Bab 8

1.2K 46 0
                                    

Zemia dan Mikael saling berpandangan . Mata Zemia kelihatan berkaca-kaca. Kata-kata Zachery begitu jelas dan terasa menikam jauh ke dalam jantungnya. Merobek hancur jantungnya.

"Mia, are you okay?" Mikael cuba mencapai lengannya, tetapi Zemia menggelengkan kepalanya sebagai memberi isyarat " I am okay."

Dia memundurkan langkahnya meninggalkan Mikael, juga Zachery yang mungkin tidak menyedari kehadirannya.

Zemia berjalan perlahan menuju keretanya. Kakinya terasa begitu gontai untuk melangkah. Air mata terus meluncur laju menuruni ke dua belah pipinya. Sakit.. Memang terasa amat sakit.

Mengapa? Hatinya menjerit. Semalam.. baru semalam Zachery nekad memilikinya, merampas miliknya yang paling berharga. Mengapa saat ini Zachery malah menuturkan kata-kata seperti itu?

Apakah lelaki itu tidak setulusnya mencintainya. Sedangkan dirinya begitu mencintai Zachery Ready. Sejak dahulu, cintanya pada lelaki itu tidak pernah surut biarpun sedikit. Tahun demi tahun dia menunggu lekaki itu, mengharapkan lelaki itu mempersembahkan segunung cinta untuknya. Hinggalah takdir mempertemukan mereka kembali beberapa minggu yang lalu.

Zemia bersandar di dalam keretanya. Sesekali dia menurut dadanya yang terasa sesak. Tubuhnya masih terasa sakit-sakit. Tetapi hatinya terasa lebih perih lagi. Zemia seakan tidak percaya, Zachery lelaki yang amat dicintainya tergamak ingin melukainya.

" Mia.. Zemia, " Mikael mengetuk-ngetuk cermin keretanya.

"Let me in, Mia, " katanya sebaik Zemia menurunkan sedikit cermin tingkap keretanya.

"Kamu tidak nampak ok. Biar aku menghantarmu pulang, " kata lelaki itu.

Zemia memandangnya agak lama, sebelum akhirnya mengangguk. Zemia beralih ke tempat duduk penumpang memberi ruang pada Mikael untuk memandu keretanya.

" Tidak selamat untuk memandu bila hati dalam keadaan gelisah, Zemia Natasha, " katanya sambil mengukir senyuman, cuba memujuk hati gadis di sebelahnya itu.

Zemia memang belum begitu mengenali lelaki bernama Mikael ini. Kali pertama mereka bertemu adalah dua hari yang lalu, hari di mana Zachery membawanya ke Sunset Night Club.

Mikael mengemudi kereta Zemia sambil beberapa kali mencuri pandang ke arah gadis di sebelahnya. Hatinya terusik.

"Kau kelihatan begitu cantik, Zemia Natasha. Kurang ajar sekali lelaki yang sanggup menyakitimu, " katanya dalam hati.

Entah mengapa, jantungnya terasa berdegup luar biasa setiap kali dia memandang gadis itu. Malah, saat kali pertama melihat gadis itu memasuki Sunset Night Club bersana Zachery, Mikael memang sudah mengagumi kejelitaan Zemia Natasha.

"Mungkinkah aku jatuh cinta padamu, Zemia Natasha?" bisiknya.

"Please, don't, heart. She belongs to my best friend, " dia menyapu wajahnya beberapa kali.

"Janganlah menjadi lelaki dayus yang mencintai kekasih sahabatnya sendiri," dia memujuk hatinya.

"Kenapa?" akhirnya Zemia menyapanya setelah sejak dari tadi menyepikan diri. Kegelisahan Mikael sedikit menarik perhatiannya.

"Nothing, " jawabnya ringkas.

"Mahu terus pulang? " tanyanya. Matanya menatap Zemia sekilas. Zemia menggelengkan kepalanya.

"Aku mahu singgah di florist," balas Zemia. Dia membuang pandangannya ke luar tingkap.

Jauh di sudut hati, Zemia menyesal kerana telah membuat keputusan untuk singgah menemui Zachery. Andai saja... Seandainya tadi dia terus ke Z & Z Florist, sudah tentu dia tidak akan mendengar semua yang diluahkan oleh Zachery. Pasti perasaannya tidak akan sesedih ini.

"Jangan difikirkan lagi, Mia. Mungkin Zack tidak bermaksud..."

"Ya... aku pun berharap orang yang disebut Zackery bukan aku. Semoga sahaja bukan aku, " katanya.

"Walaupun telingaku jelas mendengar bibirnya menyebut namaku, " Zemia berkata-kata dalam hatinya.

*****
Mikael sebenarnya berat hati untuk meninggalkan Zemia seorang diri di Z & Z Florist. Gadis yang berusaha untuk menutupi kesedihannya itu telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat untuk cinta. Yah.. Mungkin apa yang dirasakannya kini adalah cinta!

"Take care, Zemia, " katanya sebelum grab membawanya menjauhi Z & Z Florist.

Sedalam apapun perasaannya pada Zemia, Mikael sedar cinta dan hati gadis itu telah terlebih dahulu dimiliki oleh Zachery Ready, sahabat baiknya sendiri.

Seandainya suatu saat nanti, Zachery lebih memilih tunangnya Sofie dan mencampakkan Zemia, dia akan dengan hati terbuka menerimanya, menyayangi dan mencintainya. Tetapi bagaimana dengan Zemia? Apakah nanti masih ada sisa cinta gadis itu untuk diberikan kepadanya? Akan sudikah gadis itu menerimanya untuk menempati sedikit ruang di sudut hatinya?

Katakan Jika Kamu Cinta Aku ✔️Where stories live. Discover now