mereka. Tetapi mana mungkin lelaki itu mahu.

Zemia meninggalkan klinik dengan berbagai perasaan. Sedetik perasaannya sangat bahagia kerana ada buah cintanya yang sedang hidup di dalam rahimnya. Sedetik kemudian, dia merasa takut. Takut untuk berhadapan dengan masyarakat di sekelilingnya. Hamil di luar nikah, bukankah itu sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat secara positif?

Zemia meraba perutnya. Memang masih kempis. Tetapi bagaimana dengan tiga atau empat bulan lagi? Waktu itu pasti perutnya sudah memboyot.

"Tidak mengapalah, sayang. Jika daddymu tidak mahu menerimamu, mummy tetap akan memperjuangkanmu. Mummy akan melakukan apa pun, untuk kita,"

Zemia nekad, dia harus memberitahu Zachery. Zachery harus tahu dia kini mengandungkan anak lelaki itu. Dia harus mendengar sendiri keputusan lelaki itu. Andai Zachery tidak mahu menikahinya, dia rela. Asalkan lelaki itu tidak mencampakkan dirinya dan anaknya.

Zemia berharap andaipun lelaki itu tidak mencintainya, sekurang-kurangnya ada sedikit rasa sayang atau mungkin belas kasihan untuk bayi di dalam kandungannya kerana bayi ini darah dagingnya sendiri . Bayinya tidak berdosa untuk dihukum.

Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️Where stories live. Discover now